Running Man 341 updated // Pencarian Sponsor Giveaway by Nia Emkay masih berjalan

Monday, March 20

RANDOM: P1 Bermasalah!

Assalamualaikum readers :)

Ada tak sesiapa di kalangan pembaca ataupun pengikut blog nia ni merupakan pelanggan P1 ataupun nama baharunya Webe Digital? Nia nak tanya sikit.

Internet kau orang semua bermasalah tak? Sebab nia punya internet kebelakangan ini asyik bermasalah je. Kelajuan internet sangat lambat dan kadang – kadang tu sampai dua tiga hari tak boleh guna internet. Stress jadinya bila internet buat hal. Bayar mahal – mahal tapi tak boleh nak guna internet. Grrrrrrr!


Satu lagi masalah yang ditimbulkan oleh P1 adalah masalah pembayaran. Sekarang ni P1 tengah dalam proses rebranding daripada Packet One (P1) kepada Webe Digital. Jadi kesemua kiosk P1 telah ditutup dan pembayaran hanya boleh dibuat di HQ yang terletak di Sunway Piramid sahaja.

Bila tanya tentang payment channel kat HQ, dia orang cakap pejabat pos, cimb bank, tmpoint semuanya boleh menerima pembayaran bil P1. Masalahnya, bila pergi kat payment channels yang diberikan tu semuanya cakap dia orang dah terima pembayaran bil P1 lagi. Grrrrrr!


Masalah ketiga yang ditimbulkan oleh pihak P1 ialah customer service mereka. Bila ada masalah berkaitan pembayaran ataupun apa – apa sahaja yang berkaitan dengan P1, HQ suruh hubungi customer service untuk membuat aduan. Masalahnya, bila telefon tak pernahnya yang berangkat. Sibuk je memanjang. Dari pagi sampai ke malam, tak pernah dapat bercakap dengan consultant P1.

Tapi suruh buat aduan, bila telefon untuk buat aduan pulak talian selalu sibuk. Entah apa – apa entah P1 ni. Hantar email pun tak pernahnya nak bagi feedback balik. Cakap je nak bagi feedback dalam masa tiga hari berkerja, tapi dah masuk sebulan hantar email masih lagi takde jawapan.


Gerammmmmmmmmmm!

Kau orang tahu tak medium apa lagi yang boleh digunakan untuk membuat aduan kepada pihak P1?


Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© Copyright Reserved to Nia Emkay l Designed by DayangDeno