RUNNING MAN: Ahli Terbaru Running Man

Assalamualaikum semua :)

Seperti kau orang sedia maklum, Running Man telah menambah lagi dua orang ahli terbaru mereka iaitu Yang Se Chan dan Jeon So Min menjadikan kesemua ahli Running Man sekarang ialah lapan orang.



To be honest, nia sebenarnya merupakan salah seorang daripada berjuta – juta peminat yang menentang idea bagi menambah dua orang ahli baru dalam rancangan Running Man. Sebab nia rasa kehadiran dua orang ahli baru tu akan menyebabkan orang ramai lupa dengan kehadiran Kang Gary yang baru – baru ini telahpun menarik diri daripada rancangan Running Man.

Tapi sekarang ni nia sudah jatuh sayang dengan kedua – dua ahli baru Running Man tu. Dia orang sangat pandai menyesuaikan diri mereka dengan keadaan baru dan paling penting sekali, mereka berdua sangat kelakar. Malahan Jeon So Min sekarang ni nia tengok sudah mula mengambil alih perhatian daripada Lee Kwang Soo. Habislah Lee Kwang Soo lepas ni selalu kena buli dengan Jeon So Min. HAHA.


Apa – apa pun, nia harapkan rancangan Running Man akan terus mencipta nama di persada dunia dan mencapai rating yang tinggi.



All the best, Running Man’s members and crew :)

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)