Friday, December 29

VIRAL: Kisah Perkongsian Shahir – Bahagian Dua

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia dah kongsikan thread kisah perkongsian Shahir mengenai arwah tunang dia yang disihir dengan menggunakan gambar daripada sosial media. Kalau kau orang terlepas entry tu, kau orang boleh klik link yang nia dah sediakan kat bawah ni.


Kali ni, nia akan kongsikan pula thread kisah perkongsian juga daripada Shahir mengenai orang yang telah menyihir arwah tunang dia. Ye, Shahir dapat tahu siapa yang buat macam tu dekat arwah tunang dia.

Tindakan yang Shahir ambil selepas dia dapat tahu siapa orangnya tu membuatkan nia berasa kagum dengan sikap dia. Not everyone can act like him after such terrible incident.

Mana yang elok, jadikanlah sebagai pedoman. Mana yang tak elok, jadikan sebagai pengajaran.

   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Al – fatihah buat arwah tunang Shahir.


Saturday, December 23

DARI HATI: Penyelesaian Cara Mudah

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni kita semua dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan SHINee, JongHyun. Ramai peminat terkejut dengan berita pemergiaan penyanyi tersebut yang dianggap berlaku secara tiba – tiba malahan ada juga yang tidak dapat menerima hakikat bahawa JongHyun telah pergi selamanya.

Nia tak nak cerita panjang lebar tentang punca dan sebab kematian penyanyi pujaan para remaja itu di sini. Sekiranya kau orang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai kematian JongHyun, sila tekan link yang nia dah letakkan di bawah ini.



Apa yang nia nak kongsikan dekat sini pada hari ini ialah tindakan sesetengah orang, tidak kira muda ataupun yang sudah berusia, yang suka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah masing – masing. Dalam kes JongHyun ni, dia mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana sudah terlalu penat berdepan dengan masalah dan dilema yang menghantui kehidupan dia.

Nia tak tahu masalah sebenar yang dia alami dan sedang hadapi tapi membunuh diri bukannya satu cara yang bijak untuk menyelesaikan masalah. Malahan dengan keputusan dia untuk membunuh diri telah meninggalkan satu luka yang sangat besar pada ahli keluarga dan juga kawan – kawan rapat dia.

Ambil ibu JongHyun sebagai contoh sudahlah.

Apabila dia dapat tahu JongHyun membunuh diri dengan alasan tertekan dengan masalah yang dia alami, pasti ibu dia akan menyalahkan diri sendiri sebab tak boleh nampak keadaan anak dia yang sedang bertarung sendirian. Mesti ibu dia akan cakap yang dia bukannya seorang ibu yang baik sebab tak boleh nak menyokong anak sendiri dan menyelematkan anaknya daripada kemurungan.

Luka akibat daripada tindakan JongHyun tu tidak berhenti setakat itu sahaja. Kemana sahaja keluarga mereka pergi, pasti ada desas – desus dan tudingan jari yang mengekori mereka semua. Kata – kata seperti ‘anak dialah yang bunuh diri hari tu’ akan selalu menampar pendengaran mereka.

Dan walaupun mereka nak melupakan peristiwa hitam itu, masyarakat sekeliling tidak membenarkan mereka untuk berbuat demikian. Kalau tak semua, pasti akan ada seorang dua yang akan mengingatkan mereka tentang kejadian malang ini.

Jadi tolonglah, jangan mudah sangat terfikir untuk membunuh diri. Kalau ada terlintas nak bunuh diri, tolong fikirkan pengorbanan ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan. Bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia. Berkerja keras untuk memberikan makanan, pakaian dan pelajaran kepada kita semua.

Kalau tengah tertekan, cari kawan untuk kongsikan masalah. Jangan pendam seorang – seorang. Kalau kawan takde seorang pun yang sanggup mendengar, ahli keluargakan ada. Sekurang – kurangnya ibu kita pasti akan mendengar segala rintihan dan luahan hati kita. Kalau tak boleh juga, jumpa dengan doktor. Minta nasihat. Kalau perlukan rawatan, buat rawatan.

Jangan.

Jangan sesekali, terfikir untuk membunuh diri.

Please.

Treasure yourself more.


Sumber gambar: google.com

Friday, December 22

VISIT: Farm in the City & Kilang Coklat Beryl’s

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni tadika nia ada buat lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Beryl’s dan juga Farm in the City. Aktiviti yang kita orang buat kat kilang coklat tu tak banyak pun. Sekadar ambil gambar kat luar, dengar sejarah pasal pembuatan coklat, tengok pekerja kilang proses coklat secara langsung dan beli coklat kat kedai dia orang.

Itu je.

To be honest, the students weren’t really that excited to come here because there’s nothing interesting to them here.



Untuk masuk ke Kilang Coklat Beryl’s ni kau orang tak perlu bayar apa – apa. Masuk adalah percuma.

Bila dah selesai beli coklat, kita orang pun bertolak ke Farm in the City. Nia tak ingat harga tiket untuk kanak – kanak dengan dewasa berapa. Tapi kalau kau orang datang secara rombongan, harga tiket adalah RM 22 untuk kanak – kanak.


Aktiviti yang kita buat kat sini banyak jugaklah dan yang paling penting budak – budak semua seronok buat aktiviti tu. Antara aktiviti yang kita orang buat adalah bagi rakun makan, belai ular (yang ni nia tak buat, geli weyh!), memancing dalam longkang, bagi arnab makan kemudian usap dan dukung dia, bagi ikan makan, tengok pertunjukan burung kakak tua dan bagi kura – kura makan.

    

  

  

 

  

  


Ya, kebanyakkan aktiviti melibatkan kita orang bagi haiwan makan sebab budak – budak ni semua takut nak pegang dan usik haiwan – haiwan tu semua.

  

  

 

  

  

  

  


Kalau ada diantara kau orang yang nak bercadang nak pergi Zoo Negara, lebih baik kau orang pergi sini. Aktiviti yang kau orang boleh lakukan adalah berbaloi dengan harga tiket yang kau orang bayar. Kalau kat Zoo Negara kau orang kena haiwan daripada jauh, tapi kat Farm in the City tak macam tu. Siap boleh dukung, belai, bagi makan apa semua kat sini.

  

  

  

 

 





So, better to come here than National Zoo.

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.