Friday, March 30

DARI HATI: Hiatus Mode

Assalamualaikum semua :)

Nia mohon ampun sangat - sangat sebab nia terpaksa tinggalkan blog ni untuk sementara waktu sebab tuntutan kerja yang begitu memerlukan nia untuk fokus sepenuhnya. Kalau sebelum ni boleh juga curi - curi masa untuk update pelbagai cerita dekat sini, tapi sekarang ni memang dah takde masa dah.

BBM pun banyak juga yang tertangguh. Nia minta maaf sangat - sangat kepada semua yang singgah sini dan sudi tinggalkan jejak tapi nia tak balas jejak kau orang semula. Nia memang dah lama tak buka blog.

Yang mana ajak join segmen dan giveaway tu, ampun sangat - sangat. Bukan sombong ke apa, tapi sebab nia terlalu sibuk dengan kerjaya nia. Maaf sangat - sangat.


Sumber gambar: google.com

Friday, March 23

TIPS: Penjagaan Rambut Cara Nia Emkay

Assalamualaikum semua :)

Ini merupakan salah satu cerita basi yang telah lama diperap dalam komputer riba nia. Kalau cerita ni boleh dijeruk, memang dah masuk kategori sedap sehingga termimpi – mimpi dah. HAHAHA

Sebelum ni nia dah pernah kongsikan Tips Penjagaan Muka Cara Nia Emkay dekat dalam blog ni. Kalau kau orang semua terlepas entry tersebut, sila klik link yang nia dah sediakan kat bawah ni.


Selepas nia tulis tips penjagaan muka tu, ramai pulak yang minta nia kongsikan tips penjagaan rambut dekat blog ni. Untuk tidak menghampakan kau orang semua, kali ni nia akan kongsikan tips penjagaan rambut.

Untuk pengetahuan kau orang semua, penjagaan rambut cara nia emkay mempunyai tiga peringkat keseluruhannya.

1 – Syampu


Sila cari syampu yang bersesuai dengan keadaan rambut kau orang semua. Kalau kau orang punya rambut ada masalah kelemumur, cari syampu untuk rambut kelemumur. Kalau rambut kau orang kasar, cari syampu untuk rambut kasar.

Setiap keadaan rambut yang berbeza, mempunyai syampu yang berbeza. Jangan pulak tengok kawan kau orang punya rambut kerinting dan bersinar, terus kau orang tanya dia pakai syampu apa dan terus pergi beli kat kedai lepas tu lumur kat kepala.

NO!

Tak semestinya syampu yang sesuai dengan keadaan rambut orang lain akan sesuai dengan keadaan rambut kau orang jugak. Walaupun keadaan rambut kau orang sama sekalipun, tak semestinya syampu yang sama akan sesuai dengan rambut kau orang.

Untuk mencari syampu yang sesuai dengan kau orang, kau orang perlu gunakan kaedah trial and error. Nia sendiri pun ambil masa dua tiga tahun untuk mencari syampu yang sesuai dengan keadaan rambut nia.

Lagi satu nia nak pesan, syampu rambut dekat bahagian atas sahaja ye. Kalau bahagian kulit kepala kau orang tu. Jangan syampu sampai ke hujung rambut. Terutama sekali untuk yang berambut panjang.

Tujuannya untuk mengelakkan rambut daripada cepat rosak, bercabang dan juga mudah putus.

Tips: Jangan pakai syampu yang sama untuk tempoh masa yang panjang. Kalau boleh, dua tiga bulan sekali tukar pakai syampu lain pulak.

2 – Perapi


Selepas kau orang cuci rambut dengan syampu, kau orang wajib lumurkan perapi dekat hujung rambut. Nia ulang, hujung rambut dan bukannya dekat kulit kepala kau orang. Tujuan kau orang perlu pakai perapi dekat hujung rambut untuk memberikan rambut kau orang minyak.

Bila hujung rambut kau orang mempunyai minyak yang cukup, rambut akan jadi lebih bersinar, mudah diurus dan tidak mudah putus.

Biasanya rambut yang dekat atas ataupun dekat kulit kepala dah diberikan minyak yang cukup sebab kulit kepala kau orang tu ada keluarkan minyak semulajadi. Jadi, jangan letakkan perapi kat bahagian kulit kepala. Kalau tak nanti rambut kau orang akan jadi semakin berminyak dan kelemumur akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Nak ke kelemumur tumbuh merata kat kulit kepala?

Tips: Seminggu sekali, basuh rambut kau orang dengan menggunakan perapi sahaja tanpa menggunakan syampu langsung. Rambut akan jadi lebih lembut dan kuat kalau diamalkan untuk jangka masa yang panjang, insya Allah.

3 – Merawat


Dua kali seminggu, kau orang perlu rawat rambut kau orang dengan menggunakan topeng rambut. Terpulang samada kau orang nak gunakan topeng rambut yang dijual dekat kedai dan pasaraya ataupun kau orang nak gunakan kaedah minyak panas.

Cadangan nia, kau orang gunakan kaedah minyak panas sebagai rawatan pertama dan biarkan selama satu jam. Kemudian, kau orang pakai pulak topeng rambut daripada mana – mana jenama dan biarkan selama satu jam ataupun semalaman.

Lagi kerap kau orang buat rawatan rambut, lagi cantik jadinya rambut kau orang.

Tips: lepas lumurkan topeng rambut ataupun minyak dekat rambut, pastikan kau orang balut rambut dengan tuala ataupun anak tudung. Lebih baik kalau kau orang balut dengan tuala panas.

Itu sahaja tips penjagaan rambut gaya nia emkay yang boleh nia kongsikan bersama dengan kau orang semua. Harap – harapnya tips ini dapat membantu kau orang semua :)

Say ho! from Little Boss Annisa, HAHAHA

Monday, March 19

LAGU: Irama Sayangi Anak Yatim by Omar & Hana Diambil Daripada Grandpa’s Clock by Ken Hirai

Assalamualaikum semua :)

Ada tak di antara kau orang semua yang pernah dengar lagu Sayangi Anak Yatim by Omar & Hana?

Sejak – sejak nia bergelar guru tadika ni, semua lagu kanak – kanak nia dengar dan hafal lirik dia. Pink Fong, Didi and Friends, Upin & Ipin dan yang terbaru adalah Omar & Hana.

Macam manalah nia tak hafal lagu – lagu tu semua kalau dah setiap hari budak – budak ni dok menyanyi sakan kat tepi telinga nia? Bukan setakat menyanyi je, siap ajak pulak kita ni menyanyi sama. Kalau tak turut kemahuan dia, mulalah nak merajuk.

inilah antara muka yang selalu ajak teacher menyanyi :D
Kalau ada yang tak pernah dengar lagi lagu Sayangi Anak Yatim tu, sila klik video yang nia dah sertakan siap – siap kat bawah ni.


Okey, dengar dah?

Apa yang menarik perhatian nia tentang lagu Sayangi Anak Yatim ni sebenarnya irama lagu tersebut. Irama lagu ni sama dengan irama lagu jepun iaitu Grandpa’s Clock by Ken Hirai.

Macam mana nia tahu?

Sebab nia merupakan peminat tegar lagu Grandpa’s Clock yang dinyanyikan oleh Ken Hirai ni. Nia mula – mula sekali kenal dengan Ken Hirai ni masa dengar OST drama Kiken na Aneki bertajuk Pop Star. Rentak dia sangat catchy dan lirik dia pulak sangat bermakna. Sejak daripada tu, memang nia kumpul lagu – lagu yang dinyanyikan oleh Ken Hirai.

Sekiranya ada yang tak pernah dengar lagu Grandpa’s Clock, kau orang boleh klik video kat bawah ni untuk dengar lagu tu.


Amacam?

Sedap tak lagu tu?

Dah beratus kali dengar pun, nia tetap juga boleh jatuh cinta dengan lagu ni. Suara Ken Hirai pun mendayu – dayu kedengaran di halwa telinga nia haa. HAHAHA

Sumber video: youtube.com
Sumber gambar: google.com

Friday, March 16

DARI HATI: Cerita Di Sebalik Nama

Assalamualaikum semua :)

Ya Allah, Ya Tuhanku.

Banyak rupa – rupanya cerita yang masih lagi tertangguh untuk dikongsikan bersama dengan kau orang semua. Tadi bila godek – godek folder yang nia beri nama ‘Blog’ dalam komputer riba, selambak fail kat dalam tu. Penuh dengan pelbagai gambar dan cerita yang masih lagi menanti giliran untuk dituliskan ke dalam blog ni.

Apa nak jadilah dengan seketul Nia Emkay ni. Makin lama makin kelaut mood menulis dekat blog kesayangan ni. Nasib kau oranglah, terpaksa baca kisah – kisah basi yang dituliskan oleh nia ni. HAHAHA

Cerita basi boleh diampunkan lagi. Kalau makanan basi memang mencari mati. Ye dak?

Okey, berbalik kepada topik hari ni.

Untuk mereka yang masih lagi tak tahu, nama sebenar nia adalah Nurul Hawadah. Nama nia ni boleh dimasukkan ke dalam kategori nama yang paling unik sebab masa zaman persekolahan dulu, tak pernah langsung nia jumpa dengan pelajar yang mempunyai nama yang sama dengan nia.

Dahlah nak cari orang yang ada nama sama dengan nia payah, nak cari maksud nama nia tu pun payah jugak. T.T

Disebabkan rasa ingin tahu nia sangat membuak, jadi nia pun tanya abah kenapa abah letak nama nia Nurul Hawadah.

Masa nia lahir, arwah atuk cakap takde siapapun diantara cucu – cucu dia yang ambil nama mak dia iaitu Hawa. Jadi, bila arwah ibu dengar terus ibu cadangkan dekat abah untuk letak nama nia sebagai Hawa. Abah setuju dan abah tambahkan Nurul dekat depan nama nia, jadi Nurul Hawa.

Tapi bila disebut – sebut, ibu cakap nama tu terasa tak sesuai. Bila abah ubah jadi Nur Hawa, ibu cakap nama tu jadi lagi pelik. HAHA Pening jugaklah abah masa tu nak memikirkan nama pertama apa yang sesuai untuk diletakkan dekat nama nia tu.

Fikir punya fikir, abah terus dapat idea. Daripada Nurul Hawa, abah jadikan Nurul Hawadah. Perkataan ‘dah’ yang ditambah kat belakang Hawa tu mempunyai maksud yang sama dengan maksud Hawa iaitu yang hidup. Huruf dal dalam ‘dah’ bermaksud dalil manakala huruf ‘ha’ pula bermaksud ‘hidup’.

Bila abah bagitahu kat ibu tentang nama Nurul Hawadah tu, ibu jadi suka dengan nama tu sebab macam nama orang jepun. HAHAHA

Tapi baru – baru ni, abah ada jumpa satu laman web maksud nama – nama anak dalam islam. Kat dalam laman web, dia ada masukkan maksud nama Hawadah iaitu lemah lembut. Bila abah dapat tahu, terus abah bagitahu nia pasal maksud nama tu. Abah siap cakap, lain betul maksud yang abah mula – mula berikan dengan maksud yang sebenar.

HAHAHA


Takpelah, abah. Maksud nama tu tak penting sangat. Janji baik ertinya sudah.

Kau orang pulak macam mana? Apa cerita disebalik nama kau orang?

Monday, March 5

DRAMA: Somehow 18

Assalamualaikum semua :)

Siapa diantara kau orang semua ni yang nak tengok drama korea tapi tak nak menghabiskan masa lama – lama menghadap komputer riba? Kalau ada, review kali ni nia tujukan khas untuk kau orang sebab drama kali ni cuma ada dua episod sahaja.

Yes, you read it correctly. Only two episodes for this particular drama.

*******

Oh Kyung Whee merupakan seorang pelajar yang selalu dibuli ketika berada di sekolah dulu. Ketika dia mengambil keputusan untuk membunuh diri, Han Na Bi menjumpai kertas wasiatnya dan menyuruh Oh Kyung Whee untuk terus hidup kerana mempunyai seseorang untuk bergaduh adalah lebih baik daripada hidup keseorangan.


Walaupun Han Na Bi menolong Oh Kyung Whee melalui hari – harinya daripada dibuli oleh pelajar lain tetapi dia tidak boleh melawan apabila dipaksa untuk membuli Han Na Bi pula. Akibatnya, Han Na Bi menjauhi Oh Kyung Whee dan tidak lagi bercakap dengannya. Beberapa hari kemudian, Oh Kyung Whee mendapat berita bahawa Han Na Bi telah membunuh diri. Dia menyalahkan dirinya sebagai punca Han Na Bi membunuh diri.

*******

Walaupun drama ni mempunyai jalan cerita yang senang difaham dan sangat menarik perhatian nia tapi nia tak berapa setuju bila mereka masukkan elemen membunuh diri sebagai satu jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh kedua – dua watak utama.

Oh Kyung Whee mengambil langkah untuk membunuh diri sebanyak dua kali kerana tidak tahan dibuli oleh kawan – kawannya. Tetapi dia bertemu dengan Han Na Bi yang menyelematkan dia daripada membunuh diri. Han Na Bi pula membunuh diri apabila dia mendapat tahu kawan baiknya yang koma akibat daripada kemalangan jalanraya telah meninggal dunia.

Selain daripada elemen membunuh diri, nia sukakan drama ni.


Jumlah episod: 2
Rating: 4 / 5
Sumber gambar: google.

Friday, March 2

DARI HATI: Nak Goyang Kaki, Jadi Bos!

Assalamualaikum semua :)

Bulan Januari yang lepas, ada empat orang pelajar daripada Cybernatics datang ke tadika untuk menjalani latihan praktikal mereka selama sebulan.

Adatlah.

Dah namanya pelajar praktikal kan? Mestilah dia orang datang ke tadika tu untuk menimba ilmu dan menambahkan pengalaman yang sudah sedia ada untuk mempersiapkan diri ke arah menjadi seorang guru tadika. Tapi nia berasa sangat tak puas hati dengan sikap beberapa orang pelajar praktikal tersebut.

Antaranya ialah dia orang langsung tak tolong jaga budak – budak semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan. Sibuk main telefon pintar masing – masing dan buat rancangan pengajaran harian (RPH).

Sedangkan dari awal lagi dah maklumkan dekat dia orang yang dia orang kena tolong guru kelas pantau budak – budak dan kawal mereka semasa sesi PDP sedang berjalan.

Tapi harammmmmmm.

Masa kelas tengah berjalan, masa tu jugaklah dia orang sibuk nak buat RPH.
Masa budak tengah perlukan kawalan, masa tu jugaklah dia orang nak cari bahan bantu mengajar untuk kelas petang nanti.

Menyirap je darah nia.

Itu satu hal.

Satu hal lagi, cara dia orang bersihkan baju pelajar yang terkena najis seperti kencing dan tahi.

Kat tadika, ada disediakan dua tiga biji baldi untuk kegunaan guru bagi tujuan merendam pakaian, mengemop lantai dan sebagainya. Tujuan pihak pengurusan sediakan banyak baldi supaya takdelah cikgu guna baldi kat dalam bilik air yang digunakan untuk menadah air.

Tapi bila budak praktikal datang, dia orang rendamnya baju budak – budak yang terkena najis dalam baldi yang kita orang guna untuk tadah air tu. Baju yang nak dicuci bersih cuma sehelai tapi air sampai satu baldi penuh. Membazir betul.

Patutnya tanyalah nak rendam baju budak – budak ni dalam baldi mana ataupun nak buat apa dengan baju budak yang terkena najis tu. Ini tidak. Main buat ikut suka hati dia orang je.
Lepas tu, sabun pulak melambak – lambak dalam baldi. Bukannya dia orang nak bersihkan balik baldi yang dah penuh dengan sabun tu. Biarkan je macam tu. Bila budak nak mandi waktu petang, dah takde air bersih nak digunakan. Puas nak kena tunggu air penuh dalam baldi baru boleh mandikan budak – budak.

Stress betul bekerja dengan orang yang tak tahu nak buat kerja tapi malas bertanya. Acah – acah semua benda dia reti buat sendiri. Kalau tak menyusahkan orang lain, takpe lagi. Ini tidak, buang masa orang je nak kena bersihkan benda yang dia tinggalkan.

HUH!!!

Siapa ada pengalaman bekerja dengan budak praktikal? Cuba kongsikan sedikit cerita kau orang dengan nia.

Senyum walaupun tengah marah, HAHAHA

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.