GOSIP: Song Ji Hyo & Kang Gary Pernah Bercinta?

Assalamualaikum semua :)

Sejak nia tulis mengenai Lee Kwang Soo dan Jeon So Min bercinta hari tu, ramai pulak orang yang sesat ke blog nia ni untuk mengetahui samada Song Ji Hyo dan Kang Gary pernah bercinta ke tidak sebelum ni.

Agak – agak kau orang, dia orang berdua pernah bercinta ke?


Song Ji Hyo dan Kang Gary merupakan Monday Couple dalam rancangan Running Man. Mereka berdua digelar sebagai Monday Couple sebagai hari penggambaran rancangan Running Man dulu adalah pada hari Isnin. Disebabkan dia orang berdua jumpa hanya pada setiap hari Isnin setiap minggu dan melakukan pelbagai perkara romantik bersama – sama pada hari tersebut, jadi mereka diberikan gelaran Monday Couple.

Kalau kau orang ikuti perkembangan Monday Couple daripada awal, kau orang akan tahu bahawa Monday Couple pernah berpisah atau kata lainnya putus di tengah jalan sebab Song Ji Hyo bercinta dengan CEO syarikat dia. Hubungan Song Ji Hyo dan Kang Gary pun jadi renggang dan dah tak rapat macam mula – mula dulu.


Dah takde lagi detik – detik manis antara Song Ji Hyo dan Kang Gary yang mampu membuatkan peminat menjerit – jerit kesukaan. Malahan, Kang Gary sendiri pernah buat pengakuan yang dia dah tak nak kejar Song Ji Hyo lagi dan mahukan Song Ji Hyo sendiri yang datang dekat dia.

Jadi, adakah Monday Couple bersatu kembali?

Yeeeeeeee!

Dia orang kembali bersama selepas Song Ji Hyo putus dengan CEO syarikat dia. Di waktu Song Ji Hyo terluka akibat putus cinta, Kang Gary merupakan orang yang bertanggungjawab mencuci luka tu sampai bersih. Ewaaaaah~


Sejak dia orang kembali bersama tu, lagi banyak detik indah dan momen romantik yang tercipta antara Monday Couple. Kalau kau orang nak tahu, Monday Couple pernah berterus – terang tentang perasaan masing – masing dalam rancangan Running Man. Song Ji Hyo dan Kang Gary mengaku dia orang memang suka antara satu sama lain. Atoto, comelnya Monday Couple ni.

Kau orang tahu?

Kang Gary pernah cium Song Ji Hyo dalam rancangan Running Man dan Song Ji Hyo balas ciuman Kang Gary tu masa Kang Gary buat konsert antarabangsa. Satu dunia dapat tengok betapa romantiknya Monday Couple ni. Setakat makan suap – suap, dukung Song Ji Hyo sambil main limbo, keluar temujanji, main permainan pepero tu perkara biasa je buat dia orang berdua.


Jadi, adakah Monday Couple merupakan pasangan kekasih di luar rancangan Running Man?


Tak. Dia orang cuma pasangan kekasih dalam rancangan Running Man je. Dekat luar set Running Man, hubungan mereka tidak lebih daripada seorang abang adik dan juga rakan sekerja. Dia orang nampak serasi bersama dan tak canggung nak bermesra sesama sendiri sebab mereka dah berkawan lama dan sering menghabiskan masa bersama – sama.


Kang Gary, bila nak datang Running Man lagi?

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)