Friday, August 2

DRAMA: Pasta


Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni, nia ada tulis review mengenai drama korea lama. Kalau kau orang terlepas entry nia yang tu, kau orang boleh tekan link yang nia dah sediakan kat bawah ni.


Kali ni, nia akan tulis review tentang satu lagi drama lama iaitu Pasta.







A       M       A       R       A       N







Dalam drama ni dia orang banyak tunjukkan babak memasak makanan seperti pasta dan juga steak. Kalau kau orang tiba – tiba mengidam nak makan pasta ataupun steak semasa tengok drama ni, tolong jangan bagitahu nia okeyyy.

Sebab nia pun boleh tahan banyak kali jugak mengidamkan pasta dengan steak masa tengah ulang tonton drama ni.

Talk about big appetite.

HAHAHAHAHAHA

*     *     *     *     *     *     *     *     *

Seo Yoo Kyung telah lama bekerja sebagai pembantu dapur di Restoran La Sfera dan impiannya hanya satu sahaja iaitu mahu menjadi seorang tukang masak yang dikenali di Restoran La Sfera. Setelah sekian lamanya dia menyandang jawatan sebagai pembantu dapur, akhirnya dia dinaikkan pangkat untuk menjadi seorang tukang masak. Namun impiannya musnah apabila seorang ketua tukang masak baru tiba ke La Sfera dan memecat semua tukang masak perempuan yang ada di situ.

Choi Hyun Wook merupakan seorang ketua tukang masak yang baru di Restoran La Sfera. Disebabkan dia mempunyai masa lampau yang kurang menyenangkan dengan tukang masak perempuan, jadi dia telah membuat satu prinsip – di dapurnya tidak boleh ada walaupun seorang pun tukang masak perempuan! Namun prinsipnya berubah apabila dia berjumpa dengan Seo Yoo Kyung.

*     *     *     *     *     *     *     *     *


Ini merupakan antara drama kegemaran nia!

Jarang sangat nak jumpa drama korea yang ada babak memasak dalam setiap episodnya. Disebabkan drama ni, nia mula berangan – angan nak jadi seorang tukang masak dan teringin nak memiliki kemahiran memasak macam dia orang semua yang ada dalam drama ni.

Jujurnya nia tertarik sangat – sangat untuk tengok drama ni sebab babak memasak yang ada. Memang itu sahaja satu – satunya penyebab nia mula – mula tengok drama ni. Dapat pulak seketul nia emkay ni memang pantang habis bab makanan. Memang melekatlah depan televisyen tengok drama ni.

HAHAHAHAHAHAHA

Kalau kau orang pun jenis macam nia, suka tengok drama yang penuh dengan babak memasak bolehlah tonton drama ni.

:)

Jumlah Episod: 16
Rating: 5 / 5
Sumber gambar: google.com

Friday, July 26

PARENTING: Anak Ada Tabiat Buruk, Macam Mana Nak Hilangkannya?


Assalamualaikum semua :)

Semua anak kecil mempunyai tabiat buruk masing – masing dan kadang – kadang tu susah sangat nak menghilangkan tabiat buruk dia orang. Walaupun puas kita ibu bapa ni tegur dia orang, jentik tangan, piat telinga apa semua bagai. Dia orang masih lagi dengan tabiat yang tidak nampak cantik di mata kita.

Betul tak?

Tapi tak payah cakap tentang anak kecil yang masih belum mencapai akil baligh tulah, kita yang dewasa ni sendiri pun masih ada lagi tabiat buruk yang sangat payah untuk dibuang.

Betulkan?

Apabila soalan bila nak berubah diajukan kepada kita, alasan yang sering dilemparkan ialah dah terbiasa buat begitu jadi payah nak berubah. Kalau kita sebagai ibu bapa pun tak berusaha untuk mengubah tabiat buruk sendiri, jadi jangan pula kita meletakkan tekanan kepada anak – anak untuk mereka berubah.

Kenapa?

Sebab kita sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

Ingat!

Ibu bapa adalah contoh yang paling baik untuk ditiru oleh anak – anak.

Jadi hari ni nia akan kongsikan beberapa cara untuk menghilangkan tabiat buruk anak – anak secara perlahan tetapi berkesan, insyaAllah. Pertama sekali, mari kita kenal pasti beberapa contoh tabiat buruk anak – anak kecil yang selalu anak kita buat ataupun kita biasa nampak di sekeliling.

Antaranya ialah:

1 – Menangis bila tak dapat sesuatu
2 – Berguling – guling atas lantai bila dimarahi
3 – Menjerit – jerit bila bercakap
4 – Sibuk nak bercakap bila ibubapa tengah bercakap
5 – Korek hidung
6 – Jilat tapak tangan dan tapak kaki
7 – Menjelirkan lidah
8 – Menjeling
9 – Bercakap kasar
10 – Suka pukul dan tendang

Okey, ini antara contoh tabiat buruk yang selalu dibuat oleh anak – anak kecil. Jadi macam mana nak hilangkan tabiat buruk ni semua?

1 – Bagitahu sebab

Budak – budak ni memang lumrahnya suka bertanya dan selalu nak ambil tahu. Curious. Memang itu sifat dia orang. Malahan, ada kajian mengatakan bahawa budak yang banyak bertanya ni seorang anak yang pintar.

Jadi pastikan ibubapa bagi penjelasan yang sebaiknya bila nak suruh dia orang buang tabiat buruk tu. Nia boleh jamin anak – anak kau orang mesti akan tanya kenapa tak boleh buat macam ni mama / papa?

Contoh, anak selalu jilat tapak tangan dan tapak kaki.

Ibu bapa perlu terangkan tapak tangan dan tapak kaki tu sangat kotor sebab selalu terdedah pada kuman dan bakteria. Tambahan pula mereka selalu bermain di luar dan menyentuh apa sahaja permukaan tanpa membasuh tangan dan kaki selepas bermain.

Jadi kalau mereka suka jilat – jilat tangan dan kaki, ada kemungkinan mereka akan dijangkiti penyakit. Kalau boleh, tunjukkan sekali video kuman yang ada kat tapak tangan dan tapak kaki. Biar mereka tahu kuman tu macam mana rupanya.

2 – Tegur berpanjangan

Manusia memang sifatnya pelupa dan mesti selalu diingatkan. Bukan sahaja kanak – kanak, malahan orang dewasa juga. Jadi setiap kali anak kau orang buat tabiat buruk, tegur dia orang elok – elok.

Contoh, anak cakap menjerit – jerit.

Ibu bapa kena tegur elok – elok, jangan ikut menjerit sama. Kang tak pasal – pasal je, emosi ibu bapa jadi celaru dan anak jadi mangsa ibu bapa melepaskan emosi yang tidak boleh dikawal.

Contoh ayat untuk menegur anak – anak yang tengah membuat tabiat buruk, ‘Ahmad budak baik kan? Ibu suka Ahmad cakap elok – elok dan tak menjerit. Kalau Ahmad cakap elok – elok, ibu boleh dengar apa yang Ahmad cakap. Bila Ahmad menjerit, ibu tak boleh dengar sebab telinga ibu sakit.’

3 – Time Out / Pengasingan

Dah bagitahu penerangan tentang keburukan tabiat buruk yang selalu anak lakukan dan sudah ditegur elok – elok apabila mereka melakukan perbuatan berkenaan tetapi anak masih lagi membuat tabiat buruk itu tanpa mengendahkan teguran yang kita berikan tadi.

Sakit hati, ye dak?

Kecil besar, kecil besar je mata kita pandang anak kita yang seorang ni. Ikutkan nafsu, mahu sahaja kita seligi kepala dia tiga empat kali. Baru puas hati.

HAHAHAHAHAHA

Bila dua cara tadi tak mendatangkan hasil, jadi kita buat pengasingan pula.

Bagi anak dua pilihan.

Samada dia nak duduk seorang – seorang di situ dan terus melakukan tabiat buruk dia ataupun dia nak duduk bersama kita dan berhenti melakukan tabiat buruk tersebut.

Sekiranya dia pilih untuk duduk seorang diri, tinggalkan sahaja dia di situ dan kita pergi ke ruang lain. Asingkan dia selama lima minit. Kemudian, kita tanya balik soalan yang sama. Nak duduk seorang – seorang ataupun nak duduk bersama kita. Ulang benda ni sampai dia pilih untuk duduk bersama dengan kita.

TAPIIIII

Janganlah ditinggalkannya anak tadi seorang – seorang tanpa pengawasan. Pastikan kita sentiasa periksa keadaan dia. Takut dia buat benda – benda yang merbahaya pula.

4 - Ganjaran

Bila anak dah boleh buang terus tabiat buruk mereka, bagilah mereka ganjaran yang sesuai. Antara ganjaran yang boleh diberikan ialah pelukan, masak masakan kegemaran mereka, menonton televisyen, bermain di taman, makan di luar dan sebagainya.

Ingat ye.

Bagi ganjaran hanya bila anak – anak dah berjaya buang tabiat buruk masing – masing. Selagi mereka masih buat tabiat buruk tu, jangan berikan ganjaran.

Kebiasaannya anak – anak akan mengambil masa antara 3 – 6 bulan untuk membuang tabiat buruk mereka. Itu semua pun bergantung kepada usaha ibubapa juga. Kalau ibubapa selalu culas dalam menegur anak – anak, memang agak lama jugalah masa yang akan diambil.

Itu sahaja tips yang nia boleh berikan tentang menghilangkan tabiat buruk anak kecil. Kalau kau orang tahu tips yang lain, jom kongsi kat ruang komen. Kot berguna, boleh orang lain dapat manfaat sekali.

:)

Friday, July 19

DRAMA: 49 Days

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia ada ulang tengok drama korea lama yang bertajuk ’49 Days’. Dah alang – alang nia ulang tengok drama ni semula, nia akan tuliskan sekali review tentang cerita ni kat sini.

Sebenarnya dulu nia dah pernah tulis review pasal drama ni, tapi hilang kemana entahnya entry tu. Disebabkan nia pun malas nak godek – godek entry blog yang lama jadi nia putuskan untuk tulis review yang baru.

Sonang kojo den!

*     *     *     *     *     *     *     *     *

Shin Ji Hyun telah koma selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya sebaik sahaja dia melihat tunangnya curang dengan kawan baiknya sendiri. Disebabkan rasa tidak puas hati dan mahu menuntut penjelasan daripada tunangnya, dia membuat perjanjian dengan malaikat maut untuk membenarkan dia meminjam badan seorang manusia.

Malaikat maut yang menolong Shin Ji Hyun itu dulunya pernah menjadi manusia yang bernama Song Yi Soo. Disebabkan dia meninggal dalam usia yang begitu muda, dia berasa tidak puas hati lalu meminta untuk bekerja sebagai seorang malaikat maut. Ketika menolong Shin Ji Hyun, dia bertemu semula dengan kekasih lamanya Song Yi Kyung yang juga merupakan kakak kembar Shin Ji Hyun.

*     *     *     *     *     *     *     *     *


Drama ni bagi nia biasa – biasa sahaja. Jalan cerita dia ringkas. Perkembangan cerita tak memeningkan kepala. Konflik dia pun senang nak faham. Lagipun drama ni merupakan drama lama. Jadi jalan cerita dia takdelah sehebat jalan cerita drama korea sekarang ni.

Kalau kau orang tengah cari drama – drama korea yang lama – lama untuk ditonton, nia cadangkan kau orang tengok drama ni.

Cerita dia ringan dan tak serabutkan kepala. Lagi satu, takde permainan emosi. Kalau sekejap nangis, sekejap geram, sekejap cemburu, sekejap nak tikam orang, boleh jadi penat fikiran weyhhhh.

HAHAHAHAHAHAHA

:)


Jumlah Episod: 16
Rating: 3 / 5
Sumber Gambar: google.com

Friday, July 12

RANDOM: Memaafkan Orang Perbuatan Mulia

Assalamualaikum semua :)

Kau orang semua jenis mudah memaafkan orang lain ataupun jenis yang ingat sampai ke liang lahad apabila ada orang buat salah dengan kau orang?

Terus terang cakap, nia jenis yang ingat sampai ke liang lahad bila orang buat salah dengan nia. Dengan erti kata lain, pendendam. Suka simpan dan suka mengungkit – ungkit benda yang pernah dilakukan kepada nia.

Nia ni jenis yang kuat makan dan suka makan. Jadi, kalau bab makan ni jangan dibuat main dengan seketul nia. Boleh jadi merajuk lama dan mengungkit bertahun – tahun lamanya okey! Perangai sensitif bab makan ni nia menurun daripada ibu, benda ni abah sendiri yang sahkan. Like mother like daughter, gittew. AHAKS!

Jadi satu hari tu, nia pergilah ke rumah saudara yang sememangnya rapat dengan nia. Dalam satu jam lebih kita orang sampai kat rumah dia, mata terasa berat. Kita orang pun capailah bantal dan baring. Abah dengan adik memang lelap teruslah bila disorongkan bantal tu tapi nia baring – baring je.

Nak dijadikan cerita, ada orang datang hantar nasi dengan lauk itik kat rumah saudara nia tu dan disebabkan orang tu memang kenal dan rapat dengan keluarga nia dia cakap bagilah nasi dengan lauk tu dekat kita orang. Tapi saudara nia tu kata tak payahlah, lauk tu nak bagi kat anak buah dia sebab anak buah dia dah pesan awal – awal lagi.

Orang tu kata takpelah, bagi je kat kita orang nanti dia akan belikan yang lain. Lagipun kita orang pun bukannya selalu datang sini dan dapat rasa lauk itik tu. Saudara nia tetap cakap tak payah.

Disebabkan hal ni, nia jadi sentap. Ya, nia faham. Benda ni tersangat kecil untuk nia sentap tapi macam yang nia bagitahu di awal – awal cerita, nia seorang yang sangat sensitive bila bab makan.

Dalam perjalanan balik tu, nia ceritalah kat abah pasal nasi dengan lauk itik tu. Rupa – rupanya abah pun pernah kena jugak. Kes abah pulak pasal sambal goreng ikan bilis. Saudara nia dah masak sambal goreng ikan bilis tu sampai semerbak harum rumah dia akhirnya dia simpan dalam almari. Katanya sambal goreng ikan bilik tu untuk anak buah dia.

Arwah ibu mintalah sikit sebab nak rasa tapi dia kata tak boleh. Buat sikit je. Cukup – cukup untuk anak buah dia makan.

Pergh!

Memang kecil hati abah dan arwah ibu masa tu. Lepas daripada tu, lama jugak dia orang tak datang ziarah sebab asyik teringatkan pasal sambal goreng ikan bilis tu.

Tapi itu cerita bertahun dulu.

Sekarang ni, sejak – sejak usia semakin meninggi nia tengah belajar untuk mudah memaafkan orang lain kalau dia orang buat salah dengan nia. Tak nak lagi dah simpan kesalahan dia orang dalam jiwa lama – lama. Tak nak lagi dah ungkit kesilapan dia orang berulang – ulang kali.

Bukan hati sendiri je terluka, nanti hati orang lain pun terkoyak sama. Dah tak pasal – pasal je hilang saudara hanya kerana sambal goreng ikan bilis dan juga nasi lauk itik. HAHA

There’s an old saying that goes like this, to err is human and to forgive is divine.

Maka marilah kita beramai – ramai menjadi orang yang mulia dengan menghulurkan kemaafan kepada mereka yang telah membuat kesilapan kepada diri kita. Amin.

Siapa kat sini geng cepat sentap bila bab makan? Jom komen kat bawah!


:)

Friday, July 5

FAMILY: Selamat Bersara, En Abd Malek

Assalamualaikum semua :)

Pada tanggal 13 Februari 2019, abah nia telahpun selamat menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang pelukis pelan kanan di Syarikat Jurutera Perunding Zaaba yang terletak di Kg Baru. Kalau ikut perancangan awal, abah nak bersara hujung tahun depan tapi abah memutuskan untuk bersara lebih awal atas faktor kesihatan yang kian merosot.

Abah membuat keputusan untuk bersara lebih awal sebab abah selalu rasa letih dan kaki pun selalu sangat kebas – kebas. Bila nia ajak abah untuk membuat pemeriksaan kesihatan di hospital, abah menolak. Abah cakap, nanti doktor godek sana sini lagi banyak pulak penyakit yang timbul.

Nia bukannya apa. Sekurang – kurangnya bila dah buat pemeriksaan kesihatan tu, kita dapat tahu penyakit apa yang kita hidapi sekarang. Jadi senanglah sikit kerja kalau nak berubat secara tradisional mahupun moden. Bila kita sendiri tak tahu apa penyakit kita dan hanya main agak – agak sahaja melalui simptom yang dialami, susahlah nak berubat. Kang tak pasal – pasal je penyakit lain pulak muncul.

Disebabkan abah nak bersara, jadi kawan – kawan yang sama jabatan dengan abah iaitu Road & Highway Department telah mengadakan jamuan perpisahan khas untuk abah. Walaupun masing – masing merasa berat untuk melepaskan abah pergi tetapi mereka semua faham bahawa abah membuat keputusan untuk bersara awal setelah berfikir dengan panjang.

Sebagai tanda perhargaan diatas perkhidmatan abah selama ini, pihak Jurutera Perunding Zaada Sdn Bhd telah memberikan beberapa cenderahati sebagai tanda menghargai jasa dan bakti yang telah abah taburkan selama ini.

Buah mahkota dewa yang telah dikeringkan

Ubat diabetes

Emas 999

Surah Pilihan & Doa Harian

Karpet Sejadah

Selamat bersara En Abd Malek!

Semoga masa yang terluang selepas ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat, dikurniakan nikmat kesihatan tubuh badan dan juga mental serta diberkati umurnya. Ameen.

Kau orang nak bagi ucapan kat abah nia tak? Jom bagi ucapan kat komen, nanti nia sampaikan pada abah.

:)

Friday, June 28

DRAMA: Because This is My First Life

Assalamualaikum semua :)

Kau orang semua nak tahu satu cerita kelakar tak? Setelah 25 tahun hidup atas muka bumi ni, baru semalam nia dapat tahu maksud sebenar YOLO.

Y – You
O – Only
L – Live
O – Once

Selama ni bila nia dengan orang dok sebut YOLO, YOLO tu dia orang maksudkan telur tapi dalam dialek Negeri Sembilan. HAHA Apa punya noob lah seketul nia emkay niiiiiii! *facepalm*

Ada sesiapa lagi yang baru tahu maksud YOLO? Baik kau orang mengaku sekarang, jangan biarkan nia seorang – seorang malu kat sini. KEKEKE

Nia dapat tahu maksud YOLO daripada sebuah drama korea yang baru sahaja nia tonton hari tu. Drama yang nia maksudkan ialah Because This is My First Life.

*     *     *     *     *     *     *     *     *

Yoon Ji Ho adalah seorang gadis yang mempunyai cita – cita untuk menjadi seorang penulis skrip yang berjaya dan terkenal. Walaupun sudah lima tahun menjadi pembantu penulis skrip, Ji Ho masih lagi tidak dapat mengecapi cita – citanya untuk menjadi seorang penulis skrip.

Nam Se Hee pula seorang pemuda yang berkerja sebagai salah seorang pembuat permainan digital di sebuah syarikat IT. Disebabkan sikapnya yang kurang mesra dan selalu membuat permintaan – permintaan pelik, dia tidak mempunyai ramai kawan. Malahan, rakan sekerja Se Hee turut berasa tidak selesa untuk berada berhampiran dengan lelaki itu.

Yoon Ji Ho dan Nam Se Hee mempunyai dua karakter dan personaliti yang jauh berbeza antara satu sama lain. Kemungkinan untuk mereka berdua bertembung di jalan juga sangat tipis. Tetapi disebabkan keadaan yang mendesak, mereka berdua telah bertemu dan akhirnya duduk serumah!

*     *     *     *     *     *     *     *     *


Permulaan drama ni agak mendatar dan tak begitu menarik perhatian nia. Nia hampir – hampir sahaja tidak jadi mahu menonton drama ni sehingga habis selepas selesai tengok episod yang ketiga.

Kebiasaannya bila dah masuk episod ketiga tu, jalan cerita dah mula menarik sebab dah ada konflik yang ditimbulkan oleh penulis skrip. Tapi untuk drama ni, terasa macam lambat sangat masalah dia timbul. Disebabkan abah nia yang bagi cadangan untuk tengok drama ni, jadi nia teruskan juga menonton drama ni sampai ke episod akhirnya.

Untuk pengetahuan kau orang, drama ini diceritakan pada tiga pandangan yang berbeza iaitu Yoon Ji Ho – Nam Se Hee, Ho Rang – Won Seok dan juga Soo Ji – Sang Goo. Walaupun perkembangan cerita dan juga konflik yang ditimbulkan dalam drama ni agak lambat tetapi itu tak bermakna drama ini langsung tidak menarik.

Drama ini, pada pendapat nia, sangat menyentuh hati dan banyak memberikan gambaran tentang kehidupan seharian dan masalah yang biasanya kita sebagai orang biasa lalui dalam hidup masing – masing.

Contohnya, Ji Ho yang nak jadi penulis skrip tetapi walaupun dah lima tahun menjadi pembantu penulis skrip, dia masih lagi tak boleh jadi penulis skrip. Akhirnya dia terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi penulis skrip dan bekerja separuh masa di kafe berdekatan rumahnya.

Untuk Ho Rang pula, dia dah bercinta dengan Won Seok selama tujuh tahun dan nak sangat berkahwin dengan teman lelaki dia tu tapi Won Seok tidak mempunyai kewangan yang stabil serta pekerjaan yang betul – betul boleh menjamin masa depannya.

Soo Ji antara yang paling berjaya di kalangan mereka bertiga tetapi dia masih lagi bekerja makan gaji dan terpaksa menahan perasaan apabila diganggu secara seksual oleh rakan – rakan sekerjanya yang lelaki.

Kalau kau orang jenis suka tengok drama yang perkembangan cerita dia lambat, nia cadangkan kau orang tengok cerita ni.

Kalau kau orang jenis suka tengok drama yang ada banyak masalah dan konflik yang ditimbulkan, ini bukan drama yang sesuai untuk kau orang.

Takut nanti kau orang pun berperasaan macam nia. Lepas tengok tiga episod, terus dah tak ada mood nak sambung tengok drama ni sampai ke penghujung.


:)

Jumlah Episod: 16
Rating: 3 / 5
Sumber gambar: google.com

Friday, June 21

TADIKA: Lawatan ke Perpustakaan Shah Alam, Muzium Coklat & Kilang Gardenia

Assalamualaikum semua :)

Lawatan merupakan salah satu acara wajib yang diadakan bagi prasekolah. Malahan, aktiviti lawatan ini juga merupakan satu acara tahunan yang sangat dinanti – nantikan oleh para pelajar.

Buka sahaja sesi persekolahan di bulan Januari tempoh hari, murid – murid nia telah mula bertanyakan perihal lawatan tahun ini. Masing – masing sibuk nak tahu tempat yang bakal mereka lawati dan sudah tentu masing – masing berasa sangat tidak sabar untuk menyertai lawatan.



Untuk tahun 2019 ini, pihak APC Taman Cempaka Ampang membuat keputusan untuk membawa para pelajar melawat tiga tempat iaitu Perpustakaan Shah Alam, Muzium Coklat dan juga Kilang Gardenia.

Tempat pertama yang kita orang pergi ialah Perpustakaan Shah Alam. Aktiviti yang kita orang buat kat sini ialah main lego, tengok wayang dan senaman ringan.





Tengok wayang tu bukannya sampai satu dua jam ye, jangan salah faham pulak. Dia orang bagi tengok lima minit je. Sekadar nak bagi budak – budak ni rasa macam mana tengok wayang kat situ.



Bagi nia, kalau kau orang nak tengok wayang lebih baik pergi kat panggung wayang betul – betul. Sebab filem yang dia orang mainkan kat sini semuanya filem kartun dan tak mengikut peredaran masa sangat. Macam hari tu nia pergi, filem yang ada hanyalah filem – filem kartun lama seusia dengan Madagascar 2.

Satu lagi.

Tengok wayang kat sini kena bayar, okeyyyyyy.


    

Tiket dia orang sama harga dengan tiket wayang sebenar. Ingatkan dia orang bagi murah dalam RM 5 – RM 10 tapi takdenya. Tiket wayang dia sampai RM 15 weyh. Pergh, gila mahal. Baik tengok wayang betul – betul, boleh makan popcorn sekali.



Aktiviti main lego tu pun nia rasa macam tak berapa menarik sangat sebab kat tadika sendiri pun budak – budak ni selalu je main lego. Lainlah, dia orang suruh bina rumah ke, pedang ke, kereta ke dan siapa yang berjaya bina apa yang dia orang suruh tu akan diberikan sebuah buku. Haaaaa, menariklah jugak.









Yang nia tak puas hati sikit adalah penggunaan komputer. Perpustakaan tu ada sediakan komputer tapi dia orang takde pun nak tengok cara – cara menggunakan komputer kat budak – budak ni. Ajarlah dia orang cara nak buka tutup komputer ke apa. Sekurang – kurangnya bagilah dia orang main permainan kat komputer tu. Tapi takde.


    

Keseluruhannya, nia rasa tak berbaloi sangat bawak budak – budak ni ke Perpustakaan Shah Alam sebab aktiviti dia tak menarik dan pelbagai. Kalau kau orang bawak murid kau orang lawatan ke sini sekadar untuk baca buku semata, mungkin takde masalah. Tapi kalau kau orang harapkan aktiviti, tak payahlah bawak ke sini.









Tempat kedua ialah Muzium Coklat. Aktiviti yang kita orang buat kat sini hanyalah tengok proses pembuatan coklat. Itu sahaja.


Macam biasalah, sampai je kat muzium coklat tu dia orang akan bagitahu tentang sejarah coklat dan kemudiannya dia orang akan bawak budak – budak ni ke tempat pemprosesan coklat. Lepas dia orang tunjukkan proses pembuatan coklat, dia orang akan bagi budak – budak ni rasa coklat pulak.


Itu sahaja aktivitinya.

Okey, sebelum nia terlupa. Harga coklat kat sini MAHAL GILA!

Jadi, kalau kau orang nak borong coklat banyak – banyak jangan datang sini. Sila pergi ke kilang coklat macam Beryl’s ke apa. Harga coklat kat sini paling murah pun RM 10. Dahlah budak nia kebanyakkannya bagi duit RM 10 je, telan air liur jugak nia sekejap sebab terkedu tengok harga coklat dia mahal nak mati.

Cadbury satu bar besar tu dekat RM 20, weyh!

Tapi tulah, nia terlupa. Biasa kalau muzium jual barang – barang memang harganya akan mahal. Pasal apa, itu nia tak pasti. Tapi harga kalau tak sekali ganda, memang tak sah.

Harga coklat mahal satu hal.

Sikap pekerja dia satu hal.

Langsung tak mesra alam. Buat muka tak puas hati bagai. Eh kau ni! Ini sekali jelah aku datang muzium coklat ni. Lepas ni tak ingin lagi dah nak jejak kaki kat sini. HUH!

Kalau kau orang nak pergi muzium coklat ni, saranan nia baik kau orang pergi ke kilang beryl’s. Coklat kat sana lagi murah berbanding sini. Semurah RM 5 pun ada. Staf dia orang pun mesra alam. Siap ada harga combo lagi kalau kau orang datang dalam lawatan sekolah.

Cakap je kau orang nak harga yang macam mana. RM 5? RM 10? RM 50? Staf dia sendiri yang akan pilihkan coklat yang bersesuaian dengan bajet kau orang.

Tempat terakhir yang kita orang lawat ialah Kilang Roti Gardenia. Dalam tiga – tiga tempat lawatan kita orang, kilang roti ni merupakan tempat yang paling nia suka. Satunya sebab bau roti semerbak harum sebaik sahaja kau orang melangkah masuk dalam bangunan kilang ni. Terus rasa nak kunyah roti. Padahal selama ni roti tergolek – golek je kat atas meja, langsung tak bersentuh. HEHE




Macam biasa, dia orang akan ceritakan sejarah roti dulu. Tapi penceritaan sejarah roti daripada gardenia ni sangat seronok dan tak membosankan sebab dia orang gunakan kartun dan orang yang menceritakan sejarah tu tak monotone. Banyak buat lawak dan selalu overreact.


Yes. When you’re handling kids, overreacting and humour is a must!

Habis je cerita sejarah roti, dia orang bawak budak – budak pergi tengok proses pembuatan roti. Kemudian, dia orang jamu pulak budak – budak ni minum petang dengan waffle dan juga milo panas. Untuk cikgu, dia orang bagi waffle dua keping dan boleh pilih nak air kopi ataupun teh tarik.




Kat kilang roti pun, dia orang ada sediakan harga combo kalau kau orang berhajat nak beli roti. Harga kombo yang ditawarkan adalah RM 5 dan juga RM 10. Untuk RM 5 tu kau orang boleh dapat sebantal roti panjang dan juga nutella. Murah kan? Dia orang juga ada jual cenderamata berupa beg, baju, topi, crayon dan lain – lain lagi.



Satu lagi sebab kenapa nia suka tempat ni dia orang bagi goodies bag!

Who doesn’t like free gift, aye? Especially when it involved food. Yummies!


    

Dalam goodies bag ada fluffy bun, waffle, kaya, squiggles. Jadi kalau kau orang tak nak beli roti kat sini sekalipun, kau orang tetap dapat bawak balik roti. Takdelah kau orang pulang dengan tangan kosong. Suka ke suka? HAHA.


    

Itulah sahaja cerita tentang lawatan tadika nia tahun ni.


Kau orang pulak macam mana? Melawat ke mana tahun ni? Jom cerita dengan nia, jom :)


Alamat Perpustakaan Shah Alam: Tingkat 4, Perpustakaan Raja Tun Uda, Jalan Kelab Golf 13/6, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.
Alamat Muzium Coklat: 2, Jalan Teknologi 3/5, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Alamat Kilang Roti Gardenia: Lot 3, Jalan Pelabur 23/1, Kawasan Miel, 40300 Shah Alam, Selangor

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.