GOSIP: Song Joong Ki Bakal Berkahwin Oktober Nanti!

Assalamualaikum semua :)

Nia pasti majoriti yang sedang membaca entry ni sudahpun sedia maklum tentang berita ini tetapi nia tetap juga nak kongsikan berita gembira ni dekat sini. Nia kan memang suka kongsikan berita – berita yang sudah basi dengan kau orang semua. HAHA


Kawan baik Lee Kwang Soo iaitu Song Joong Ki bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan Oktober nanti. Siapa pasangannya? Song Hye Kyo. Ye, heroin dalam drama Descendent of the Sun tu.

Sebenarnya, Song Joong Ki sudah bercinta dengan Song Hye Kyo sebelum dia orang berlakon sama – sama dalam drama Descendent of the Sun lagi tapi dia orang tak bagitahu orang ramai tentang hubungan mereka berdua. Dia orang sengaja rahsiakan hubungan cinta mereka.


Tapi ramai peminat yang mengesyaki hubungan dia orang ketika menonton drama Descendant of the Sun tu sebab dia orang punya ‘chemistry’ nampak lain macam. Kata merekalah. Nia tak terkata apa – apa sebab belum tengok lagi drama tu. HEHE

Apa – apa pun, tahniah diucapkan kepada Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Kepada Lee Kwang Soo, bila lagi nak kahwin? HAHA


Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)