Monday, January 29

DRAMA: Love Me If You Dare

Assalamualaikum semua :)

Siapa di antara kau orang semua merupakan peminat drama yang bergenre thiller romantic?

Review drama yang nia buat kali ni pasti akan menarik perhatian kau orang sekiranya kau sukakan drama yang bergenre macam tu. Drama yang nia akan review kali ini merupakan sebuah drama Taiwan yang bertajuk ‘Love Me if You Dare’.

Sebelum ni pun nia ada buat review drama Taiwan yang bertajuk ‘Behind Your Smile’, kalau kau orang terlepas entry tu sila tekan link yang nia dah letak siap – siap kat bawah ni.


*******



Jian Yao pergi ke villa yang terletak jauh di pendalaman untuk menghadiri temuduga bagi jawatan sementara sebagai seorang pengalih bahasa. Di situ, dia bertemu dengan Bo Jin Yan. Seorang professor muda yang berperwatakan misteri dan sangat mencurigakan. Disebabkan itu banyak khabar angin yang tidak sedap didengar telah tersebar di kawasan berhampiran.

Jian Yao mulai rapat dan bekerja sebagai pembantu Professor Bo setelah mereka berdua bekerjasama untuk menyelesaikan kes kanak – kanak lelaki yang sering hilang di kawasan perumahan berhampiran. Apa yang Jian Yao tidak tahu, segala tindak – tanduk dan gerak – geri mereka sentiasa diperhatikan oleh seseorang. Orang tersebut hanya menunggu masa untuk bergerak dan membunuh Professor Bo.

*******

Nia suka tengok drama ni disebabkan cara Professor Bo menyelesaikan setiap kes yang sedang disiasat oleh mereka berdua. Professor Bo ni mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi jadi cara dia mendapatkan bukti dan alibi untuk satu – satu kes tu sangat menarik.
Cara dia tak sama dengan cara polis ataupun penyiasat persendirian yang biasa. Memandangkan dia seorang pakar dalam bidang psikologi, segala tindak – tanduk penjenayah tu dia boleh baca. Dia orang punya kebiasaan semua dia boleh tahulah.



Lagi satu, bila Professor Bo pergi ke tempat kejadian dan dia boleh mainkan kejadian yang berlaku kat tempat tu secara tepat dalam kepala dia. Bila dia dah dapat cari bukti, dia akan tuliskan poin penting kat papan kenyataan dan suruh Jian Yao untuk cari sebab kenapa poin itu berkait dan kenapa poin tersebut boleh dijadikan bukti untuk menahan penjenayah. Tujuan dia buat macam tu sebab dia nak Jian Yao belajar cara mendapatkan bukti dan mengaitkan semua bukti tersebut.

Tak bosanlah kalau kau orang tengok cerita ni sebab elemen suspens dia berterusan. Bukannya setakat pertengahan drama je tapi sampai ke penghujung. Nia tengok drama ni pun banyak kali kena tipu dengan jalan cerita dia. HAHA



Jumlah Episod: 24
Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

Friday, January 26

SHOP: Vietnam Rolls by Viet Rolls Kitchen

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia teringin gila nak makan Vietnam Rolls, jadi nia pun pergilah cari kat pasaraya. Semua pasaraya berdekatan dengan rumah nia habis kena jelajah. Dari Tesco, Aeon, Matahari, Hero, Giant semuanya nia masuk sebab nak cari Vietnam Rolls tapi satu pasaraya pun takde jual benda tu.

Kecewa betul.

Dah cari sendiri tak jumpa, nia cuba cari kat instagram pulak. Cari punya cari, nia terjumpa satu akaun yang bernama Viet Rolls Kitchen. Terus nia whatsapp cakap nak beli Vietnam Rolls dua bekas. HAHA Gelojoh betul seketul nia ni.

Kalau kau orang pun teringin nak makan ataupun rasa Vietnam Rolls, bolehlah terjah kat instagram dia orang. Nama instagram dia orang ialah vietrollskitchen.my.

Serius cakap.

Vietnam Rolls yang dia orang jual sangat puas untuk dimakan sebab portion dia besar. Sebelum ni ada jugak orang bagi rasa Vietnam Rolls tapi portion dia kecil. Tak puas hati rasanya makan. Tapi Viet Rolls Kitchen ni punya portion besar – besar. Tak percaya, boleh tengok kat gambar bawah ni.



Lagi satu, sos dia memang sedap menjilat jari. Abah sendiri puji cakap sos dia memang terbaik. Pedas tapi sedap, bertambah – tambah jugaklah abah makan Vietnam Rolls tu disebabkan sos dia.

Dah, nia malas nak cakap panjang. Orang tua – tua cakap, tak rasa maka tak tahu. Jadi pastikan kau orang beli Vietnam Rolls daripada dia orang dan rasa, sedap ke sedap. HAHA

Monday, January 15

BLOG: Design Watermark Berlayer

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia dah pernah kongsikan tutorial macam mana nak buat watermark yang tidak berlayer. Kalau kau orang terlepas entry tutorial tu, jangan risau. Nia akan letakan link entry tersebut kat bawah.


Kali ni, nia akan kongsikan pulak tutorial macam mana nak buat watermark yang berlayer dengan kau orang semua. Ouh ya, nia buat watermark ni guna aplikasi PicsArt.

Pertama, tekan draw something.


Kedua, tekan start drawing.


Ketiga, pilih saiz kanvas dan juga warna latar belakang.


Bila kau orang tekan gambar segi empat sama bertingkat tu, kau orang akan nampak ada dua lapisan kat situ. Satu lapisan transparent, satu lapisan kanvas putih.


Keempat, tekan gambar huruf T.


Tulis apa yang kau orang nak dekat watermark. Pilih jenis font yang kau orang suka. Kemudian, tentukan saiz font berserta warna yang kau orang nak pakai. Dah selesai semua tu, tekan tanda tick kat atas tu.

Kelima, tekan gambar segi empat sama bertingkat.


Keenam, tekan gambar segi empat sama yang ada tanda tambah.


Ketujuh, pilih lapisan yang kau orang nak. Nia punya nia pilih empty layer. Lepas pilih tu, kau orang akan perasan kat bahagian lapisan tu dah bertambah menjadi tiga.


Kelapan, pilih T lagi.


Tulis apa yang kau orang nak dekat watermark. Pilih jenis font yang kau orang suka. Kemudian, tentukan saiz font berserta warna yang kau orang nak pakai. Dah selesai semua tu, tekan tanda tick kat atas tu.

Kesembilan, tekan gambar empat segi sama dengan bulat tu kalau kau orang ada nak tambah corak ke apa. Kalau takde, boleh abaikan langkah ni dan tekan gambar segi empat sama bertingkat tu.


Kesepuluh, tentukan opacity yang kau orang nak. Samada nak bagi nampak penuh ataupun kabur.

Kesebelas, pilih kanvas putih dan tekan gambar tong sampah. Ini kalau kau orang nak watermark kau orang jadi transparent. Kalau kau orang tak nak, abaikan je langkah ni.


Kedua belas, tekan gambar titik tiga bertindih.


Ketiga belas, pilih Save Image.


Dan, selesai!


Harap – harap tutorial kali ni boleh membantu kau orang terutamanya para blogger baru yang tak tahu macam mana nak buat watermark. Ataupun mereka – mereka yang buat watermark dengan cara yang senang dan mudah.

Saturday, January 13

DARI HATI: Selamat Hari Lahir, Abah

Assalamualaikum semua :)


This one is for you, abah.


Masa kecil dulu selalu berangan nak dapat seorang ayah yang ada kereta mewah, rumah megah, kerja gah dan gaji melimpah. Tapi bila dah semakin meningkat dewasa ni, baru sedar bahawa aturan dan perancangan yang Allah SWT dah dititipkan tu adalah sangat kemas dan cantik.

Sangat - sangat cantik dan sangat - sangat kemas.

Ayah yang ada kereta mewah belum tentu boleh bawa anak - anak pergi jalan - jalan setiap kali musim cuti sekolah tiba.

Ayang yang ada rumah megah belum tentu akan sentiasa berada di rumah untuk makan bersama dengan keluarga.

Ayah yang ada kerja gah belum tentu boleh menjamin kebahagiaan hidup anak - anaknya.

Ayah yang ada gaji melimpah belum tentu boleh membelikan pelbagai barangan untuk memuaskan kehendak anak - anak.

Alhamdulillah, syukur sangat sebab dapat abah.

Walaupun abah takde kereta mewah tapi anak - anak dapat merasa pergi ke sana sini masa cuti sekolah. Cakap je nak pergi mana, selagi mana abah mampu bawa mesti kita orang akan sampai ke destinasi.

Walaupun takde rumah megah tapi abah sentiasa ada dekat rumah untuk makan sama - sama dengan anak - anak. Balik kerja penat - penat, terus cerita macam - macam benda kat abah.

Walaupun abah takde kerja gah tapi abah selalu ambil berat pasal kita orang adik beradik. Tanya pasal kerja, pasal belajar.

Walaupun abah takde gaji melimpah tapi abah sentiasa cuba untuk memuaskan kehendak kami tiga beradik.

Benda - benda kecil macam nilah yang selalu membuatkan rasa syukur tu terbit dalam jiwa.

Selamat hari lahir, Abah.

Terima kasih sebab dah besarkan dan jaga kita orang selama ni. Harapnya, kita akan tetap menjadi keluarga di syurga nanti.

Amin.

Monday, January 8

DRAMA: Behind Your Smile

Assalamualaikum semua :)

Ada tak diantara kau orang semua yang ternanti – nantikan review drama Taiwan daripada nia? Kalau ada, penantian kau orang semua akan berakhir pada hari ni. Kali ni, nia akan kongsikan review drama Taiwan yang bertajuk ‘Behind Your Smile’.


*******

Zhao Yi Ting menyimpan perasaan dendam yang teramat sangat terhadap Lin Man kerana wanita itu merupakan punca keluarganya menjadi berpecah – belah dan juga penyebab kematian ayahnya. Zhao Yi Ting meninggalkan ladang lembu milik keluarganya untuk menuntut ilmu dan membuatkan dirinya berjaya.

Beberapa tahun kemudian, Zhao Yi Ting yang telahpun menjadi seorang usahawan berjaya dan terkenal bertemu dengan Lei Xin Yu iaitu satu – satunya anak perempuan Lin Man. Mulanya, Zhao Yi Ting mendekati Lei Xin Yu kerana dia mahu mempergunakan gadis itu untuk membalas dendam terhadap Lin Man. Tetapi setelah meluangkan masa bersama Lei Xin Yu, perasaannya mula beralih arah.

*******


Nia suka drama ni disebabkan watak Zhao Yi Ting. Walaupun dia memang dah terang – terang sukakan Lei Xin Yu tetapi dia masih tak nak mengakui perasaan dia. But then again, it was reasonable for him only not to admit it. Lei Xin Yu tu anak kepada perempuan yang membuatkan ayah dia terbunuh tapi dia boleh sukakan Lei Xin Yu? Herrr, haru.

Zhao Yi Ting ni selalu berperang dengan emosi dia sendiri tau kalau kau orang nak tahu. Disebabkan rasa dendam, dia selalu buat benda yang teruk – teruk dekat Lei Xin Yu. Tuduh Lei Xin Yu curi cincin tunang dialah, suruh Lei Xin Yu jadi pekerja kat ladang lembu keluarga dialah, suruh Lei Xin Yu jadi pembantu dialah, macam – macamlah dia buat kat Lei Xin Yu tu.

Tapi lepas dah buat semua benda jahat tu, dia jatuh kesian pulak kat Lei Xin Yu. Lepas tu dia tolong Lei Xin Yu, bagi semangat apa semua dekat perempuan. Semata – mata sebab dia dah mula sukakan Lei Xin Yu.

Tsundere betul mamat Zhao Yi Ting ni! HAHA


Rating: 3 / 5
Sumber gambar: google.com

Friday, January 5

DARI HATI: Kau Doakan Aku Mati?!

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni terjadi satu salah faham antara nia dan juga seorang kawan nia. Ceritanya kawan nia dikejarkan ke hospital sebab penglihatan dia tiba – tiba sahaja hilang sebaik dia terjaga daripada tidur. Dia punya panik tak payah nak cakaplah sebab yelah, siapa je yang tak gelabah apabila penglihatan tiba – tiba hilang kan?

Dia menjerit – jerit panggil ahli keluarga yang ada dalam rumah. Dia orang pun lintang – pukang lari dapatkan dia sebab terkejut bila dengar dia menjerit kuat – kuat macam tu. Lepas tu kawan nia bagitahu dia orang yang dia memang tak nampak apa – apa langsung. Penglihatan dia hitam pekat ibarat bilik gelap yang takde lampu langsung tu.

Dia orang telefon ambulans dan bawak kawan nia pergi ke hospital. Sampai dekat hospital terus pegawai perubatan bawak dia masuk bilik kecemasan dan bila doktor periksa doktor cakap tekanan darah dia terlalu tinggi sebab tu penglihatan dia hilang. Doktor tanya dia sepanjang minggu tu tidur cukup ke tidak, ada minum ataupun makan apa.

Dia mengaku yang sepanjang minggu tu dia banyak berjaga malam dan tidur tak cukup tujuh jam sebab kerja banyak sangat. Lepas tu sarapan pagi hari tu, dia minum Nescafe O panas.

Doktor tu pesan tidur kena cukup sekurang – kurangnya lima sehingga enam jam. Lepas tu kena elakkan minum minuman yang berkafein tinggi macam Nescafe sebab minuman macam tu boleh menyebabkan tekanan darah tinggi naik.

Yang menjadi salah fahamnya bila dia cakap kat nia yang dia sekarang ada kat hospital sebab darah tinggi dia naik. Jadi nia pun ucap ‘innalillahi wa innailaihi rajiun’ sebab dah dengar berita sedih macam tu.


Terus dia marah nia, ‘Kau doakan aku mati?!

Terpaksalah nia terangkan pada dia bahawa ucapan tu bukannya khusus untuk orang yang meninggal dunia sahaja tetapi untuk setiap khabar buruk yang kita dengar, kita boleh ucapkan benda tu. Barulah dia faham dan minta maaf sebab tiba – tiba marah nia. Terus naik darah tinggi dia lepas dengar nia sebut ucapan tu. HAHA.

Kau orang pernah lalui situasi yang sama tak?



Monday, January 1

DARI HATI: Selamat Tahun Baru 2018

Assalamualaikum semua :)

Di kesempatan ini nia nak mengucapkan selamat menyambut tahun baru yang ke - 2018 dekat kau orang semua. Nia doakan semoga segala impian dan cita - cita kau orang semua untuk tahun ini akan tercapai, dilapangkan rezeki, diberkati umur kau orang semua, dikurniakan kesihatan yang baik dan diberikan kesempatan untuk bersama dengan keluarga.

Nia tengah teruja menantikan kemunculan hari esok sebab tak sabar nak berjumpa dengan para pelajar nia yang baru.


Wish me luck, guys :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.