Assalamualaikum semua :)
Siapa di kalangan pembaca blog nia ni merupakan penggemar kek lapis
sarawak yang sedap, manis, lazat dan sentiasa memikat selera makan tu? Kalau
ada, entry kali ni nia tuliskan khas untuk kau orang semua! Jadi,
pastikan kau orang baca sampai habis kalau tidak nanti menyesal tak sudah.
Baru – baru ni nia ada singgah dekat blog Sis Hawa. Saja nak
blogwalking ke blog Sis Hawa sebab dah lama nia tak berjalan – jalan dekat blog
orang lain. Gelongsor punya gelongsor terjumpa pulak entry pasal kek
lapis sarawak. Dahlah nia masa tu memang tengah mencari kek lapis sarawak,
tekak ni tiba – tiba je teringin nak makan kek lapis sarawak.
Perasaan nia masa tu be like, “Oh my god! Macam mana sis
hawa ni boleh update pasal kek lapis sarawak ni? Tahu – tahu je kita tengah
teringin nak makan kek lapis.”
Overreacted. Yeah, I know. HAHA
Kalau Sis Hawa ada depan mata nia masa tengah baca pasal kek lapis
tu, memang nia peluk dia kuat – kuat sambil ucap terima kasih berulang kali. You’re
my saviour, sister!
Apalagi terus nia ambil nombor telefon orang yang jual kek lapis tu
daripada blog Sis Hawa dan laju – laju nia whatsapp dia. Nia borong kek lapis
dia sampai 10 biji terus! Gelojoh ke gelojoh? KEKE Tapi itu semua bukan untuk
nia makan seorang yee sebab abah pun tumpang pesan sekali. Abah cakap nak bagi
kawan – kawan kat ofis abah makan kek lapis tu.
Nia jadi tertarik hati untuk beli kek lapis daripada seller
ni sebab kek lapis yang dia jual mempunyai banyak perisa. Ada 16 perisa kek
lapis kesemuanya yang dia jual. Haa, banyak ke banyak? Kat bawah ni, nia
sertakan gambar – gambar perisa kek lapis yang dijual oleh seller
tersebut. Biar kau orang terliur sekali, takdelah nia terliur seorang –
seorang. Ye dak?Benda yang baik elok dikongsi bersama, jangan sembunyikan dalam
perut masing – masing. HAHA.
Faktor kedua pula sebab harga kek lapis tu murah. Harga yang
ditawarkan bagi pandangan nia adalah sangat murah iaitu RM 15 untuk satu – satu
perisa kecuali untuk Lapis Choc Cheese iaitu RM 26. Yelah, dahlah ada coklat
ada pulak cheese, takkan nak bagi harga yang sama RM 15. Cheese sekarang ni
mahal kot.
Nia malas nak cakap banyak – banyak sebab nia tahu ada yang dah
telan air liur sembilanpuluhsembilan kali degup dah tu. Sambil telan air liur,
dia marah pulak nia sebab kongsikan gambar kek lapis pelbagai perisa ni. HAHA
CCL pun dropship kek ni , memang ramai yang cakap sedap
ReplyDeleteYeke? Nanti boleh beli dengan CCL pulak :D Nia suka gila dengan kek lapis ni
DeleteTerima kasih jemput. Nanti nia join yee :)
ReplyDelete