Saturday, January 13

DARI HATI: Selamat Hari Lahir, Abah

Assalamualaikum semua :)


This one is for you, abah.


Masa kecil dulu selalu berangan nak dapat seorang ayah yang ada kereta mewah, rumah megah, kerja gah dan gaji melimpah. Tapi bila dah semakin meningkat dewasa ni, baru sedar bahawa aturan dan perancangan yang Allah SWT dah dititipkan tu adalah sangat kemas dan cantik.

Sangat - sangat cantik dan sangat - sangat kemas.

Ayah yang ada kereta mewah belum tentu boleh bawa anak - anak pergi jalan - jalan setiap kali musim cuti sekolah tiba.

Ayang yang ada rumah megah belum tentu akan sentiasa berada di rumah untuk makan bersama dengan keluarga.

Ayah yang ada kerja gah belum tentu boleh menjamin kebahagiaan hidup anak - anaknya.

Ayah yang ada gaji melimpah belum tentu boleh membelikan pelbagai barangan untuk memuaskan kehendak anak - anak.

Alhamdulillah, syukur sangat sebab dapat abah.

Walaupun abah takde kereta mewah tapi anak - anak dapat merasa pergi ke sana sini masa cuti sekolah. Cakap je nak pergi mana, selagi mana abah mampu bawa mesti kita orang akan sampai ke destinasi.

Walaupun takde rumah megah tapi abah sentiasa ada dekat rumah untuk makan sama - sama dengan anak - anak. Balik kerja penat - penat, terus cerita macam - macam benda kat abah.

Walaupun abah takde kerja gah tapi abah selalu ambil berat pasal kita orang adik beradik. Tanya pasal kerja, pasal belajar.

Walaupun abah takde gaji melimpah tapi abah sentiasa cuba untuk memuaskan kehendak kami tiga beradik.

Benda - benda kecil macam nilah yang selalu membuatkan rasa syukur tu terbit dalam jiwa.

Selamat hari lahir, Abah.

Terima kasih sebab dah besarkan dan jaga kita orang selama ni. Harapnya, kita akan tetap menjadi keluarga di syurga nanti.

Amin.

2 comments:

  1. handsome ayah nia walaupun dah berusia. Happy birthday ayah nia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, banyak minum pati delima abah nia ni. tu yang awet muda tuu :D

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)