Monday, February 26

DIARI GURU: Isolation Room / Bilik Pengasingan

Assalamualaikum semua :)

Ada tak di kalangan pembaca blog nia ni menggunakan kaedah isolation room ataupun bilik pengasingan untuk mendisiplinkan anak masing – masing?

Sebenarnya, dekat tadika nia dan guru – guru yang lain menggunakan kaedah isolation room apabila pelajar tiba – tiba mengamuk tak tentu pasal, menangis dan meraung tanpa henti dan situasi – situasi lain yang berkenaan.

Kami akan letak pelajar dalam satu bilik berasingan daripada pelajar – pelajar lain. Kalau boleh, tutupkan lampu sekali. Biar gelap dalam bilik tu. Jangan keluarkan pelajar terbabit selagi mereka belum bertenang dan boleh kawal emosi dia orang.

Tujuan kami letakkan pelajar dalam bilik pengasingan ni bukannya nak mendera mereka, jauh sekali untuk menakut – nakutkan dia orang semua. Sebaliknya nak beritahu mereka dan pelajar – pelajar yang lain bahawa mereka perlu kawal emosi masing – masing.

Nak menangis, boleh.
Nak meraung, boleh.
Nak mengamuk, boleh.

Tapi bila cikgu suruh bertenang, mereka perlu bertenang. Jangan selamanya nak menangis, meraung dan mengamuk bagai kat tadika.

Terangkan jugak dekat mereka kalau mereka buat macam tu, mereka akan mengganggu para pelajar lain yang berada di kelas.

Kebiasaannya nia dan cikgu – cikgu yang lain takkan guna kaedah bilik pengasingan selagi mana kita orang boleh pujuk dan kawal emosi pelajar. Tetapi kalau dah keterlaluan sangat, baru kami letak mereka dalam bilik tersebut.

Itupun tak lama.

Cukup sekadar lima minit sahaja.

Kalau pelajar masih lagi tak bertenang, panjangkan lagi masa untuk mereka berada di dalam bilik tersebut.

Dan paling penting, jangan bagi sesiapa masuk bilik berkenaan. Mainan pun tak boleh ada dalam bilik tu. Biar mereka tahu bahawa mereka berada dalam bilik tersebut kerana mereka sedang didenda.

Selalunya nia guna kaedah ni pada awal – awal tahun ataupun pada bulan Januari sahaja. Sebab masa tu pelajar masih lagi baru dan tak dapat nak sesuaikan diri dengan suasana persekolahan.

Bila mereka dah biasakan diri dengan suasana persekolahan, nia takde guna kaedah ini lagi. Sebab mereka tahu, kalau mereka tak kawal emosi sendiri nanti mereka akan didenda.

Arghhh, rindunya dengan kelas lama T.T


Kau orang semua guna kaedah apa untuk disiplinkan anak kat rumah ataupun tadika? Jom kongsikan dengan nia.


Belanja satu gambar dengan Annisa Qanitah

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.