GOSIP: Jeon Tae Soo Meninggal Dunia

Assalamualaikum semua :)

Ada tak sesiapa di kalangan pembaca blog nia ni kenal dengan pelakon Jeon Tae Soo ataupun lebih dikenali sebagai adik kepada pelakon wanita terkenal Jeon Hae Rim yang turut dikenali dengan nama pentasnya Ha Ji Won?

Jeon Tae Soo telahpun meninggal dunia pada 21 Januari 2018 yang lepas. Punca kematian tidak didedahkan kepada umum tetapi agensi Jeon Tae Soo ada mengeluarkan kenyataan meminta agar orang ramai tidak membuatkan apa – apa spekulasi dan menulis komen – komen yang tidak menyenangkan.

Jeon Tae Soo merupakan salah seorang artis yang mengalami kemurungan dan dia telah bertarung untuk melawan kemurungan selama beberapa tahun lamanya.

Harapnya, Jeon Tae Soo tidak mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah kemurungannya.


Apa - apa pun, nia mengucapkan takziah buat kaum keluarga, sahabat handai serta semua peminat Jeon Tae Soo atas kehilangan ini.

Sumber gambar: google.com

1 comment:

  1. This time the exam will be computer-based so it is not confirmed that the Answer Key will be released or not. The candidate will be able to cross check their answers with the help of  RRB ALP Answer Sheet. For more details, the candidates can go through the entire page regarding RRB ALP 2018 Answer Key.

    ReplyDelete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)