Wednesday, November 29

DIARI GURU: Kursus Teknik Membaca Bacalah Anakku

Assalamualaikum semua :)

Pada 9 September 2017 yang lalu, nia telah menghadiri satu kursus yang diberi nama ‘Kursus Teknik Membaca Bacalah Anakku’ yang diadakan di D’Loft Event Venue, Shah Alam. Kursus ini dianjurkan oleh Junior Aulad dan penceramah yang mengendali kursus pula ialah Nik Eliani dan Othman Ahamad.

Eh, apasal macam kenal je dengan dua nama ni?


Haaa untuk pengetahuan kau orang semua, penceramah dua orang ni merupakan penulis buku siri bacalah anakku dan juga read easy. Kedua – dua siri buku ini telah digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan terutamanya bidang pendidikan awal kanak – kanak. Buku ini terkenal kerana kaedah mengajar membacanya yang sangat mudah dan juga menarik.


Kursus kali ini mendapat penyertaan yang sangat memberansangkan daripada pihak ibu bapa. Selalunya kursus teknik membaca ini akan dipenuhi oleh golongan guru – guru yang mengajar di sekolah tetapi kali ini para ibu bapa merupakan peserta majoriti. Ramai ibu bapa yang datang daripada jauh semata – mata untuk menuntut ilmu kaedah membaca secara fonik daripada Hajah Nik Eliani dan Haji Othman Ahamad.

Alhamdulillah.


Itu tandanya semakin ramai ibu bapa diluar sana yang sedar dengan hakikat bahawa guru – guru di sekolah hanya sekadar membantu sahaja. Bukannya menjadi tanggungjawab guru untuk mengajar anak tersebut sehingga pandai tanpa sokongan dan bantuan daripada ibu bapa yang berada di rumah.

Sebabnya, anak – anak ini lebih banyak meluangkan masa di rumah berbanding di sekolah. Jadi, ibu bapa perlu memainkan peranan yang paling utama dalam mendidik mereka di rumah. Jangan lepas tangan dengan tanggungjawab ini dan kemudiannya menyalahkan guru apabila anak tidak boleh membaca, mengira, mengenal itu ini dan sebagainya.




Testimoni nia untuk kursus teknik membaca bacalah anakku:

Kursus teknik membaca ini sangat berguna dan bermanfaat kepada para guru dan juga ibu bapa diluar sana yang masih belum mengetahui tentang kaedah fonik yang betul. Penceramah memberikan penerangan tentang kaedah membaca fonik dengan jelas dan juga mengajar para peserta mengenai teknik mengajar yang betul. Selama dua tahun ini, saya telah mengajarkan kaedah membaca fonik yang salah kepada pelajar – pelajar saya dan hasilnya tidak begitu memberansangkan. Bila dapat menghadiri kursus ini, baru saya tahu rupa – rupanya teknik pengajaran saya adalah teknik yang salah. Terima kasih kepada pihak penganjur, Junior Aulad kerana mengadakan kursus membaca ini. Terima kasih juga kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama dengan para peserta.

Jadi kalau ada antara kau orang yang tengah menimbang – nimbang samada nak pergi ataupun tidak kursus teknik membaca bacalah anakku ini, nia cadangkan supaya kau orang pergi. Banyak ilmu mengenai teknik membaca fonik yang kau orang akan dapat daripada Nik Eliani dan juga Othman Ahamad.


Monday, November 27

BLOG: Cara Design Watermark Tanpa Layer

Assalamualaikum semua :)

Sepanjang bergelar seorang blogger, nia tak pernah buat tutorial lagi – lagi yang berkenaan dengan blog, watermark dan sebagainya sebab nia memang tak reti nak main dengan code – code ni semua. Nak godek sana, nak cari sini, nak selongkar situ, nak selak tepi. Itu semuanya nia tak berani. Takut nanti code template blog nia yang sedia ada ni akan terjejas. Huwaaaa, boleh jadi meraung nia kalau nia rosakkan template blog ni.

Tapi kali ni nia akan memecahkan tradisi tu dengan berkongsi tutorial membuat watermark tanpa layer secara mudah dengan menggunakan aplikasi PicsArt. Biasalah, kalau dah namanya Nia Emkay. Segala – galanya mesti mudah, ringkas dan cepat. Nia ni orangnya jenis susah nak menghadam benda – benda yang berkaitan dengan programming. Sebab tu bila disuruh design ke apa, nia cepat mengalah. Penat dan tak larat nak main dengan code. Tak minat pun ye jugak. HAHA

Tekan draw something.


Tekan start drawing.


Pilih dulu saiz yang kau orang nak. Melintang ke memanjang ke membulat ke membujur ke, ikut suka. Lepas tu, pilih sekali warna yang kau orang. Ada dua warna je, hitam dan putih. Takde kelabu, takde pink. Dah pilih? Tekan anak panah dalam bulatan warna merah jambu tu pulak.

 

Lepas tu, tekan pulak gambar T tu untuk masukkan teks yang kau orang nak.


Pilih jenis font.


Pilih saiz teks dan juga warnanya. Dah selesai? Tekan tanda ‘tick’ tu.


Tekan pulak yang ada gambar square, circle dengan plus tu untuk tambahkan bentuk yang kau orang nak. Tak nak tambah bentuk? Lompat ke langkah yang seterusnya.


Pilih saiz garisan samada tebal ataupun nipis. Kemudian tentukan juga samada kau orang nak bentuk tu nampak jelas ataupun samar – samar. Dah siap, tekan ‘OK’.


Tekan pulak gambar square bertindih tu.


Tentukan kejelasan watermark kau orang. Nak bagi nampak terang, malap, tak nampak langsung ke, itu ikut kehendak kau orang semua.

 

Boleh ikut lagi tak ni?

Kalau boleh, tekan pulak lapisan yang berwarna hitam ataupun putih. Bergantung kepada warna latar belakang yang kau orang pilih masa awal – awal tadi. Kemudian, tekan icon tong sampah untuk buang. Ini untuk menjadikan watermark kau orang sebagai watermark yang transparent. Kalau tak nak watermark transparent, lompat ke langkah seterusnya.

 

Tekan pulak tiga titik bertindih tu.


Tekan ‘Save Image’.


Dan, selesai sudah watermark kau orang semua. Yeayyyyyyy!

Mudah ke mudah tutorial membuat watermark yang nia kongsikan ni? Kalau bermanfaat untuk kau orang, nia minta kau orang panjang – panjangkan entry ni supaya orang lain dapat manfaatnya juga.



Wednesday, November 22

BLOG: Eh, Blog Baru Ke Tu?

Assalamualaikum semua :)

Ada tak sesiapa yang perasan dengan perubahan wajah baru blog milik seketul nia emkay ni? Ada tak ada tak? Kalau ada sila taip ‘Cantiknya blog!’ banyak – banyak kat bahagian komen. HAHA.

Pada bulan September yang lalu, blog nia telah bertukar kepada wajah yang baru. Kalau dulu nia menggunakan gabungan warna ungu dan silver, kali ini nia menggunakan warna merah jambu dengan kelabu pulak. Satu lagi perubahan yang paling ketara adalah latar belakang blog. Dulu penuh dengan bunga – bunga halus tapi sekarang ni dah kosong. Nia memang minta dekat designer blog untuk kosongkan latar belakang tu. Saja nak bertukar selera kali ni. HEHE

Header dah mantap. Bohemian style lagi. Header tu memang nia minta kat designer blog supaya buat jenis bohemian style. Ini semua sebab terpengaruh masa tengah tengok design – design logo untuk kedai along nia hari tulah. Nampak macam cantik dan cun je, tu yang minta designer buat style cenggitu. Nasib baiklah designer faham dengan kehendak nia yang mengada – ngada ni. HAHA

Tabs blog nia pun dah kemas tersusun. Cantik pulak tu dia terbentuk kat atas tu. Sedap je mata ni merenung. Lepas tu nia punya sidebar menu pun dah lawa, ada penambahan popular post dan juga chat box. Penambahan tu dibuat oleh designer blog nia sebenarnya. Nia tak minta pun benda tu sebenarnya tapi designer masukkan siap – siap. Terharu betul bila tengok blog jadi cantik macam ni.

Dan paling penting kat bahagian About Me tu ada gambar seketul nia emkay yang comel ni, BAHAHA. Masuk bakul angkat sendiri.

Secara keseluruhannya, nia rasa puas hati sangat – sangat dengan perubahan wajah baru blog nia ni. Sejujurnya, nia tak sangka langsung blog nia akan jadi secantik, secomel dan selawa ini sebab harga yang designer blog bagi untuk pakej full edit blog tu sangat murah. Nia bajet – bajet kalau harga murah mesti design blog nia jadi biasa – biasa je. Takdelah cantik dan cun mana.

Sekali bila designer bagitahu blog dah siap dan suruh tengok template sementara nia tu, terus nia jadi tenganga. Ayat yang terkeluar daripada mulut nia adalah ‘Ya ALLAH, apasal cantik sangat design blog yang dia buat ni?!’ Rasa tak percaya dan gembira memang membuak – buak dalam jiwa nia masa tu. Kalau designer ada kat depan mata, memang dah peluk kuat – kuat dah dia masa tu.

Jadi, siapakah orang yang bertanggungjawab mengubah wajah blog nia ni?

Orangnya adalah Sis Hawaaaaa *tepuk tangan*

Sekiranya kau orang berminat nak membuat tempahan edit blog dengan Sis Hawa, sila email ataupun mesej Sis Hawa melalui Facebook. Jangan risau, Sis Hawa ni peramah orangnya. Mesti kau orang tak kekok nak bercerita dengan dia. Dan paling penting, harga untuk servis yang Sis Hawa tawarkan adalah sangat murah!

Kenapa nia cakap harga untuk servis edit blog yang Sis Hawa tawarkan ni adalah murah? Sebab sebelum nia pilih Sis Hawa sebagai designer blog nia, nia dah survey dulu dah harga yang biasa designer blog tawarkan. And guess what? Harga yang dia orang tawarkan semuanya atas daripada RM 100! *pengsan*

Memanglah akan ada yang kata, ‘berbaloilah tu RM100, ingat senang ke nak design blog orang? Nak main – main dengan code apa semua, nak cari idea lagi. Bukannya boleh guna design blog yang sama je.

Nia tak cakap pun tak berbaloi, memang berbaloi pun harga tu. Tapi kalau nak keluarkan RM 100 semata – mata untuk menukarkan wajah blog, nia rasa tak berpatutan. Lagipun nia bukannya pakai domain pun. Kalau pakai domain mungkinlah nia tak rasa ralat sangat untuk keluarkan duit sebanyak tu untuk design blog yang baru.

Apa – apa pun, pilihan ada di tangan kau orang. Nak yang murah ataupun yang mahal, itu terpulang kepada kau orang. Nia hanya memberikan cadangan sahaja *senyum*

Blog Sis Hawa: http://www.sishawa.com/
Email Sis Hawa: sishawadesign@gmail.com


Monday, November 20

SHOP: Shawl Bubble Plain & Shawl Bubble Printed by Shawl By Bunga

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia ada jumpa satu kedai atas talian yang menjual shawl bubble plain dan printed murah dalam aplikasi Instagram. Nama kedai tersebut adalah shawlbybunga. Untuk shawl bubble plain hanya RM 7.50 sehelai. Manakala shawl bubble printed pula RM 8.50 sehelai.

Harga tersebut adalah untuk pembeli yang mahu beli secara runcit iaitu mereka yang nak beli dalam kuantiti sedikit. Senang cerita siapa yang beli bawah sepuluh helai akan dapat harga tu. Tapi kalau kau orang nak beli secara borong, harga yang ditawarkan adalah berbeza. Yang penting, harga borong adalah jauh lebih murah berbanding harga runcit.

Kalau kau orang semua nak tahu, nia sendiri pun dah borong sampai dua puluh helai shawl daripada kedai shawlbybunga ni. Sepuluh helai plain, sepuluh helai lagi printed. Banyak ke banyak? HAHA


Tunggu apa lagi? Jom singgah ke kedai shawlbybunga sekarang!



Sumber gambar: google.com

Friday, November 17

TIPS: Q&A Pemilihan Shawl

Assalamualaikum semua :)

Sebelum ni nia ada kongsikan beberapa kedai atas talian yang menjual pelbagai jenis shawl labuh dengan kau orang semua. Kalau kau orang terlepas entry tu, boleh tekan link yang nia dah sediakan kat bawah ni. Kali ni, nia akan kongsikan pula Q&A tentang pemilihan shawl yang selalu ditanya oleh orang ramai.


Q: Berapa ukuran shawl yang labuh?
A: Ada dua ukuran sebenarnya kalau kau orang nak tahu iaitu 2.0 m x 0.8 m (Saiz M/L/XL) dan juga saiz 2.2 m x 1.0 m (XL/XXL)

Q: Material shawl apa yang tak jarang?
A: Antara material yang nia tahu ialah Heavy Plain Chiffon, Chiffon Nasiji, Bubble, Chiffon Bubble, Chiffon Georgette, Satin, Koshibo.

Q: Apa beza shawl murah dengan yang mahal?
A: Untuk shawl yang mahal ataupun berjenama kebiasannya di shawl tersebut akan ada tag kain ataupun besi jenama berkenaan. Shawl murah takde tag. Lepas tu, material shawl yang mereka gunakan selalunya adalah lebih mahal daripada shawl murah. Jahitan shawl yang berjenama pula lebih kemas dan material kain tidak jarang berbanding dengan shawl murah. Shawl murah kalau warna terang, kena pakai inner sebab kain jarang.

Q: Mana lagi berbaloi bila beli? Shawl mahal ke shawl murah?
A: Dua – dua pun sama je berbaloi.

Q: Kualiti shawl murah dan mahal sama ke?
A: Ada yang sama, ada yang berbeza.

Q: Kat mana nak cari shawl labuh dengan harga berpatutan?
A: Nia dah ada kongsikan dulu dalam entryMana Nak Cari Shawl Labuh?

Q: Kenapa ada orang sanggup bayar mahal untuk shawl yang sama?
A: Untuk kepuasaan hati masing – masing. Lagipun kadang – kadang walaupun shawl tu sama corak, warna dan sebagainya tetapi material selalunya berlainan. Kalau yang mahal, biasanya material mereka lagi tahan lasak dan tak mudah tercarik.

Q: Patut beli shawl mahal ke murah?
A: Beli ikut kemampuan. Kalau takde bajet untuk beli yang mahal, belilah yang murah. Janji boleh menutup aurat. Itu yang lebih penting.


Sumber gambar: google.com

Wednesday, November 15

DRAMA: Beautiful Gong Shim

Assalamualaikum semua :)

Kali ni, nia akan kongsikan review mengenai drama korea yang bertajuk ‘Beautiful Gong Shim’ pula dengan kau orang semua. Siapa yang dah tengok drama ni, say ‘YEAH!’.

*******

Beautiful Gong Shim mengisahkan seorang gadis biasa yang mempunyai masalah rambut gugur akibat tekanan hidup yang dihadapinya kerana masih tidak mempunyai kerja tetap. Doktor yang merawat Gong Shim menasihatkan dia supaya tidak terlalu memikirkan tentang rambutnya yang gugur kerana masalah itu akan pulih sekiranya dia memakai krim yang diberikan dan juga mengurangkan tekanan yang dia hadapi sekarang ini.

Gong Shim bertemu dengan Ahn Dan Tae yang merupakan seorang peguam ketika pemuda itu sedang mencari rumah sewa. Walaupun Gong Shim pada mulanya tidak berapa suka dengan karakter Ahn Dan Tae yang suka menyibuk hal dia dan berperangai kebudak – budakkan tetapi lama – kelamaan Gong Shim mula berasa selesa dengan Ahn Dan Tae.

Gong Shim meluahkan perasaannya kepada Ahn Dan Tae tetapi Ahn Dan Tae menolaknya. Gong Shim berasa kecewa dan mula menjauhi Ahn Dan Tae kerana berasa malu mahu bersemuka dengan peguam muda itu lagi.


*******

Nia minat nak tengok drama ni sebab karakter Gong Shim yang tidak mudah mengaku kalah dalam apa jua yang dia lakukan. Walaupun dia selalu diketepikan oleh ibu bapanya kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai keputusan yang bagus seperti kakaknya namun Gong Shim tidak pernah sekali – kali menyerah kalah. Sebaliknya dia sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki keadaan dirinya.

Satu lagi sebab karakter Ahn Dan Tae yang jauh berbeza seperti mana hero dalam korea sebelum – sebelum ini. Ahn Dan Tae seorang yang suka menolong orang susah, pakaian dia sentiasa sempoi dan juga perangai dia yang kebudak – budakkan. Kadang – kadang boleh jadi sakit hati tengok perangai Ahn Dan Tae dalam drama ni. HAHA

Jumlah Episod: 20
Rating: 3 / 5
Sumber gambar: google.com

Monday, November 13

SHOP: Mana nak beli shawl labuh?

Assalamualaikum semua :)

Sekarang ni adalah musim shawl, bukan? Pergi mana – mana kedai, mesti jumpa pelbagai jenis shawl yang tergantung kat dalam. Bercorak ada, yang kosong ada, bucu bulat ada, bucu segi ada, kain chiffon ada, kain cotton ada. Pendek kata, macam – macam jenis shawl ada dalam satu – satu kedai tu dengan pelbagai harga yang ditawarkan oleh mereka.

Tapi sekarang ni adalah zaman membeli – belah secara atas talian. Kebanyakkan orang terutamanya kaum hawa paling malas nak berjalan – jalan di bawah sinaran mentari untuk mencari barang yang mereka kehendaki. Melainkan dah betul – betul terdesak dan tak jumpa barang yang dikehendaki dalam kedai atas talian.


Jadi, hari ni nia akan kongsikan beberapa kedai atas talian yang menjual pelbagai jenis shawl labuh yang sedap dipakai, mempunyai efek beralun, tidak jarang, material tidak terlalu tebal dan berat serta harga yang berpatutan.


Semoga entry ni dapat membantu kau orang mencari shawl yang kau orang nak. Dan, selamat menghabiskan duit. HAHA

Sunday, November 12

DIARI GURU: Pelajar Mengamuk Bila Ke Sekolah.

Assalamualaikum semua :)

Siapa yang kerja dekat tadika dengan taska mesti biasa dengan situasi pelajar – pelajar mengamuk bila sampai dekat depan pintu pagar sekolah. Lepas tu mulalah dia orang nak menjerit meraung cakap tak nak pergi sekolah sambil peluk batang leher ibu bapa masing – masing dengan erat.

Kadang tu ada pelajar ni masa dalam perjalanan ke sekolah tu, dia orang elok bergelak ketawa bergurau senda apa semua dengan ibu bapa masing – masing. Tapi bila nampak je muka cikgu, boleh jadi menangis secara tiba – tiba. Kot cikgu tu pakai topeng gambar tengkorak ataupun Pennywise The Dancing Clown, bolehlah juga terima budak – budak ni nak menjerit macam kena histeria.

Jadi kalau pelajar mengamuk bila ke sekolah, ibu bapa kena terus hantar dia orang sekolah ataupun berhenti terus?


Nasihat nia sebagai seorang guru tadika yang sudah mempunyai dua tahun pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak – kanak ni ialah teruskan hantar anak – anak ke sekolah macam biasa.

Pelajar mengamuk bila di hantar ke sekolah itu adalah perkara biasa lebih – lebih lagi untuk pelajar yang tidak pernah bersekolah sebelum ini. Sebab dia orang masih belum membiasakan diri dengan suasana persekolahan dan juga rutin harian ketika sesi persekolahan berjalan. Kena bangun pagi, mandi air sejuk, makan sarapan pagi dan terus ke sekolah. Mereka masih belum dapat menerima rutin harian ini lagi.

Pada awal – awal musim persekolahan lagilah kerap perkara ini berlaku sebab majoriti pelajar akan mengamuk dan menangis sambil peluk kaki dan leher ibu bapa masing – masing. Ada ibu bapa yang akan tunggu sampai anak mereka berhenti menangis tetapi ada juga ibu bapa yang biarkan sahaja anak mereka di bawah jagaan guru – guru.

Pelajar menangis bila nampak muka guru berhampiran dengan pintu pagar sekolah tu perkara biasa. Tapi bila dah masuk dalam tadika dan berjumpa dengan kawan masing – masing ataupun dipujuk oleh guru, dia akan berhenti menangis dan mula bermain serta berlari ke sana ke mari.


Jadi sekali lagi nia ingatkan. Kalau anak – anak mengamuk dan menangis bila nak ke sekolah, hantarkan juga mereka ke sekolah supaya mereka boleh membiasakan diri dengan suasana alam persekolahan.

Jangan takut, Teacher Nia tak garang, HEHE

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.