MOVIE: The Hitman’s Bodyguard & Bad Genius

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia ada menonton dua cerita dekat panggung wayang iaitu ‘The Hitman’s Bodyguard’ dan juga ‘Bad Genius’. Jom baca review yang nia tulis tentang dua cerita ni.

*******

The Hitman’s Bodyguard merupakan sebuah filem lakonan Ryan Reynolds dan Samuel L Jackson.

Cerita ni mengisahkan seorang pengawal yang bernama Michael Bryce. Dia ni merupakan seorang pengawal yang sangat berkaliber dan mempunyai banyak klien. Yelah, siapa yang nak bagi kerja dekat pengawal yang tak boleh melakukan kerja dengan bagus, ye tak? Tambah – tambah lagi kalau klien tu merupakan orang penting dalam pasaran – pasaran gelap ni. Terlibat dengan jualan dadah, senjata haram dan sebagainya.



Tapi, kerjaya Bryce mulai jatuh merudum selepas klien dia daripada Jepun bernama Kurosawa telah ditembak mati dalam pesawat depan mata dia sendiri. Sejak daripada tu, dia bukan lagi seorang pengawal daripada Triple A yang dimahukan oleh pelbagai orang – orang besar.

Amelia, bekas kekasih Bryce meminta tolong dia untuk menghantarkan barang ke suatu tempat. Bryce enggan menerima arahan Amelia kerana dia mengesyaki Amelia telah mengkhianati dirinya untuk mendapat kenaikan pangkat di Interpol. Tapi, akhirnya Bryce menerima juga arahan tersebut setelah diugut oleh Amelia.


Sebaik sahaja tiba di tempat Amelia berada, Bryce terkejut dan terus sahaja bergelut dengan Darius Kincaid yang turut berada di situ. Bryce tidak percaya bahawa ‘barang’ yang perlu dihantar dengan selamat itu adalah Kincaid – lelaki yang berkali – kali cuba membunuh dia sebelum ini.

Cerita ni menyeronokkan sebab babak aksi dia sangat pantas dan paling penting sound effect dia gempak. Bunyi bom meletup, tembak menembak apa semua memang coolio habislah.



Cuma ada beberapa babak yang mungkin akan membosankan kau orang sebab terlalu banyak perbualan antara Kincaid dan Bryce. Nia dah lupa dia orang cakap pasal apa tapi babak Kincaid dan Bryce menbebel tu merupakan babak – babak awal sebelum konflik terjadi. Kat situ jelah yang nia rasa agak membosankan. Yang lain semuanya okey.

Nia paling suka babak bila Bryce merajuk dan membebel dengan penjual minuman keras setelah dia mendapat tahu siapa sebenarnya pembunuh Kurosawa a.k.a orang yang bertanggungjawab membuatkan dia terbuang daripada syarikat Triple A. Dan juga babak dimana Bryce tercampak keluar daripada kereta sebelum sempat dia cakap ‘I Love You’ dekat Amelia.

HAHA.

Antara dialog kegemaran nia ialah:

‘Really?’
‘What happens to the seatbelt rules?’


Tapi cerita ni sangat – sangat tak sesuai untuk kanak – kanak. Tahu – tahu jelah kalau dah namanya filem aksi, kan? Darah merata – rata, adegan bunuh – membunuh tu memang sangat ekstrem dan menyilukan. Lagi satu, bahasa yang dia orang gunakan pun sangat tak elok untuk pendengaran kanak – kanak. Perkataan ‘fuck’, ‘mother fucker’ boleh didengari dengan jelas dan tidak terbilang banyaknya perkataan tu muncul.

So yeah, no kids allowed!

Rating: 4 / 5

*******

Bad Genius menceritakan kisah empat orang pelajar sekolah yang bernama Lynn, Pat, Grace dan juga Bank. Lynn dan Bank merupakan pelajar yang pintar dan mempunyai memori yang baik tetapi miskin. Manakala Pat dan Grace pula merupakan pelajar yang lemah dalam pelajaran dan selalu gagal tetapi kaya.

Lynn tolong Grace tingkatkan gred pencapaian akademik dia sebab Grace perlukan gred 3.25 ke atas untuk terus berada dalam kelab drama. Semasa peperiksaan, Lynn tuliskan jawapan kat atas pemadam dan berikan kepada Grace. Nampak tak kesungguhan Lynn nak menolong Grace kat situ? Kalau nia jadi Lynn, nia akan cakap ‘biaq pi sama Grace, sapa sugho tak mau belajaq?’ Eh, tiba – tiba tercakap utara pulak. HAHA


Tapi waktu babak ni memang serius membuatkan mata nia terpaku dekat skrin. Nak mengunyah roti bakar pun tak jadi sebab babak ni saspens ditambah pula dengan background music dia yang laju dan berdentum – dentum. Pergh! Berdegup kencang jantungku.

Nak panjangkan lagi cerita, minah Grace ni pergi cerita dekat Pat yang Lynn tolong dia semasa peperiksaan atas dasar Pat tu teman lelaki dia. Lepas tu Pat pun cadangkan dekat Lynn supaya Lynn tolong dia dalam peperiksaan. Pertolongan dia bukan secara percuma tau tetapi dibayar. Satu subjek 3000 baht. Satu semester ada 13 subjek. Jadi untuk satu tahun tu, Lynn boleh dapat sebanyak 234 000 baht.


Itu untuk seorang. Tapi Pat ada lagi lima orang kawan yang sanggup bayar untuk dapatkan jawapan daripada Lynn agar markah mereka meningkat. Mulanya Lynn keberatan dan ragu – ragu tetapi bila dia kira – kira keuntungan yang bakal dia dapat dengan hanya memberikan jawapan betul kepada mereka, Lynn terus bersetuju.

Keadaan mula tidak menyebelahi Lynn apabila Bank memberitahu guru besar bahawa ada orang cuba menirunya dan Lynn tertangkap dengan kesalahan memberikan jawapan yang betul dengan orang lain. Disebabkan itu, biasiswa yang diberikan kepada Lynn ditarik kembali dan dia juga dilarang daripada memohon biasiswa yang ditawarkan oleh negara Singapura.

Tapi! Cerita ni tak habis setakat itu sahaja.


Grace minta bantuan Lynn sekali lagi untuk memberikan dia jawapan peperiksaan STIC sebab bapa Pat nak anak dia masuk universiti dekat Boston. Tapi gred pencapaian Pat sebelum ni terlalu menghampakan orang tuanya dan mereka berputus harapan mahu menghantar Pat ke sana. Lepas Pat bercinta dengan Grace, terus sahaja keputusan dia meningkat naik secara mendadak. Orang tua dia ingat Grace yang menjadi punca tetapi dia orang tak tahu Pat bayar dekat Lynn untuk mendapatkan jawapan.

Jadi, Lynn mula merancang pelan untuk menjual jawapan STIC kepada pelajar – pelajar di Thailand. Dia bersetuju untuk membantu Pat dan Grace memasuki Universiti Boston dengan syarat mereka akan membawa dia belajar di luar negara. Lynn memang bercita – cita untuk belajar di luar negara tetapi impiannya itu terpaksa dilupakan apabila dia telah dilarang memohon biasiswa daripada Singapura.


Kalau nak tahu apa yang terjadi selepas tu, kenalah tonton cerita ni. Habis semua nia nak ceritakan, nanti dah takde mood nak tonton cerita ni pulak. Ye tak?

Satu yang nia boleh cakap, babak Lynn memberikan jawapan peperiksaan STIC tu lebih menarik perhatian dan sangat saspens berbanding dengan babak sebelum ni. Nia jadi tak senang duduk dekat dalam panggung tu. Kejap – kejap tarik nafas panjang, kejap – kejap cengkam tempat alas tangan tu kuat – kuat. Kejap – kejap terangkat kaki. Punya saspens babak tu.

Jadi, jangan lupa tengok cerita ni tau.


Rating: 4.5 / 5
Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)