DIARI GURU: Projek Alat Bantuan Mengajar - Mengira dengan Manik

Assalamualaikum semua :)

Ini cerita basi.

Nia bagitahu awal – awal yee, jadi jangan marah nia lebih – lebih. KEKEKE

Sebelum sesi persekolahan 2018 bermula hari tu, nia tengah sibuk menyiapkan projek alat bantuan mengajar yang bakal digunakan untuk tahun ini. Kalau nak mengajar guna buku latihan dan permainan papan je, bosanlah kan?

Budak – budak yang baru main pun boleh bosan, inikan pulak cikgu dia yang dah bertahun – tahun menghadap permainan yang sama. Bukan tahap bosan dah, tahap nak muntah berbaldi – baldi. KEKEKE

Projek alat bantuan mengajar pertama yang nia buat adalah ABM mengira dengan manik. Antara bahan yang nia gunakan untuk buat ABM ni ialah:

11 kain felt saiz A4 dipotong dua (tak kisah nak warna – warni ataupun satu warna sahaja)
Benang
Manik (warna – warni / satu warna sahaja)
Eyelet
Ring (saiz besar)
Nombor dari kain felt
Sticky Velcro

Kesemua barang – barang yang nia gunakan untuk buat ABM ni nia beli daripada Spotlight. Harga memang mahal tapi kualiti barang yang dijual setanding dengan harga yang mahal tulah. Berbaloilah senang cerita.

Lagipun kat Spotlight semua barang yang nia nak tu ada. Jadi senang. Tak payah nak cari barang kat kedai lain pulak. Inilah cara nia membeli barang. Satu spesis dengan kaum lelaki kan? HAHA

Okey.

Tujuan nia buat ABM mengira dengan manik ni supaya pelajar boleh mengenal nombor dan tahu mengira dengan betul. Nia gunakan velcro supaya nombor tu boleh dicabut – cabutkan. Bila murid dah selesai mengira manik, suruh dia orang cari sendiri mana nombor yang betul untuk jumlah manik tu.

Haa selain kita dapat mengukur kebolehan mereka untuk mengira dengan betul, kita juga dapat mengetahui samada mereka betul – betul kenal nombor ataupun sekadar menghafal sahaja sebenarnya.

Nia saja letak projek alat bantuan mengajar ni dekat sini supaya dapat menjadi rujukan buat para guru diluar sana yang tidak mahu terlalu bergantung dengan buku teks dan latihan semata – mata.

Dekat instagram pun nia ada letak jugak, kau orang cuma perlu taip hashtag projek alat bantuan mengajar.

Kalau kau orang rasa entry ni bagus dan bermanfaat, silakan share ye. Lagi banyak kau orang share, lagi banyak orang akan mendapat manfaatnya.

A post shared by Teacher Nia (@niaemkay) on


A post shared by Teacher Nia (@niaemkay) on

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)