Monday, February 19

DRAMA: My Only Love Song

Assalamualaikum semua :)

Siapa kat sini yang nak tengok drama korea bergenre sejarah tetapi tak nak jalan cerita yang terlalu sarat dengan politik dan juga kisah percintaan hero heroin yang sering sahaja mendapat tentangan daripada pelbagai pihak?

Kalau ada, review drama korea yang nia tuliskan kali ni pasti akan menarik minat kau orang semua. Drama yang nia maksudkan ialah ‘My Only Love Song’.

*******

Song Su Jeong merupakan seorang pelakon wanita yang popular dan mendapat banyak tawaran untuk berlakon. Tetapi dia tidak disenangi ramai kerana karakternya yang suka mengeluarkan kata – kata berbisa dan suka memarahi orang lain sekiranya mereka ada melakukan kesilapan.

Apabila berita mengenai perkahwinan teman lelakinya bersama wanita lain tersebar, Song Su Jeong melarikan daripada pihak media. Tanpa disangka – sangka dia telah kembali ke zaman silam dan bertemu dengan On Dal; seorang pemuda yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit.

*******

Walaupun drama ni bergenre sejarah tetapi jalan cerita yang dipamerkan sangat santai dan banyak babak mencuit hati penonton. Sesuai sangatlah untuk kau orang yang tengah mencari drama korea bergenre sejarah tapi tak terlalu banyak agenda politik.

Nia jadi minat nak tengok drama ni sebab kisah percintaan On Dal dan Puteri Pyeong Gang yang diketengahkan dalam cerita ni. Sebelum ni selalu dengar kisah On Dal dan Puteri Pyeong Gang tapi tak tahu secara dalam. Sekadar tahu permukaan je.

Bila dah tengok drama ni, baru tahu kenapa kisah percintaan antara On Dal dan Puteri Pyeong Gang ni sangat popular dekat Korea.

Watak yang paling nia suka dalam cerita ni ialah Ko Il Yong sebab karakter lawak gila. Seorang yang suka memuja diri sendiri dan sentiasa memperlihatkan keadaan diri dia dalam keadaan cantik sahaja.


Jumlah Episod: 20
Rating: 4 / 5

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)