DIARI GURU: Kenapa Guru Tadika?

Assalamualaikum semua :)

Sejak nia bekerja sebagai seorang guru tadika ni, ramai orang bertanyakan sebab nia memilih untuk menjadi guru tadika sedangkan nia mempunyai kelayakan ataupun kelulusan untuk mengajar sebagai seorang guru bahasa inggeris di peringkat sekolah rendah. Untuk makluman kau orang semua, nia merupakan pemegang Diploma Teaching English as a Second Language (TESL) daripada KUPTM KL.

Jadi, nia bercadang nak menceritakan sebab nia memilih kerjaya sebagai guru pendidikan awal kanak – kanak berbanding guru bahasa inggeris sekolah rendah di sini. Semoga dengan wujudnya entry ini, sedikit sebanyak akan membantu mereka – mereka diluar sana yang sedang tercari – cari alasan ataupun sebab untuk menjadi guru tadika.

1 – Suka melayan budak – budak.

Ini merupakan sebab utama nia memilih untuk menjadi seorang guru tadika. Memandangkan tadika penuh dengan kumpulan budak – budak yang mempunyai pelbagai ragam, jadi seorang guru tadika mesti ada sifat penyayang dan suka melayan budak – budak. Kalau kau orang tak suka melayan budak – budak, jangan pilih kerjaya sebagai seorang guru tadika.


Sebab bila dah namanya budak – budak, perangai mereka akan selalu berubah bergantung kepada mood dan angin masing – masing. Bila angin baik, dia orang elok je masuk sekolah. Bila angin dah tak baik, mulalah ada yang mengamuk, meronta, minta cikgu tu ambil kat pagar, minta cikgu ni dukung bawa masuk ke sekolah, meraung – raung cakap nak balik, menangis berurai – jurai air mata dan macam – macam lagi.

Itu hal.

Lagi satu hal yang selalu buat graduan – graduan baru ni rasa ragu – ragu nak menjadi guru tadika adalah kena bersihkan najis budak – budak. Najis tu termasuklah air kencing, tahi dan muntah dia orang. Kebanyakkannya geli dengan benda – benda ni menyebabkan dia orang sering fikir dua tiga kali untuk memilih kerjaya sebagai guru tadika.

Tapi perkara ni boleh diatasi apabila kau orang semua dah lama bekerja sebagai seorang guru tadika. Macam nia jugalah. Masa tahun pertama sebagai guru tadika dulu, nia memang geli dan selalu rasa nak muntah bila tengok tahi dan muntah pelajar. Tapi bila dah masuk tahun kedua ni, dah okey dah. Takde nak rasa geli dengan benda – benda tu semua lagi.

2 – Minat mengajar.

Selain daripada suka melayan budak – budak, pastikan kau orang semua minat mengajar. Kalau kau orang pernah buat kelas tuisyen, kelas mengaji, kelas membaca ataupun yang seumpama dengannya sebelum ni, kemungkinan bahawa kau orang berminat untuk mengajar tu besar.

Kalau calang – calang orang yang tak minat mengajar nak buat kelas – kelas tu semua memang tipis sangatlah peratusan dia. Sebab kalau kita mengajar sahaja, lain cerita. Masuk kelas, terangkan konsep pelajaran, buat latihan, balik. Itu senang. Masalahnya, dalam kelas tu nanti mesti ada macam – macam pelajar dengan latar belakang yang berbeza. Jadi, kita kena faham kelebihan kelemahan setiap pelajar dalam kelas untuk memudahkan kita mencari cara mengajar yang sesuai dengan mereka.


Walaupun orang selalu kata, ‘alah, apalah yang payah sangat nak mengajar budak – budak tadika ni?’ Hakikatnya orang tak tahu, pelajar – pelajar tadika merupakan cabaran yang paling besar untuk diajar sebab mereka tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh ataupun masih tidak mempunyai latar belakang pendidikan langsung.

Nak buat mereka faham tentang sesuatu konsep tu, sangat payah. Sebab dia orang tak pandai nak membuat bayangan dan tak reti nak kaitkan sesuatu yang perkara yang diajar dengan mana – mana benda yang dia orang dah belajar sebelum ni.

Jadi kalau kau orang minat mengajar, kau orang akan berusaha dan mencari cara pengajaran yang sesuai dengan budak – budak kelas kau orang. Macam mana cara nak bagi dia orang faham, macam mana cara nak bagi dia orang fokus dan sebagainya.

3 – Boleh buat kelas di mana – mana.

Haaaa, yang ni paling nia suka. Dekat tadika, kalau kau orang nak buat kelas dekat dalam bilik mainan pun takkan ada orang yang nak marah ataupun komen apa – apa selagi mana kau orang boleh kawal kelas kau orang. Kau orang tak terikat dengan kelas semata – mata.

Sekiranya kau orang nak buat kelas dekat dewan makan, boleh. Nak buat kelas dekat dapur, boleh. Nak buat kelas dekat luar, boleh. Semuanya boleh dengan satu syarat. Syaratnya, kau orang mesti pandai kawal kelas dan pelajar kau orang. Kalau kau orang masih tak boleh nak kawal kelas, jangan bawa dia orang belajar diluar kelas. Takut nanti mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pulak.


Itulah antara sebab nia memilih kerjaya sebagai guru tadika. Ada tak dikalangan pembaca blog nia ni merupakan guru tadika jugak? Komen ‘SAYA’ dekat ruangan komen.

Sumber gambar: google.com

2 comments:

  1. Salam singgah. Awak dijemput join GA saya! Banyak hadiah nak bagi hihi :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih jemput. Nanti nia join yee :)

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)