SHOP: Baju Muslimah Nama Sendiri

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia ada menempah dua helai baju muslimah berwarna merah jambu dan juga kuning daripada kedai atas talian yang nia jumpa di Facebook. Nama kedai tu adalah Muslim Family Garment.




Apa yang istimewanya tentang baju muslimah yang dijual oleh Muslim Family Garment ni?

Pertama, kau orang boleh letak nama sendiri dekat bahagian bawah baju. Tak kisahlah nama penuh ke, nama samaran ke, nama glamour ke. Janji nama bukan nombor telefon. Dan, nama kau orang tu akan ditulis dalam dua tulisan iaitu tulisan rumi dan juga tulisan jawi. Lain ke lain? HAHA

Ini merupakan antara faktor penting yang menyebabkan nia tertawan untuk membeli baju muslimah daripada Muslim Family Garment. Selalunya nia beli baju muslimah daripada Awanaz Style je.




Kedua, harga yang ditawarkan sekarang adalah sangat murah. Untuk sehelai baju muslimah sahaja berharga RM 69. Manakala set zaujan iaitu baju muslimah + polo berharga RM 99. Bagi set usrah iaitu baju muslimah + polo + dua helai baju anak pula berharga RM 179. Haa, murah ke murah?

Nia sendiri pun dah selesai membeli dua helai baju muslimah berwarna merah jambu dan kuning dengan Muslim Family Garment. Kau orang tak nak ke? Kalau nak, jom singgah Facebook Muslim Family Garment sekarang juga!

Sumber gambar: Facebook Muslim Family Garment

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)