Sunday, May 28

SHOP: Alat Bantuan Mengajar by Bahan Prasekolah

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia ada terjumpa satu akaun facebook yang menjual pelbagai alat bantuan mengajar untuk kegunaan guru – guru prasekolah dalam bentuk softcopy. Antara subjek yang ada ialah Bahasa Melayu, English Language dan Matematik.

Mereka jual alat bantuan mengajar tersebut dengan menggunakan pendrive bersaiz 8GB. Terdapat 700 fail yang mengandungi pelbagai alat bantuan mengajar dalam pendrive tersebut.

Antara alat bantuan mengajar yang dijual adalah buku tulis ABC dan nombor, latihan tracing, kad imbas bertema dan tidak bertema, aktiviti mengira jimat ink dan juga berwarna, aktiviti mewarna, doodle percuma, latar belakang percuma, bendera Malaysia, peraturan di dapur, peraturan dalam kelas dan macam – macam lagi.

Harga bagi satu pendrive beserta alat bantuan mengajar tersebut adalah RM 120. Harga ni sudah termasuk kos penghantaran. Sekiranya kau orang semua berminat untuk membeli, sila hubungi atau whatsapp nombor ni -> +6011 – 2890 7118 [Aidi Helmi Mohamed]


Sumber gambar: google.com

Sunday, May 21

TIPS: Minuman Protein Untuk Wanita

Assalamualaikum semua :)

Sekarang ni nia dalam proses untuk menurunkan berat badan sebab ramai sangat orang yang menegur kata badan nia naik macam dipam – pam. HAHA. Pandai betul dia orang buat lawak ea, ingat nia ni belon helium ke apa? HUH!

Jadi, dalam usaha untuk menurunkan berat badan, nia telah meninjau – ninjau kedai online di Facebook dan Instagram bagi mencari minuman protein yang sesuai untuk perempuan. Sebab selalu tengok lelaki je yang minum protein ni, perempuan jarang sangat yang minum. Kalau ada yang minum pun, badan dia orang semua sado – sado. Nia nak cari minuman protein tu sebagai makanan tambahan je, bukannya nak tambahkan otot ke apa.

Hari tu ada tanya adik, boleh ke perempuan minum protein yang lelaki minum. Lepas tu adik cakap, boleh tu boleh tapi ikut sebablah. Kalau nak naikkan otot, minum protein khas untuk naikkan otot. Kalau setakat minuman tambahan macam supplement tu, minum protein yang biasa dahlah. Kena tanya dengan orang yang jual tu, mesti dia tahu.

Tanya punya tanya, cari punya cari. Dia ada jumpa beberapa jenis minuman protein yang sesuai untuk diminum oleh kaum wanita. Dan, minuman protein ni semua sangat sesuai untuk dijadikan sebagai makanan tambahan bagi mereka yang tengah berdiet.

1 – Sculpt by Horleys (Perisa Kopi)


2 – ESP by Shaklee (Perisa Vanila)


3 – Bioburn by Horleys (Perisa Epal, ada kafein)


4 – Cinch by Shaklee (Perisa Kopi, Vanila & Coklat)


5 – Ice Whey by Horleys (Perisa Coklat)



Nia harapkan entry ni dapat membantu kaum wanita diluar sana yang sedang mencari – cari minuman protein apa yang sesuai untuk diminum oleh mereka ketika sedang berdiet.

Monday, May 15

DARI HATI: Fasa Baru, Lupakan Segalanya.

Assalamualaikum semua :)

Ada tak yang perasan nia dah padam segala penulisan nia yang lepas dalam blog ni? Bila nia baca – baca balik benda yang nia tulis dalam blog ni, terasa macam tak bermanfaat je. HEHE. Banyak merepek, banyak fangirling moment, banyak benda lagha, banyak gosip dan banyak lagilah.


Terasa malu pulak kalau esok lusa cucu cicit terjumpa blog ni dan dia orang baca isi kandungannya yang penuh dengan benda – benda mengarut dan tak berfaedah. Jadi, nia bercadang untuk padam segala penulisan dulu dan gantikannya dengan penulisan yang baru.

Untuk penulisan baru ni, nia harap nia dapat menulis dengan lebih baik dan bermanfaat untuk semua. Bukannya untuk mencari klik yang lebih banyak dan pengunjung yang lebih ramai. Tapi untuk menyebarkan ilmu yang berguna, mudah – mudahanlah.

Sumber gambar: google.com

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.