Tuesday, August 29

SALE: Khas untuk Penyokong Kuat Blog Nia Emkay!

* Semua dah licin !!!*

Assalamualaikum semua :)

Nia ada berpuluh helai tudung bawal bidang 60 untuk diberikan secara percuma kepada penyokong – penyokong kuat blog nia emkay. Antara jenama tudung bawal yang bakal diberikan secara percuma itu adalah Uswah Islamic Clothing, El Warda, Helwa dan juga The Hijjb.

Nia nak berikan tudung – tudung bawal ni secara percuma kerana nia jarang dan tak pernah pakai langsung tudung – tudung ni.

Yes, you read it correctly.

Ada diantara tudung tu yang langsung tak pernah dipakai oleh nia. Jadi daripada tudung tu duduk terperuk dan akhirnya menjadi makanan si lipas yang berjalan terkedek – kedek, lebih baik nia berikan kepada mereka yang nak.

Di bawah ni, nia sertakan gambar untuk tudung - tudung bawal yang nia nak berikan secara percuma kepada kau orang semua.

Tudung Bawal TheHijjb

Tudung Bawal Helwa

Tudung Bawal Uswah

Tudung Bawal El Warda

Shawl (Standard Measurement)

Kau orang tak perlu bayar apa – apa pun untuk tudung tu kecuali kos penghantaran. Kau orang cuma perlu screenshot gambar dan tandakan kat tudung yang kau orang nak. Ataupun kau orang semua boleh whatsapp nia di talian 013 – 300 3786 dan taip Tudung Bawal Percuma. Nanti nia akan hantarkan gambar kat kau orang.

Spread the good news, please :)

MOVIE: Cars 3

Assalamualaikum semua :)

Nia sudahpun selesai menonton cerita animasi Cars 3 tempoh hari bersama dengan abah dan juga adik. Woohoooooo! *tepuk tangan* Nia merupakan peminat cerita animasi Cars dan sebagai buktinya, nia telahpun menonton kesemua siri cerita animasi Cars daripada yang pertama hingga yang ketiga. HAHA

Okey, jom baca review tentang Cars 3.

*******

Kali ini, konflik yang dihadapi oleh Lightning McQueen adalah Jackson Storm. Jackson Storm merupakan kereta lumba daripada generasi baru dan segala – galanya tentang Storm adalah teknologi moden. Daripada reka bentuk kepada latihan yang dijalani sehingga ke teknologi enjinnya. Segala – galanya adalah baru dan moden.


McQueen mulai rasa terancam adalah pelumba – pelumba veteran menarik diri daripada perlawanan satu demi satu kerana mereka perlu memberikan ruang kepada pelumba baru untuk menyerlahkan bakat dan potensi masing – masing. McQueen tidak mahu menerima hakikat bahawa dia sudah semakin tua dan tidak mampu lagi untuk berlumba apatah lagi mahu mengalahkan Storm. Semua orang menyuruhnya untuk bersara daripada sukan lumba kereta.

McQueen membuat perjanjian dengan penajanya untuk membiarkan dia menentukan bila dia mahu bersara sekirany dia berjaya mengalahkan Storm. Penajanya bersetuju dengan syarat McQueen mesti berlatih dengan bimbingan Cruze, pelatih kereta lumba generasi baharu.


Sewaktu latihan, McQueen pergi ke tempat kelahiran Doc ataupun Hudson Hornet yang merupakan mentor McQueen dalam sukan lumba kereta. Di situ, dia pelajari satu benda penting. Walaupun semangat Doc untuk terus menceburi sukan lumba kereta terpadam apabila dia dipaksa bersara bagi memberikan ruang kepada pelumba baharu. Namun, disebabkan pelumba baharu jugalah dia kembali menemui jiwanya yang hilang dahulu.

Tak faham? Kena tengok cerita ni sampai sudah, barulah kau orang boleh hadam apa sebenarnya yang seketul nia nak bagitahu. HAHA

*******

Seperti mana cerita – cerita Cars sebelum ni, cerita kali ini turut mempunyai jalan ceitanya yang tersendiri dan mampu untuk menarik minat penonton agar mata terus melekat di skrin panggung wayang. Tapi apa yang pasti, cerita kali ni lebih menyedihkan dan sangat menyentuh hati. Tambah – tambah bila McQueen ambil keputusan untuk bersara daripada sukan lumba kereta. Opss! Dah terbocorkan satu rahsia.


Walau bagaimanapun, kesudahan ceritanya sangat memuaskan hati nia sebab McQueen mengambil keputusan yang sama sepertimana Hudson Hornet ambil.

Jadi, silalah ke panggung wayang yang berhampiran untuk mengetahui nasib si merah yang perkasa, Lightning McQueen.

Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

Wednesday, August 23

MOVIE: The Hitman’s Bodyguard & Bad Genius

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia ada menonton dua cerita dekat panggung wayang iaitu ‘The Hitman’s Bodyguard’ dan juga ‘Bad Genius’. Jom baca review yang nia tulis tentang dua cerita ni.

*******

The Hitman’s Bodyguard merupakan sebuah filem lakonan Ryan Reynolds dan Samuel L Jackson.

Cerita ni mengisahkan seorang pengawal yang bernama Michael Bryce. Dia ni merupakan seorang pengawal yang sangat berkaliber dan mempunyai banyak klien. Yelah, siapa yang nak bagi kerja dekat pengawal yang tak boleh melakukan kerja dengan bagus, ye tak? Tambah – tambah lagi kalau klien tu merupakan orang penting dalam pasaran – pasaran gelap ni. Terlibat dengan jualan dadah, senjata haram dan sebagainya.



Tapi, kerjaya Bryce mulai jatuh merudum selepas klien dia daripada Jepun bernama Kurosawa telah ditembak mati dalam pesawat depan mata dia sendiri. Sejak daripada tu, dia bukan lagi seorang pengawal daripada Triple A yang dimahukan oleh pelbagai orang – orang besar.

Amelia, bekas kekasih Bryce meminta tolong dia untuk menghantarkan barang ke suatu tempat. Bryce enggan menerima arahan Amelia kerana dia mengesyaki Amelia telah mengkhianati dirinya untuk mendapat kenaikan pangkat di Interpol. Tapi, akhirnya Bryce menerima juga arahan tersebut setelah diugut oleh Amelia.


Sebaik sahaja tiba di tempat Amelia berada, Bryce terkejut dan terus sahaja bergelut dengan Darius Kincaid yang turut berada di situ. Bryce tidak percaya bahawa ‘barang’ yang perlu dihantar dengan selamat itu adalah Kincaid – lelaki yang berkali – kali cuba membunuh dia sebelum ini.

Cerita ni menyeronokkan sebab babak aksi dia sangat pantas dan paling penting sound effect dia gempak. Bunyi bom meletup, tembak menembak apa semua memang coolio habislah.



Cuma ada beberapa babak yang mungkin akan membosankan kau orang sebab terlalu banyak perbualan antara Kincaid dan Bryce. Nia dah lupa dia orang cakap pasal apa tapi babak Kincaid dan Bryce menbebel tu merupakan babak – babak awal sebelum konflik terjadi. Kat situ jelah yang nia rasa agak membosankan. Yang lain semuanya okey.

Nia paling suka babak bila Bryce merajuk dan membebel dengan penjual minuman keras setelah dia mendapat tahu siapa sebenarnya pembunuh Kurosawa a.k.a orang yang bertanggungjawab membuatkan dia terbuang daripada syarikat Triple A. Dan juga babak dimana Bryce tercampak keluar daripada kereta sebelum sempat dia cakap ‘I Love You’ dekat Amelia.

HAHA.

Antara dialog kegemaran nia ialah:

‘Really?’
‘What happens to the seatbelt rules?’


Tapi cerita ni sangat – sangat tak sesuai untuk kanak – kanak. Tahu – tahu jelah kalau dah namanya filem aksi, kan? Darah merata – rata, adegan bunuh – membunuh tu memang sangat ekstrem dan menyilukan. Lagi satu, bahasa yang dia orang gunakan pun sangat tak elok untuk pendengaran kanak – kanak. Perkataan ‘fuck’, ‘mother fucker’ boleh didengari dengan jelas dan tidak terbilang banyaknya perkataan tu muncul.

So yeah, no kids allowed!

Rating: 4 / 5

*******

Bad Genius menceritakan kisah empat orang pelajar sekolah yang bernama Lynn, Pat, Grace dan juga Bank. Lynn dan Bank merupakan pelajar yang pintar dan mempunyai memori yang baik tetapi miskin. Manakala Pat dan Grace pula merupakan pelajar yang lemah dalam pelajaran dan selalu gagal tetapi kaya.

Lynn tolong Grace tingkatkan gred pencapaian akademik dia sebab Grace perlukan gred 3.25 ke atas untuk terus berada dalam kelab drama. Semasa peperiksaan, Lynn tuliskan jawapan kat atas pemadam dan berikan kepada Grace. Nampak tak kesungguhan Lynn nak menolong Grace kat situ? Kalau nia jadi Lynn, nia akan cakap ‘biaq pi sama Grace, sapa sugho tak mau belajaq?’ Eh, tiba – tiba tercakap utara pulak. HAHA


Tapi waktu babak ni memang serius membuatkan mata nia terpaku dekat skrin. Nak mengunyah roti bakar pun tak jadi sebab babak ni saspens ditambah pula dengan background music dia yang laju dan berdentum – dentum. Pergh! Berdegup kencang jantungku.

Nak panjangkan lagi cerita, minah Grace ni pergi cerita dekat Pat yang Lynn tolong dia semasa peperiksaan atas dasar Pat tu teman lelaki dia. Lepas tu Pat pun cadangkan dekat Lynn supaya Lynn tolong dia dalam peperiksaan. Pertolongan dia bukan secara percuma tau tetapi dibayar. Satu subjek 3000 baht. Satu semester ada 13 subjek. Jadi untuk satu tahun tu, Lynn boleh dapat sebanyak 234 000 baht.


Itu untuk seorang. Tapi Pat ada lagi lima orang kawan yang sanggup bayar untuk dapatkan jawapan daripada Lynn agar markah mereka meningkat. Mulanya Lynn keberatan dan ragu – ragu tetapi bila dia kira – kira keuntungan yang bakal dia dapat dengan hanya memberikan jawapan betul kepada mereka, Lynn terus bersetuju.

Keadaan mula tidak menyebelahi Lynn apabila Bank memberitahu guru besar bahawa ada orang cuba menirunya dan Lynn tertangkap dengan kesalahan memberikan jawapan yang betul dengan orang lain. Disebabkan itu, biasiswa yang diberikan kepada Lynn ditarik kembali dan dia juga dilarang daripada memohon biasiswa yang ditawarkan oleh negara Singapura.

Tapi! Cerita ni tak habis setakat itu sahaja.


Grace minta bantuan Lynn sekali lagi untuk memberikan dia jawapan peperiksaan STIC sebab bapa Pat nak anak dia masuk universiti dekat Boston. Tapi gred pencapaian Pat sebelum ni terlalu menghampakan orang tuanya dan mereka berputus harapan mahu menghantar Pat ke sana. Lepas Pat bercinta dengan Grace, terus sahaja keputusan dia meningkat naik secara mendadak. Orang tua dia ingat Grace yang menjadi punca tetapi dia orang tak tahu Pat bayar dekat Lynn untuk mendapatkan jawapan.

Jadi, Lynn mula merancang pelan untuk menjual jawapan STIC kepada pelajar – pelajar di Thailand. Dia bersetuju untuk membantu Pat dan Grace memasuki Universiti Boston dengan syarat mereka akan membawa dia belajar di luar negara. Lynn memang bercita – cita untuk belajar di luar negara tetapi impiannya itu terpaksa dilupakan apabila dia telah dilarang memohon biasiswa daripada Singapura.


Kalau nak tahu apa yang terjadi selepas tu, kenalah tonton cerita ni. Habis semua nia nak ceritakan, nanti dah takde mood nak tonton cerita ni pulak. Ye tak?

Satu yang nia boleh cakap, babak Lynn memberikan jawapan peperiksaan STIC tu lebih menarik perhatian dan sangat saspens berbanding dengan babak sebelum ni. Nia jadi tak senang duduk dekat dalam panggung tu. Kejap – kejap tarik nafas panjang, kejap – kejap cengkam tempat alas tangan tu kuat – kuat. Kejap – kejap terangkat kaki. Punya saspens babak tu.

Jadi, jangan lupa tengok cerita ni tau.


Rating: 4.5 / 5
Sumber gambar: google.com

Monday, August 21

TIPS: Ajar Anak Hafaz Juzuk Amma

Assalamualaikum semua :)

Hari ni nia nak kongsikan beberapa tips yang berguna untuk para ibu bapa diluar sana tentang cara – cara mengajar anak menghafaz Juzuk ‘Amma. Tips ini boleh digunapakai untuk melatih anak kecil sedari umur 2 sehingga 6 tahun.

1 – Mula sikit – sikit

Jangan meletakkan target yang terlalu tinggi dan sukar untuk dicapai. Contohnya, dalam masa seminggu anak dah boleh baca surah al – Fatihah dengan surah an – Nas dengan betul dan lancar. Kena ingat ye, ini untuk melatih anak kecil yang sifat semulajadinya suka bermain – main. Jadi, pengajaran haruslah santai. Kalau target tinggi sangat, takut nanti anak itu terlalu tertekan kerana sering dipaksa untuk membaca dan menghafal.

Mula sikit – sikit. Buatlah satu hari satu ayat sehingga mereka dapat membaca dengan betul. Katakan dalam masa seminggu mereka sudah dapat menghafal surah al – Fatihah dengan betul dan lancar, tambah lagi satu minggu untuk pembacaan mereka jadi lebih mantap.

Sekiranya anak ambil masa yang lama untuk menghafal satu ayat, takpe. Berikan mereka masa dan jangan paksa mereka untuk menghafal dengan cepat. Kalau dipaksa nanti takut mereka jadi tertekan dan terus hilang minat untuk menghafal lagi. Ingat ye, pengajaran secara santai.

2 – Setiap hari buat



Ye, kena buat setiap hari ataupun lima kali seminggu. Pendek kata, buat pada hari bekerja iaitu Isnin sehingga Jumaat. Sabtu dan ahad bagi mereka berehat daripada aktiviti hafalan. Tak perlu luangkan masa lama – lama pun. Cukuplah sekadar 15 sehingga 30 minit setiap hari. Kalau lama – lama sangat nanti, mereka jadi bosan pulak. Tempoh masa pendek takpe, janji kena buat hari – hari.

3 – Pengulangan ayat banyak kali


Mula – mula perdengarkan dulu ayat yang mahu diajar kepada anak – anak. Pastikan mereka melihat gerak mulut ibu bapa ketika ayat tersebut dibacakan. Kemudian, minta anak – anak untuk ulang semula ayat berkenaan sehingga 21 kali atau lebih. Ibu bapa boleh membantu dan membimbing anak – anak sekiranya sebutan mereka tidak betul dan pembacaan mereka tidak lancar.

Itu sahaja tips yang dapat nia kongsikan dengan kau orang semua. Harap – harap ianya berguna untuk para ibu bapa yang tengah mencari idea macam mana nak latih anak – anak supaya boleh menghafaz Juzuk ‘Amma.

Sumber gambar: google.com

Friday, August 18

DRAMA: When A Snail Falls In Love

Assalamualaikum semua :)

Setelah beberapa bulan menghabiskan drama Taiwan yang bertajuk When A Snail Falls in Love, baru hari ini nia berkesempatan untuk menulis review mengenai drama ni. Durasi bagi setiap episod dalam drama ni adalah antara 30 hingga 35 minit sahaja.

When A Snail Falls in Love memaparkan kisah seorang gadis bernama Xu Xu daripada Institut Psikologi yang diterima masuk ke dalam Unit Jenayah Berat. Kapten Ji Bai tidak setuju dengan tindakan orang atasan membawa Xu Xu masuk ke dalam Unit Jenayah Berat memandangkan Xu Xu tidak dapat melepasi Ujian Kesihatan.

Kapten Ji Bai memberikan Xu Xu masa selama tiga bulan untuk berlatih bagi melepasi Ujian Kesihatan yang bakal dijalankan nanti. Keputusan Ujian Kesihatan tersebut akan menjadi penentu buat Xu Xu samada dia akal kekal dalam Unit Jenayah Berat atau dihantar kembali ke Institut Psikologi.

Dalam masa tiga bulan tersebut, Xu Xu banyak membantu Unit Jenayah Berat dalam menyelesaikan kes – kes mereka dengan menggunakan pengetahuannya dalam bidang psikologi. Sedikit demi sedikit, Ji Bai mula menerima kehadiran Xu Xu dalam Unit Jenayah Berat dan mula mengambil berat tentang Xu Xu.



Ketika mereka sedang menjalankan operasi penangkapan Brother Lu, Zhao Han telah ditembak manakala Yao Meng pula ditikam oleh Brother Lu yang berjaya melarikan diri daripada pihak polis. Xu Xu menyalahkan dirinya di atas kejadian yang menimpa Zhao Han dan Yao Meng membuatkan dia berjanji untuk menangkap Brother Lu sehingga dapat.

Mengetahui tekad Xu Xu untuk menangkap Brother Lu, Ji Bai memberikan dia latihan intensif bagi meningkatkan daya ketahanan fizikal dan juga stamina Xu Xu. Setelah latihan intensifnya tamat, Xu Xu diterima masuk ke dalam pasukan Ji Bai yang ditugaskan untuk menangkap Brother Lu.

Nia suka sangat dengan karakter Xu Xu dalam drama ni. Pertama sebab dia pandai melukis. Setiap kali dia tengah menyelesaikan kes ataupun sudah menyelesaikan kes, pasti dia akan melukis kembali babak – babak yang dia lalui di dalam diari miliknya. Lukisan dia pulak semuanya comel – comel sebab berasaskan haiwan. Xu Xu merupakan siput, Ji Bai pula singa, Zhao Han adalah badak air dan Yao Meng ialah khinzir.

Kedua sebab dia seorang ahli psikologi. Nia tak tahu kenapa tapi nia memang suka betul dengan orang yang ambil jurusan psikologi. Nia terasa macam dia orang sangat genius dan cool sangat – sangat sebab dapat membaca fikiran orang dan mengetahui tindakan yang akan mereka ambil.


Sesiapa yang terasa nak beralih arah daripada drama Korea, bolehlah tengok drama When A Snail Falls in Love ni. Cerita dia tak berat sangat dan terlalu banyak babak romantik. Sesuailah untuk orang yang baru nak beralih arah daripada drama Korea.

Jumlah Episod: 21
Rating: 4.8 / 5

Sumber gambar: google.com

Monday, August 14

SHOP: Shaklee Independent Distributor (SID)

Assalamualaikum semua :)

Boleh tak nia tahu ada berapa orang di kalangan penyokong kuat blog Nia Emkay ni merupakan pengguna setia produk – produk keluaran Shaklee? Sila komen ‘SAYA!’ banyak – banyak kat ruangan komen di bawah.

Untuk pengetahuan kau orang semua, nia pun merupakan salah seorang daripada berjuta pengguna setia produk – produk Shaklee. Semuanya bermula ketika nia tengah sibuk mencari minuman protein yang sesuai diminum oleh kaum wanita. Cari punya cari, gelongsor punya gelongsor nia pun terjumpa dengan dengan dua buah IGShop dekat Instagram.

Satu, Irine Nadia punya iaitu irinenadiabeauty. Ye, Irine Nadia yang juga merupakan seorang blogger popular tu. Ibu kepada tiga orang anak – anak comel iaitu Fiska Medina, Hasya Tasneem dan Umar Fahri.

Dua, Ain Atiqah punya iaitu aintyqah. Ain merupakan seorang siswi di MEDIU. Ambil jurusan apa, nia tak pasti sebab tak pernah pulak bertanya tentang benda tu. KIKI

Apa bezanya antara kedua – dua SID ni? Jom baca sampai habis untuk ketahui perbezaan antara mereka berdua ataupun kedua – dua kedai ini.


1 – Ain Atiqah @aintyqah.shaklee

Ain menawarkan harga murah dan berbaloi kepada para pelanggannya yang bukan daripada kalangan ahli Shaklee. Untuk ahli Shaklee pulak macam mana? Mestilah harga yang ditawarkan jadi lebih murah dan berbaloi – baloi!

Kepada para siswa dan siswi yang sedang mencari supplemen tambahan ataupun minuman protein untuk menambahkan tenaga, bolehlah terjah IGShop aintyqah.shaklee untuk tengok produk – produk yang dijual. Kalau berkenan, bolehlah terus berurusan dengan Ain.

Jangan risau, Ain ni peramah dan sopan orangnya. Layanan yang diberikan kepada pelanggan – pelanggannya juga baik dan bersantun. Macam mana nia tahu? Nia pun salah seorang pelanggan kedai aintyqah.

2 – Irine Nadia @irinenadiabeauty

Dekat kedai irinenadiabeauty, terdapat pelbagai jenis produk dan merchandise Shaklee. Antara yang popular ialah set berpantang, set kurus lengkap, set weight gain, shaker, pill box dan juga stack container.

Kelebihan membeli dengan irinenadiabeauty ni, setiap pembelian akan disertakan dengan hadiah percuma tetapi ada syarat – syarat yang perlu dipatuhi. Harga yang ditawarkan pula merupakan harga biasa di pasaran dan lebih kurang sama sahaja dengan harga yang ditawarkan oleh SID yang lain.
Sekiranya kau orang berminat nak membeli barangan Shaklee dengan irinenadiabeauty, bolehlah jenggah IGShop dia. Kalau ada yang berkenan di hati, terus whatsapp Irine Nadia dan bertanya tentang produk berkenaan.

Setakat itu sahaja perkongsian nia kali ini, semoga ianya bermanfaat kepada mereka – mereka di luar sana yang sedang mencari SID yang sesuai kriteria pencarian mereka. Ewaaaah. HAHA

Nota kaki: ini bukannya iklan berbayar ataupun paid review, ini ikhlas punya perkongsian daripada nia.


Sumber gambar: google.com

Friday, August 11

TIPS: Rebonding VS Relaxing

Assalamualaikum semua :)

Memandangkan banyak sangat keyword rebonding dan relaxing yang sesat ke blog nia ni, jadi nia tulis sekali lagi soalan – soalan yang popular mengenai rebonding dan relaxing.

1 – Apa beza rebonding dan relaxing?

Rebonding: Proses meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia dan juga straightening iron.

Relaxing: Proses meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia dan juga hair dryer.


2 – Harga

Rebonding: RM 200 – RM 600 (mengikut kepanjangan dan ketebalan rambut)

Relaxing: RM 200 – RM 400 (mengikut kepanjangan dan ketebalan rambut)

3 – Tahan Berapa Lama?

Rebonding: Satu tahun ataupun selagi mana kau orang tak potong rambut rebonding tersebut.

Relaxing: 6 bulan.

4 – Mana Lebih Berbaloi?

Rebonding lebih berbaloi sebab efek lurus dekat rambut tu akan tahan lebih lama berbanding dengan relaxing. Tapi, bergantung kepada ubat yang hairdresser guna jugak. Kalau dia guna ubat murah, efek lurus tu cuma boleh bertahan selama 6 bulan sahaja. Jadinya, cari salun yang tidak menggunakan ubat murah. Selain merosakkan rambut kau orang, ubat murah jugak akan menyebabkan efek lurus tidak tahan lama.

5 – Senang tak cari perkhidmatan ni?

Rebonding: Mana – mana salun rambut ada menyediakan perkhidmatan ni.

Relaxing: Hanya salun rambut yang terletak di bandar sahaja ada menyediakan perkhidmatan ini dan salun rambut yang eksklusif.



6 – Lelaki boleh buat ke?

Rebonding: Boleh takde masalah.

Relaxing: Boleh takde masalah.

7 – Hasilnya macam mana?

Rebonding: Rambut akan jadi sangat lurus dan teratur seperti penyapu padi ataupun pembaris. Walaupun rambut ditiup angin kencang dan kuat, rambut tetap akan jadi terurus dan paling penting tidak kusut.

Relaxing: Rambut akan menjadi lurus tetapi bukan seperti pembaris. Lebih kepada lurus semulajadi dan nampak seolah – olah sudah di blow dry.


8 – Dah buat tapi hasilnya tak memuaskan hati, macam mana?

Rebonding: Pergi balik ke salun rambut dimana kau orang buat perkhidmatan rebonding dan minta dia orang buat kembali mengikut kehendak kau orang.

Relaxing: Sama juga, pergi balik ke salun rambut dimana kau orang buat perkhidmatan rebonding dan minta dia orang buat kembali mengikut kehendak kau orang.

Harap – harap entry kali ni dapat menjawab pertanyaan kau orang semua yang dok mencari mengenai proses rebonding dan relaxing dalam blog nia ni.

Sumber gambar: google.com

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.