Assalamualaikum semua :)
Baru – baru ni terjadi satu salah faham antara nia dan juga seorang
kawan nia. Ceritanya kawan nia dikejarkan ke hospital sebab penglihatan dia
tiba – tiba sahaja hilang sebaik dia terjaga daripada tidur. Dia punya panik
tak payah nak cakaplah sebab yelah, siapa je yang tak gelabah apabila
penglihatan tiba – tiba hilang kan?
Dia menjerit – jerit panggil ahli keluarga yang ada dalam rumah.
Dia orang pun lintang – pukang lari dapatkan dia sebab terkejut bila dengar dia
menjerit kuat – kuat macam tu. Lepas tu kawan nia bagitahu dia orang yang dia
memang tak nampak apa – apa langsung. Penglihatan dia hitam pekat ibarat bilik
gelap yang takde lampu langsung tu.
Dia orang telefon ambulans dan bawak kawan nia pergi ke hospital.
Sampai dekat hospital terus pegawai perubatan bawak dia masuk bilik kecemasan
dan bila doktor periksa doktor cakap tekanan darah dia terlalu tinggi sebab tu
penglihatan dia hilang. Doktor tanya dia sepanjang minggu tu tidur cukup ke
tidak, ada minum ataupun makan apa.
Dia mengaku yang sepanjang minggu tu dia banyak berjaga malam dan
tidur tak cukup tujuh jam sebab kerja banyak sangat. Lepas tu sarapan pagi hari
tu, dia minum Nescafe O panas.
Doktor tu pesan tidur kena cukup sekurang – kurangnya lima sehingga
enam jam. Lepas tu kena elakkan minum minuman yang berkafein tinggi macam
Nescafe sebab minuman macam tu boleh menyebabkan tekanan darah tinggi naik.
Yang menjadi salah fahamnya bila dia cakap kat nia yang dia
sekarang ada kat hospital sebab darah tinggi dia naik. Jadi nia pun ucap
‘innalillahi wa innailaihi rajiun’ sebab dah dengar berita sedih macam tu.
Terus dia marah nia, ‘Kau doakan aku mati?!’
Terpaksalah nia terangkan pada dia bahawa ucapan tu bukannya khusus
untuk orang yang meninggal dunia sahaja tetapi untuk setiap khabar buruk yang
kita dengar, kita boleh ucapkan benda tu. Barulah dia faham dan minta maaf
sebab tiba – tiba marah nia. Terus naik darah tinggi dia lepas dengar nia sebut
ucapan tu. HAHA.
Huh, nasib baik salah faham dah settle....
ReplyDeleteitulah, nasib baik. HEHEH
Delete