12:00:00 AM 0

DIARI GURU: Pelajar Suka Mengadu, Apa Nak Buat?

Assalamualaikum semua :)

Siapa yang pernah menjadi guru ataupun sedang berkhidmat sebagai seorang guru pasti pernah mendapat seorang dua pelajar yang suka mengadu hal dekat ibu bapa mereka. Kalau ibu bapa pelajar tersebut takde bising – bising kat whatsapp tanya cikgu itu ini, tak jadi masalah apa.

Ini tidak, dalam masa sepuluh minit tu berdenting – denting telefon berbunyi menandakan whatsapp masuk bertalu – talu. Ibu bapa semuanya kelam – kabut nak tahu apa yang jadi dekat anak masing – masing sampaikan anak menangis meleleh air mata cerita macam – macam kat mereka.

Bila dapat pelajar kaki mengadu ni, apa nak buat?


1 – Bagitahu ibu bapa tentang kelakuan nakal anak.

Selepas waktu persekolahan, bagitahu ibu bapa pelajar tersebut tentang kelakuan nakal ataupun tingkah laku yang tidak menyenangkan hati guru. Biar mereka tahu perkara tersebut daripada guru terlebih dahulu. Kalau boleh ataupun kau orang ingat, rakam sekali aksi pelajar semasa dia orang tengah buat perangai tu. Biar video ataupun perakam suara jadi bukti bahawa pelajar tersebut memang ada buat perangai macam tu.


Uishhh, takkanlah sampai nak kena ambil video dan rakam suara bagai kot nia? Tak melampau sangat ke?

Tak.

Ini berdasarkan pengalaman nia sebagai seorang guru tadika sendiri. Ada sesetengah ibu bapa yang tidak percaya dengan kata – kata guru bahawa anak mereka melakukan perangai – perangai yang tak menyenangkan hati di sekolah. Jadi, kita orang para guru ni ambil video setiap kali pelajar buat nakal dan hantar pada ibu bapa masing – masing.

Tapi itupun ada juga ibu bapa yang tak nak percaya dan masih nak mempertahankan anak masing – masing. Walaupun sudah jelas dan terang lagi bersuluh yang anak dia orang bersalah tapi tetap nak menyalahkan para guru. Kalau dah macam tu gayanya, tak payah layan dah dia orang. Buat pening kepala dan memenatkan jiwa je.

2 – Terangkan kepada pelajar bahawa mengadu itu adalah salah.


Panggil pelajar yang suka mengadu hal kepada ibu bapa masing – masing dan terangkan kepada mereka bahawa perbuatan mengadu perkara – perkara yang berlaku di sekolah adalah salah. Sekiranya ada kawan – kawan yang memukul ataupun mengusik mereka, suruh mereka bagitahu kepada guru supaya guru boleh ambil tindakan. Bukannya perkara itu dipendam sehingga ibu bapa datang untuk ambil mereka pulang.

Mengadu hal dan bercerita tentang apa yang mereka lalui di sekolah adalah dua perkara yang berbeza, ye cikgu – cikgu sekalian.

Mengadu hal ni biasanya pelajar akan bagitahu tentang kawan – kawan yang buat mereka ke, cikgu marah mereka ke, cikgu suruh makan atau minum ke, kawan tak nak kongsi barang dengan dia orang ke dan macam – macam lagilah. Bercerita tentang apa yang berlaku di sekolah pula adalah satu benda yang berbeza sebab mereka akan cerita tentang pelajaran yang mereka belajar, nyanyi lagu apa, menari tarian apa, tulis apa dan sebagainya.

Jadi, pastikan pelajar yang kaki mengadu ini tahu bahawa perbuatan mengadu hal kepada ibu bapa adalah salah.

Itu sahaja tips yang dapat nia kongsikan dengan kau orang. Insya Allah, kalau nia cara yang lain nia akan update kat blog ni lagi.


Annisa Qanitah di photobomb oleh Ali Imran & Adam Qaiser

Sumber gambar: google.com
5:28:00 PM 4

MOVIE: Thor Ragnarok

Assalamualaikum semua :)

Nia baru je selesai menonton filem Thor Ragnarok dengan abah hari sabtu lepas. Nia menonton filem ni sebagai satu hadiah untuk diri nia yang telah berpenat – lelah menjayakan Pertemuan Ibu Bapa, Guru dan Pelajar ataupun Parents Meet secara ringkasnya, yang diadakan oleh tadika nia pada hari tersebut. Majlis ini telahpun tamat dengan jayanya tepat pukul 12.30 tengah hari.

Dah kenapa tiba – tiba seketul nia menaip macam tengah menulis skrip pembaca berita?

HAHA.

Walaupun sepatutnya pelajar yang berasa cuak dan tidak senang duduk tetapi cikgu pulak yang lebih – lebih sampai sakit perut sewaktu majlis berjalan. Nasib baiklah sakit perut tu datang sekejap je kalau lama datangnya, mahu nia berkampung dalam tandas.

Okay, enough rambling on parents meet event today. Let’s talk about the film that I’d just watch; Thor Ragnarok.


*******

Selepas kematian Odin, anak pertama Odin iaitu Hela yang diturut digelar sebagai Dewi Kematian telah terlepas daripada penjara dan mahu merampas kembali Kerajaan Asgard daripada Thor. Hela mengatakan bahawa dia yang sepatutnya menjadi Ratu Kerajaan Asgard kerana dia yang sering bersama Odin berlawan dengan musuh di medan perang. Selepas menghancurkan tukul Thor dan membuang adiknya itu ke galaksi lain, Hela terus menuju ke Asgard untuk menjadi pemerintah yang baru tetapi rakyat Asgard tidak menerimanya sebagai Ratu mereka. Lalu, Hela membuat bala tenteranya sendiri iaitu askar – askar yang dihidupkan semula daripada mati.


*******

Pertama sekali, lagu latar belakang filem Thor ni semuanya sedap – sedap belaka dan boleh membuatkan kau orang semua terangguk – angguk tanpa sedar. Macam nialah. Masa Thor tengah berlawan tu tiba – tiba lagu latar belakang dia keluar, terus nia angguk – anggukkan kepala. Nasib sebelah nia ada abah seorang je kalau tak mesti orang sebelah gelak tengok nia terangguk – angguk macam burung belatuk.

Reaksi abah masa nampak nia terangguk – angguk tu? Abah cuma mampu menjeling sahaja. HAHA.

Nia ada masukkan video kat bawah ni kot - kot ada yang nak dengar jugak lagu latar belakang yang telah berjaya membuatkan nia buat persembahan head bang dalam panggung seorang - seorang. KEKE


Kedua, nia suka dengan hubungan antara Thor dan Loki dalam filem kali ni sebab dia orang telah tonjolkan satu elemen yang sangat penting iaitu sejahat mana pun adik – beradik kita akan jadi pada masa akan datang ataupun telah jadi semasa waktu lampau, keluarga tetap keluarga selamanya. Kasih sayang untuk mereka sentiasa ada, tidak pernah berkurangan dan langsung takkan pudar.

Macam Thor dan Loki. Walaupun dia orang sering bergaduh dan bercakaran tetapi kasih sayang antara abang dan adik masih lagi ada untuk satu sama lain. Tapi yelah, masing – masing rasa canggung nak tunjukkan sayang pada yang satu lagi sebab biasanya selalu bertengkar je, kan?


Siapa yang belum tengok filem ni lagi, pergi tengok sekarang. Rugi kalau tak tengok filem ni!

Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com
Sumber video: youtube.com
12:00:00 AM 2

SHOP: Plain Chiffon Shawl by Infira Scarf

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia ada beli shawl daripada kedai atas talian dalam aplikasi Instagram yang bernama Infira Scarf. Sampai tujuh helai sekaligus nia borong daripada dia orang. Punya gelojoh seketul nia bila berbelanja. HAHA.

Jadi, kenapa tiba – tiba nia borong shawl sampai tujuh helai ni?

Ceritanya macam ni, nia sekarang dah minat sangat – sangat pakai shawl. Tiap – tiap hari pakai shawl sekarang. Pergi tadika pakai shawl, pergi jalan – jalan pakai shawl, pergi kedai seberang jalan pakai shawl. Pendek kata, memang dah terjatuh suka dengan shawl sekarang ni.


Kalau dulu masa mula – mula pemakaian shawl ni jadi trend dan ikutan ramai kaum hawa, nia tak suka pakai shawl. Sebabnya nia tak reti nak menggayakan shawl tu macam mana. Puas download video tutorial shawl daripada Youtube, tengok video tutorial dekat Instagram kedai – kedai yang jual tudung ni tapi hampeh. Lilit punya lilit sampai terbelit tekak terus jadi rimas dan putus asa nak memakai shawl.

Haaa, ini memang merupakan satu kelemahan nia yang paling besar. Nia akui benda ni. Bila nia buat satu benda tu dan hasilnya tidak menjadi, nia akan putus asa dan tidak mahu mencuba lagi. This is one very bad habit, everyone. Abah pun selalu tegur tapi dah memang perangai tak senonoh ni sifatnya susah nak dibuang, tu yang melekat sampai ke sekarang tu. HAHA. Alasan.

Jadi kalau dah tak reti menggayakan shawl dan berputus asa daripada mencuba, macam mana boleh jatuh suka dengan shawl ni?

Masa pergi Simulasi Haji Cilik hari tulah. Itulah detik bermulanya kisah hubungan suka gembira ceria sentiasa seketul nia emkay dengan sehelai shawl. HAHA.


Sebab masa pergi Simulasi Haji Cilik tu kena pakai tudung ataupun shawl putih. Jadi nia minta along tolong belikan tudung sebab nia takde kesempatan nak pergi beli. Sekali along belikan shawl untuk nia. Ternganga kejap nia tengok shawl putih suci bersih tu. KE KE KE.

Jadi malam tu, nia pun duduk depan cermin sambil mencuba untuk menggayakan shawl tu. Cuba punya cuba, jadi pulak. Bukan setakat jadi je, terus nampak ayu, suci dan comel berganda – ganda. HAHA.

Sejak daripada tu, terus nia jatuh suka dengan shawl. Jadi, sekarang ni nia tengah mengumpul shawl pulak. Macam – macam jenis material shawl nia ada sekarang ni. Plain ada, printed ada, chiffon ada, bubble ada, chiffon bubble ada, chiffon nasiji pun ada. Banyak ke banyak?

Itulah kisahnya bagaimana nia boleh jatuh suka dengan pemakaian shawl. Kau orang pulak macam mana? Geng bawal ke geng shawl?

Opsss!



Cerita punya cerita, terus terlupa nak bagitahu pasal kedai atas talian Infira Scarf tu. Shawl yang nia beli tu harga dia RM 29 untuk sehelai. Tapi kalau kau orang beli tiga dan ke atas, kau orang boleh dapat potongan harga dan juga hadiah misteri. Material untuk shawl tu adalah plain heavy chiffon. Dan jangan risau, shawl yang dia orang jual tak jarang.

Tunggu apa lagi? Jom singgah ke Infira Scarf sekarang!

Instagram: infira.scarf
12:00:00 AM 0

DIARI GURU: Suntikan Typhoid

Assalamualaikum semua :)

Hari tu nia ada cerita pasal suntikan typhoid masa kongsikan pasal laman web Diet Doctor kan? Jadi, kali ni nia akan bagitahu kau orang semua tentang suntikan typhoid. Sebelum nia berceloteh dengan lebih panjang lebar lagi, cuba kau orang baca maklumat kat bawah ni dulu. Baca sampai habis yee, jangan nak mengelat main gelongsor ke bawah je. Ilmu berguna ni!


‘Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii dan sedemikian demam ini dipanggil sempena nama bakteria tersebut. Penyakit ini boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Jangkitan ini boleh menjejaskan seluruh badan dan merosakkan pelbagai organ-organ. Melainkan dirawat, jangkitan ini boleh membawa kesan yang mengancam nyawa. Mengikut kajian, risiko kematian oleh penyakit ini adalah sebanyak 10-30%.’ Sumber: http://kursuspengendalianmakanan.com/suntikan-typhoid-untuk-pengendali-makanan/

Suntikan typhoid ni perlu diambil oleh mereka – mereka yang bekerja dalam bidang pemakanan. Asalkan bidang kerja kau orang ada terlibat dengan memasak, membancuh air dan seumpama dengannya, jadi kau orang wajib ambil suntikan ni.

Macam nia jugalah. Walaupun bekerja sebagai guru tadika tapi nia ada masakkan sarapan pagi dan makanan tengah hari untuk budak – budak. Jadi, nia pun kena ambil suntikan ni juga. Tapi dulu nia tak tahu pun kena ambil suntikan typhoid ni. Ingatkan orang yang kerja kat kedai makan dengan restoran makanan segara macam KFC, McD, PhD je yang kena ambil. Tak tahu pulak cikgu tadika pun kena jugak.


Rupa – rupanya asalkan kau orang memasak dalam waktu bekerja dan bagi orang lain makan masakan kau orang tu, kau orang wajib ada suntikan typhoid ni. Baik tuan pegawai, saya dah faham. HAHA

Kenapa kena ambil suntikan typhoid ni?

Untuk mengelakkan kau orang ataupun sesiapa sahaja yang memakan masakan kau orang tu daripada terkena virus yang berpunca daripada makanan. Macam budak – budak kat tadika tu haritulah. Dekat lima enam orang jugaklah yang muntah – muntah, cirit – birit, sakit perut dan demam panas secara tiba – tiba. Itu belum campur dengan cikgu sekali. Herrrrr. Bila fikir – fikir balik, serun jadinya. Tapi virus yang menyerang tadika tu bukannya daripada dalam tadika. Virus tu datang daripada luar. Tak tahulah siapa pembawanya dan siapa pula yang menyebarkannya. HEHE

Jadi kalau kau orang semua belum ambil lagi suntikan typhoid, silalah kunjungi klinik kesihatan yang berdekatan dengan rumah untuk mengambil suntikan tersebut supaya dapat mencegah virus. Mencegah itukan lebih baik daripada merawat. Ewaaaah~

Oh ya, nia ambil suntikan typhoid di Klinik Adnin Cawangan Ampang dengan harga sejumlah RM 60. Ini antara klinik yang menawarkan harga paling murah untuk suntikan typhoid berdekatan dengan rumah nia.


Kat Klinik Kita Cawangan Pandan Jaya, dia orang cas RM 74. Mahal RM 14 kot daripada Klinik Adnin. Perghhhh! Jadilah pengguna yang bijak berbelanja yee, pembaca – pembaca yang disayangi sekalian. Muahhh!

Kiriman salam bantal busuk dari Annisa Qanitah, HAHA

Sumber gambar: google.com
12:00:00 AM 0

SHOP: Kimchi Ada Dijual Di Pasaraya Hero Market

Assalamualaikum semua :)

Kalau ada yang tidak tahu lagi, nia merupakan salah seorang peminat tegar makanan – makanan korea dan antara makanan korea yang paling nia gemar adalah kimchi. Masalahnya, dekat kawasan perumahan nia paling susah nak dapatkan produk kimchi yang halal. Bukan takde orang jual kimchi, ada yang jual tapi status halal produk tu diragui oleh nia. Dapat pulak orang yang jual kimchi tu orang korea. Lagi – lagilah nia takut nak beli.

Tapi minggu lepas masa nia pergi beli barang dapur dekat pasaraya Hero Market, nia nampak ada paket – paket kimchi dekat bahagian sayur dia orang. Terus ambil satu paket dan cari logo halal. Ada! Terus je letak dalam troli lepas tu abah pulak bersuara, ‘amboi – amboi budak seorang ni, pantang nampak kimchi terus dia terkam.



HAHA.

Macam manalah nia tak terkam? Susah kot nak dapatkan kimchi yang halal kat pasaraya. Kalau ada pun orang yang jual kimchi halal, semuanya melalui atas talian. Nak jumpa kat pasaraya tu memang taklah. *Sigh*


Tapi sekarang ni Hero Market dah ada jual produk kimchi dalam pasaraya dia orang. Yang paling penting sekali, produk kimchi tu halal dan rasanya sama macam kat restoran – restoran makanan korea di luar sana. Harga yang ditawarkan pulak sama dengan harga kimchi yang kau orang selalu beli secara atas talian tu.

Bila kimchi dah ada dijual dekat pasaraya ni, bolehlah jimatkan duit daripada membeli kimchi secara atas talian. Jimat kos penghantaran lagi. Haa, berbaloi – berbaloi!
12:00:00 AM 2

DIARI GURU: Kenapa Guru Tadika?

Assalamualaikum semua :)

Sejak nia bekerja sebagai seorang guru tadika ni, ramai orang bertanyakan sebab nia memilih untuk menjadi guru tadika sedangkan nia mempunyai kelayakan ataupun kelulusan untuk mengajar sebagai seorang guru bahasa inggeris di peringkat sekolah rendah. Untuk makluman kau orang semua, nia merupakan pemegang Diploma Teaching English as a Second Language (TESL) daripada KUPTM KL.

Jadi, nia bercadang nak menceritakan sebab nia memilih kerjaya sebagai guru pendidikan awal kanak – kanak berbanding guru bahasa inggeris sekolah rendah di sini. Semoga dengan wujudnya entry ini, sedikit sebanyak akan membantu mereka – mereka diluar sana yang sedang tercari – cari alasan ataupun sebab untuk menjadi guru tadika.

1 – Suka melayan budak – budak.

Ini merupakan sebab utama nia memilih untuk menjadi seorang guru tadika. Memandangkan tadika penuh dengan kumpulan budak – budak yang mempunyai pelbagai ragam, jadi seorang guru tadika mesti ada sifat penyayang dan suka melayan budak – budak. Kalau kau orang tak suka melayan budak – budak, jangan pilih kerjaya sebagai seorang guru tadika.


Sebab bila dah namanya budak – budak, perangai mereka akan selalu berubah bergantung kepada mood dan angin masing – masing. Bila angin baik, dia orang elok je masuk sekolah. Bila angin dah tak baik, mulalah ada yang mengamuk, meronta, minta cikgu tu ambil kat pagar, minta cikgu ni dukung bawa masuk ke sekolah, meraung – raung cakap nak balik, menangis berurai – jurai air mata dan macam – macam lagi.

Itu hal.

Lagi satu hal yang selalu buat graduan – graduan baru ni rasa ragu – ragu nak menjadi guru tadika adalah kena bersihkan najis budak – budak. Najis tu termasuklah air kencing, tahi dan muntah dia orang. Kebanyakkannya geli dengan benda – benda ni menyebabkan dia orang sering fikir dua tiga kali untuk memilih kerjaya sebagai guru tadika.

Tapi perkara ni boleh diatasi apabila kau orang semua dah lama bekerja sebagai seorang guru tadika. Macam nia jugalah. Masa tahun pertama sebagai guru tadika dulu, nia memang geli dan selalu rasa nak muntah bila tengok tahi dan muntah pelajar. Tapi bila dah masuk tahun kedua ni, dah okey dah. Takde nak rasa geli dengan benda – benda tu semua lagi.

2 – Minat mengajar.

Selain daripada suka melayan budak – budak, pastikan kau orang semua minat mengajar. Kalau kau orang pernah buat kelas tuisyen, kelas mengaji, kelas membaca ataupun yang seumpama dengannya sebelum ni, kemungkinan bahawa kau orang berminat untuk mengajar tu besar.

Kalau calang – calang orang yang tak minat mengajar nak buat kelas – kelas tu semua memang tipis sangatlah peratusan dia. Sebab kalau kita mengajar sahaja, lain cerita. Masuk kelas, terangkan konsep pelajaran, buat latihan, balik. Itu senang. Masalahnya, dalam kelas tu nanti mesti ada macam – macam pelajar dengan latar belakang yang berbeza. Jadi, kita kena faham kelebihan kelemahan setiap pelajar dalam kelas untuk memudahkan kita mencari cara mengajar yang sesuai dengan mereka.


Walaupun orang selalu kata, ‘alah, apalah yang payah sangat nak mengajar budak – budak tadika ni?’ Hakikatnya orang tak tahu, pelajar – pelajar tadika merupakan cabaran yang paling besar untuk diajar sebab mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh ataupun masih tidak mempunyai latar belakang pendidikan langsung.

Nak buat mereka faham tentang sesuatu konsep tu, sangat payah. Sebab dia orang tak pandai nak membuat bayangan dan tak reti nak kaitkan sesuatu yang perkara yang diajar dengan mana – mana benda yang dia orang dah belajar sebelum ni.

Jadi kalau kau orang minat mengajar, kau orang akan berusaha dan mencari cara pengajaran yang sesuai dengan budak – budak kelas kau orang. Macam mana cara nak bagi dia orang faham, macam mana cara nak bagi dia orang fokus dan sebagainya.

3 – Boleh buat kelas di mana – mana.

Haaaa, yang ni paling nia suka. Dekat tadika, kalau kau orang nak buat kelas dekat dalam bilik mainan pun takkan ada orang yang nak marah ataupun komen apa – apa selagi mana kau orang boleh kawal kelas kau orang. Kau orang tak terikat dengan kelas semata – mata.

Sekiranya kau orang nak buat kelas dekat dewan makan, boleh. Nak buat kelas dekat dapur, boleh. Nak buat kelas dekat luar, boleh. Semuanya boleh dengan satu syarat. Syaratnya, kau orang mesti pandai kawal kelas dan pelajar kau orang. Kalau kau orang masih tak boleh nak kawal kelas, jangan bawa dia orang belajar diluar kelas. Takut nanti mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pulak.


Itulah antara sebab nia memilih kerjaya sebagai guru tadika. Ada tak dikalangan pembaca blog nia ni merupakan guru tadika jugak? Komen ‘SAYA’ dekat ruangan komen.

Sumber gambar: google.com
12:00:00 AM 2

BLOG: Macam Mana Nak Tarik Orang Baca Entry?

Assalamualaikum semua :)

Nia rasa semua blogger di luar sana mempunyai satu kerisauan yang sama iaitu macam mana nak tarik orang supaya baca entry kita, betul tak? Yelah bila dah penat – penat mengarang ayat supaya sedap dibaca, mestilah kita nak cerita yang dikarang tu dibaca oleh orang ramai. Ye tak? Tapi, macam mana nak tarik minat dan perhatian orang untuk baca entry kita?

Haa kalau nak tahu macam mana, pastikan kau orang baca entry ni sampai habis, okey? Jangan langkau – langkau, nanti tak faham pulak. KEKE

1 – Tinggalkan jejak sewaktu blogwalking


Nia pasti ramai blogger yang rajin berkunjung ke blog orang lain dan membaca pelbagai entry di dalam blog tersebut sekiranya ada yang menarik perhatian dan minat mereka semua. Tapi, adakah kau orang turut sama rajin meninggalkan jejak kau orang semasa blogwalking tu?

Kalau tidak, kau orang perlu rajin – rajinkan diri mulai sekarang untuk meninggalkan jejak dengan meletakkan URL blog ataupun URL entry terbaru kau orang di ruangan komen blog tersebut.

Kalau tak pun, kau orang boleh tinggalkan URL tersebut dekat CBox mereka. Sekarang kan ramai blogger yang pasang CBox kat blog masing – masing untuk memudahkan blogger lain tinggalkan jejak mereka.

Jadi pastikan lepas ni kalau kau orang blogwalking ke blog orang lain, tinggalkan jejak kau orang sekali. Jangan jadi silent reader. Melalui jejak yang kau orang tinggalkan itulah, kau orang boleh tarik orang untuk membaca entry kau orang tau.

2 – Promote Entry Dekat Facebook


Kalau kau orang jenis yang malas nak blogwalking ke blog orang lain, kau orang boleh promote entry kau orang dekat Facebook. Samada kau orang promote dekat Fanpage Blog kau orang ataupun melalui group – group blogger yang ada kat Facebook.

Antara group blogger yang boleh kau orang sertai ialah Kelab Blogger Ben Ashaari, Kelab Blogger Qiya Saad, Geng Blogger Malaysia, Blogger Malaysia, Kelab Blogger Malaysia dan banyak lagilah.

Lagi banyak group yang kau orang sertai, lagi banyak peluang yang kau orang ada untuk promote entry blog kau orang. Dan, lagi banyak blog untuk kau orang singgah bagi melakukan aktiviti blogwalking. Inilah namanya sambil menyelam minum air dan makan Twisties.

EH?!

Cara ni merupakan antara cara yang paling mudah dan senang untuk menarik orang membaca entry blog kau orang semua. Sebab yelah, dalam satu group blogger tu biasanya mempunyai ahli seramai lima ribu dan ke atas. Jadi takkanlah dalam lima ribu orang tu, seorang pun takde yang berminat untuk baca entry kau orang kan? HEHE

Nia pun guna cara ni jugak sebab nia mempunyai kekangan masa untuk blogwalking ke blog orang lain. Maklumlah, nia ni sibuk dengan tugas – tugas harian sebagai seorang guru tadika. Atau dengan erti kata lain, malas.

OPSSS! HAHA.

Semoga entry nia kali ni dapat membantu kau orang semua.  Happy blogging, guys!



Sumber gambar: google.com
12:00:00 AM 2

DRAMA: Cinderella and Four Knights

Assalamualaikum semua :)

Nia baru sahaja habis menonton drama korea yang bertajuk ‘Cinderella and Four Knights’ dan nia telah jatuh hati dengan seorang lagi pelakon lelaki dalam drama ni. Nak tahu siapa? Kenalah baca entry ni sampai habis dulu. HAHA.

*******



Eun Ha Won merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang perlu melakukan pelbagai pekerjaan separuh masa untuk menampung kos sara hidup. Dia terpaksa berkerja sambil belajar kerana ibu tirinya tidak mahu memberikan belanja dan enggan mengeluarkan duit untuk membiayai pelajaran Eun Ha Won.

Apabila dihalau keluar dari rumah oleh ayahnya, Eun Ha Won menerima tawaran Chairman Kang yang mempelawa dia untuk duduk di Sky House dengan syarat. Syaratnya, Eun Ha Won mesti ubahkan perangai ketiga – tiga cucu Chairman Kang iaitu Kang Hyun Min, Kang Ji Woon dan Kang Seo Woo ataupun mereka bertiga lebih dikenali sebagai Kang Cousins.



Dan Eun Ha Won juga dilarang menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang Kang Cousins. Sekiranya dia didapati menjalinkan hubungan cinta dengan mereka bertiga, Eun Ha Won akan dihalau keluar daripada Sky House dengan serta – merta.

*******

Drama ni merupakan sebuah drama tipikal korea dimana seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak mewah dan selalu dibuli oleh adik – beradik ataupun ibu bapa tirinya bertemu dengan seorang pemuda daripada keluarga berada yang mempunyai perangai nakal dan jahat.



Mula – mula tu bukan main benci lagi antara satu sama lain. Sampaikan nak tengok muka masing – masing pun tak lalu. Pantang berselisih bahu, mesti nak berperang mulut. Ada sahaja yang tidak kena pada mata mereka.

Tapi bila mereka berdua dah mula kenal hati budi masing – masing, terus jatuh cinta. Malangnya, ada pula ahli keluarga belah lelaki yang tidak merestui hubungan dia orang kerana darjat mereka yang berbeza.

Yes, this drama is very typical. I assure you of that.

Tapi, apa yang bezanya dengan drama ni?

Takde second lead syndrome.

Walaupun pada mula – mula tu Eun Ha Won menjadi tunang Kang Hyun Min secara tipu tetapi sebenarnya Kang Hyun Min buat macam tu sebab nak sakitkan hati bekas teman wanita dia je. Di akhir cerita, Eun Ha Won bersama dengan orang lain dan Kang Hyun Min pula bersama dengan bekas teman wanita dia.



Oh ya, Cinderella yang dimaksudkan sudah tentunya Eun Ha Won. Manakala Four Knights pula adalah Kang Hyun Min, Kang Ji Woon, Kang Seo Woo dan pembantu peribadi Chairman Kang.

Inilah orangnya yang telah berjaya mencuri hati nia dalam drama Cinderella and Four Knights ni. Kacak ke tampan? HAHA



Rating: 3 / 5
Jumlah episod: 16
Sumber gambar: google.com