GOSIP: Lee Kwang Soo dan Jeon So Min Bercinta?

Assalamualaikum semua :)

Sejak Jeon So Min menyertai kumpulan Running Man sebagai salah seorang daripada ahli tetap bersama dengan Yang Se Chan, pelbagai khabar angin mengatakan Lee Kwang Soo dan Jeon So Min merupakan pasangan kekasih telah bertaburan.


Kalau kau orang mengikuti setiap episod terbaru Running Man, kau orang semua akan nampak betapa mesranya pasangan Lee Kwang Soo – Jeon So Min ni. Walaupun pada awal – awal dulu Lee Kwang Soo telah beritahu bahawa dia menganggap Jeon So Min tidak lebih daripada seorang kawan tetapi siapa tahu kot – kot perasaan Lee Kwang Soo tu telah berubah, kan?

Secara jujurnya, pada pendapat nia, dia orang berdua ni macam pasangan Monday Couple generasi baru. Bezanya, Monday Couple generasi pertama lebih mesra dan romantik serta mereka tak malu untuk menzahirkan kemesraan dia orang tu. Tapi Monday Couple generasi baru ni masih lagi canggung sesama sendiri dan malu nak menzahirkan kemesraan dia orang.


Lagi satu, karakter Lee Kwang Soo dengan Jeon So Min dalam rancangan Running Man sama. Kalau kau orang perasan, Lee Kwang Soo dan Jeon So Min dua – dua merupakan ahli Running Man yang paling tidak boleh dipercayai kerana suka mengkhianati ahli yang lain. Lagi satu, Lee Kwang Soo dan Jeon So Min juga selalu dikatakan sebagai ahli yang mempunyai perangai ataupun pemikiran yang pelik.

Apasal serasi betul dia orang berdua ni? Sampaikan perangai pun sama!

Haa, satu lagi! Kau orang semua tahu tak yang Lee Kwang Soo pernah bermalam dekat rumah Jeon So Min sebelum ni?

Ye, betul.

Lee Kwang Soo pernah bermalam di rumah Jeon So Min kerana dia tidak larat untuk memandu pulang ke rumah. Perkara ni telah didedahkan oleh Lee Kwang Soo dan Jeon So Min sendiri dalam rancangan Running Man. Malahan, Lee Kwang Soo siap ambil gambar dengan ayah Jeon So Min lagi sewaktu dia tumpang tidur di rumah pelakon wanita tersebut.


Haa, jadi…

Betul ke Lee Kwang Soo dan Jeon So Min bercinta?

Tak, dia orang tak bercinta pun. Dia orang cuma rakan kerja yang serasi bersama dan mempunyai karakter yang sepadan. Buat masa sekarang nilah. Untuk masa akan datang, nia tak tahu lagi. HAHA.

Apa – apa pun, jangan sedih Lee Kwang Soo sebab Tuan Song Joong Ki bakal berkahwin tak lama lagi. KAH KAH

Sumber gambar: google.com

2 comments:

  1. Replies
    1. sekarang ni dia orang lagi cute mrs pip. lagi mesra dan lagi kuat mengusik :D

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)