Monday, February 25

SHOP: Mawaddah Izzati, Jenama Tudung Labuh Yang Berkualiti

Assalamualaikum semua :)

Kebelakangan ni banyak peniaga samada atas talian mahupun bukan yang mula menceburkan diri dalam bidang perniagaan pakaian muslimah dan juga tudung labuh. Bagi nia, ini merupakan satu perkembangan positif terhadap bidang fesyen dan juga bidang perniagaan.

Applause for those brave and creative young entrepreneurs!

Ini menandakan dia orang sudah mulai sedar bahawa pakaian muslimah dan juga tudung labuh semakin menarik perhatian pembeli dan juga semakin mendapat tempat dalam jiwa pengguna sekarang ini.

Alhamdulillah!

Rakyat Malaysia sudah mempunyai kesedaran bahawa berpakaian longgar dan juga bertudung labuh itu kelihatan lebih sopan dan juga selamat daripada pelbagai ancaman bahaya terutamanya gangguan seksual.

Eh jangan tak tahu!

Walaupun berpakaian longgar dan bertudung labuh, awak semua masih lagi boleh bergaya dan tampak lebih cantik serta kemas. Jangan jadikan pakaian longgar dan tudung labuh sebagai alasan untuk kelihatan selekeh dan berbau kepam, okey!

Nia pernah jumpa dengan golongan macam ni. Pakaian dah elok longgar, tudung pulak labuh menutupi punggung tapi sayang, badan bau busuk! Tapi nia tak nak bincang pasal benda tu kat sini. Nia akan kongsikan benda tu dekat entry yang lain, InsyaAllah, sekiranya berkesempatan.

Jadi di sebalik kedai atas talian yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, kedai manakah yang selalu nia kunjungi untuk beli tudung labuh?

Jawapannya ialah

­-

-

-

-

-

-

-

M  A  W  A  D  D  A  H       I  Z  Z  A  T  I

Kenapa nia suka sangat membeli tudung – tudung labuh daripada Mawaddah Izzati ni? Apakah sebabnya yang berjaya membeli jiwa nia sehingga jatuh cinta habis – habisan dengan tudung – tudung labuh yang dijual oleh jenama Mawaddah Izzati (MI)?

1 – Material
Setelah beberapa kali nia membeli tudung – tudung keluaran MI, nia boleh memberikan jaminan bahawa material tudung yang dikeluarkan mereka untuk setiap koleksi samada koleksi biasa, koleksi istimewa ataupun koleksi hari raya adalah sangat berkualiti. Kualiti dia pulak bukan kualiti biasa – biasa tapi luar biasa, hokeyyyyyy!

Tudung MI semuanya jenis opaque. Maknanya tak jarang walaupun kita pakai tudung tu kat bawah cahaya yang terang benderang. Bagi nia, ini merupakan satu plus point sebab nia sejenis yang malas gila nak pakai inner neck. Sebab tu, bila nak cari tudung nia akan pastikan material yang digunakan adalah opaque.

Lagi satu, kesemua tudung MI senang untuk dibentuk walaupun tak pakai kanji. Haaaaaaaa, nia pasti ramai kaum hawa kat luar sana yang turut menyukai tudung – tudung yang mempunyai material mudah untuk dibentuk bukan? Dapat – dapat lagi kalau pakai tudung bawal. Boleh bawak bergaduh weyh kalau awning dia tak rata, menggelembung sana sini dan tak tajam!

2 – Harga
Pendapat nia, harga yang ditawarkan oleh MI untuk satu – satu koleksi tudung mereka adalah sangat berpatutan sekiranya kita mengambil kira tentang material yang digunakan oleh mereka. Material tudung opaque, flowy, dan berat beralun mana boleh dapat RM 10. 

Logik ke logik?

Kalau kau orang nak beli tudung murah, jangan jengah kat MI. Sila cari kedai lain. Takpun, ronda kat Jalan TAR. Sana memang banyak kedai yang menjual tudung dengan harga yang murah.

TAPIIIIIIIIIII

Kualiti dia orang memang kurang sikitlah.

Yelah.

Tudung murah mana sama dengan tudung mahal.

Ye dak?

3 – Agen
Kau orang pernah tak mengalami situasi macam ni?

Kau orang tengah sedap scroll gambar – gambar kat IG, tiba – tiba kau orang nampak tudung cun. Dengan rasa teruja dan tidak sabar, terus kau orang klik IG penjual untuk dapatkan nombor whatsapp mereka. Dah dapat nombor, terus kau orang whatsapp minta details tudung yang kau orang berkenan tu. Tunggu punya tunggu, langsung takde respons daripada penjual.

Apa perasaan kau orang masa tu?

Sakit hati ke bengkek?

Nia pernah mengalami situasi macam ni tau. Ada peniaga yang ambil masa seminggu lamanya untuk balas whatsapp kita. Ada sekali tu, sebulan kemudian baru dia orang balas. 

Allahu Akhbar, stress ai!

Dia balas, ‘terima kasih kerana berminat dengan produk kami. Cik nak beli tudung yang mana ye?’

Agak – agak kau orang, apa jawapan nia?

-

-

-

-

-

-

-

‘TERIMA KASIH BALAS WHATSAPP SAYA SEBULAN KEMUDIAN. SAYA DAH BELI DENGAN AGEN YANG LAIN, SEKIAN TERIMA KASIH.’

HAHAHAHAHA.

Savage ke savage?

Worry not!

Setelah beberapa kali membeli tudung MI daripada agen dia orang, nia boleh katakan bahawa agen – agen MI akan memberikan respons hampir secepat kilat. Kalau dia orang tak dapat nak layan kita ataupun tengah bercuti, dia orang akan bagi nombor agen MI yang lain bagi memudahkan urusan pembelian kita. Benda macam nilah yang nia sangat – sangat suka!

Respons yang pantas!

Layanan mesra!

Kalau dah tahu tak boleh nak layan pelanggan, serahlah kat orang lain. Ini tidak, diperamnya pelanggan tu sampai sebulan. Kalau nasi, dah lama basi dan ulat pun mati kekeringan. Opssss!

4 – Model
Lazimnya, model yang menggayakan tudung mahupun pakaian sesuatu jenama adalah model yang sama dengan satu – satu jenama yang lain. Kadang – kadang nia sendiri keliru samada produk jenama A dan produk jenama B ni adalah produk daripada syarikat yang sama ataupun tidak.

Sebab apa nia keiru?

Dia orang pakai model yang sama.

Kadang tu, lima enam jenama menggunakan khidmat model yang sama. Asyik – asyik muka dia, asyik – asyik muka dia. Naik cemuih jugaklah dok menengok muka dia sahaja.

Nia fahamlah.

Kadang tu kita dah terbiasa bekerja dengan satu model, jadi senang kerja. Masing – masing dah faham perangai dan kehendak masing – masing. Dah kenal kelemahan dan kelebihan sendiri. Harga pulak boleh dibawa runding atas sebab dah pernah bekerjasama.

TAPIIIIIIIIIII

Kalau dah sepuluh syarikat menggunakan muka model yang sama, pembeli pun naik muak jugak. Balik – balik muka dia ni, takde muka lain ke?

Kau orang boleh faham tak dengan situasi ni?

Dengan MI, lain ceritanya!

Boleh dikatakan hampir semua koleksi MI digayakan oleh model yang berlainan. Jadi takdelah asyik tengok yang sama je untuk setiap koleksi. Paling penting, model yang menggayakan tudung MI adalah model – model yang baru nak naik.

Budak baru nak up, bak kata remaja zaman sekarang.

AHAKS!

Itulah antara sebab kenapa nia suka sangat membeli tudung dengan MI. Kau orang pulak suka beli tudung daripada mana? Jom kongsi jenama tudung kegemaran kau orang dekat ruangan komen :)


Sumber gambar: google.com

Monday, February 18

FAMILY: Kelahiran Maryam


Assalamualaikum semua :)

Adudududududududu, habuk tebal gila kat blog ni.

Kejap nia tiup sikit habuk – habuk ni biar nia nampak segala tapak kaki yang sering tinggalkan jejak kat sini.

Kepada mereka yang sudi singgah dan rajin tinggalkan jejak kat blog nia ni, terima kasih tidak terhingga nia ucapkan. Walaupun dah agak lama nia menyepi daripada menulis, ada jugak yang masih sudi bertandang ke mari yeeee. Ai is terharuuuuuu

HAHAHAHA

Sebab utama nia menyepi daripada menulis blog kerana tuntutan kerja yang banyak. Yang mana nak cari bahan mengajar, yang mana nak tulis RPH, yang mana nak fikir deko kelas, yang mana nak bekejar dengan murid. Macam – macam lagilah.

Masa nia nekad nak menyepi daripada penulisan blog tu memang terasa masa sangat tak cukup dan nia memang dah hilang minat nak membebel panjang kat blog ni lagi. Sebab masa tu memang sibuk gila dengan kerja – kerja dekat tadika.

Untuk sesiapa yang masih lagi tertanya – tanya samada nia masih lagi bergelar seorang cikgu tadika ataupun tidak, jawapannya ialah YA SAYA MASIH SEORANG GURU TADIKA!

HAHAHAHAHA

Memula ingat nak deactivate je blog ni tetapi bila fikir – fikir balik banyak entry yang boleh mendatangkan manfaat pada orang lain ada dalam perut blog Nia Emkay ni, nia batalkan hajat nak buang blog.

Lagi satu, nia takut satu hari nanti perasaan rindu nak menulis tu menjelma kembali dan medium untuk melepaskan rindu sudahpun hilang ditelan malam. Nak buat blog baru sangatlah leceh dan nia sangat berchenta nak buat settings blog baru dengan design apa semua jadah.

So in the end, Blog Nia Emkay will not be erased. Period.

Memandangkan ini merupakan entry yang pertama sejak nia menyepikan diri, nia nak berkongsi satu berita gembira dengan kau orang semua. Pada bulan November 2018, nia telahpun selamat bergelar MakNgah. Wuhuuuuuuuuuuuu!

Clap your hands and throw confetti, please.

Anak buah nia yang diberi nama Maryam telah selamat lahir ke dunia secara pembedahan. Alhamdulillah, dia lahir dengan sihat cuma demam kuningnya agak lama sedikit. Jadi kena berulang – alik hospital jugaklah awal – awal tu.



Maryam sekarang ni dah boleh nampak sekeliling. Orang agah – agah, dia dah pandai senyum. Comel gila bila dia senyum. Itu belum lagi kalau kita bercakap – cakap dengan dia, terus tergelak. Ah, sudah. Cairrrrrrrrrrrrr!

Tapi satu yang buat nia sakit hati dengan Maryam ni apa tau, dia jenis brutally honest. Kalau kita buat sesuatu dekat dia macam geletek pinggang ke, cuit pipi ke, bagitahu lawak hambar ke kan, dan benda tu dia tak suka. Memang direct on the spot dia bagi pandangan tak puas hati siap pakej dahi kerut seribu.

Maryam’s reaction be like, kau – dah – kenapa – makngah – wayar – tercabut – satu – ke – skru – kat – kepala – hilang – tiga – empat – ketul?

Arghhhhhh, sumpah sakit hati tengok muka dia macam tu, okey?!

Jadi bila dah sakit hati apa yang MakNgah Maryam buat?

-

-

-

-

-

DIA KACAU MARYAM TIDUR!

HAHAHAHAHAH

Nasib Maryamlah dapat MakNgah perangai suka menyakat.

Kau orang pulak macam mana? Dah jadi pakcik/makcik ke? Cuba share sikit kat ruang komen.

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.