GOSIP: Song Ji Hyo & Kim Jong Kook Bercinta?

Assalamualaikum semua :)

Sejak kebelakangan ni banyak betul berita mengenai hubungan cinta di antara Song Ji Hyo dan juga Kim Jong Kook. Berdasarkan pemerhatian nia, berita ni mulai tersebar selepas dia orang berdua diserap semula ke dalam rancangan Running Man selepas skandal mereka dibuang daripada Running Man tersebar luas.


Kalau kau orang perasan, hubungan Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook mulai rapat dan mesra selepas skandal tu berlaku. Sebelum ni pun mereka berdua memang dah rapat sebab dia orang dah lama bekerja sebagai satu kumpulan, kan?

Tapi sejak akhir – akhir ni dia orang punya rapat dan mesra nampak lain sangat pada pandangan nia. Tak tahulah mungkin disebabkan pengaruh daripada berita percintaan dia orang yang nia baca sejak akhir – akhir ni.


Sebab yelah, baru – baru ni kan Kang Gary ada buat pengumuman yang dia sudah berkahwin dengan perempuan bukan selebriti. Tak banyak sikit mesti Song Ji Hyo terkesan dengan berita tu dan rasa patah hati. Jadi dia pilih untuk rapat dengan Kim Jong Kook sebab nak pulihkan luka kat jiwa dia tu.

Nia rasa nia nak jadi penyokong SpartAce pulaklah setelah sekian lama nia jadi penyokong setia Monday Couple. Muahahaha.

Jadi, betul ke Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook bercinta?

Takde pun.


Dia orang berdua sekadar kawan baik sahaja. Dia orang mulai rapat sangat selepas skandal besar Running Man hari tu. Kiranya dia orang berdua sama – sama rasa terluka dan faham perasaan masing – masing bila keadaan jadi macam tu.

But nevertheless I’m still thinking of supporting SpartAce for good now. What say you?

Sumber gambar: google.com

2 comments:

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)