Monday, April 8

DRAMA: Black

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni nia baru berkesempatan untuk menghabiskan sebuah drama korea yang bertajuk ‘Black’. Maklum sahajalah, nia ni jenis yang suka menonton drama – drama yang sudah basi. Kalau drama tu baru keluar, jangan haraplah nia nak tengok drama tersebut. Kena peram setahun dua baru nia akan tengok.

HAHAHAHAHAHA

*       *       *       *       *       *       *       *


Drama ni mengisahkan seorang gadis bernama Kang Ha Ram dan juga malaikat maut bernombor 444.

Kang Ha Ram merupakan seorang gadis yang boleh nampak bebayang hitam pada orang sekelilingnya. Kebiasaannya, orang yang mempunyai bebayang hitam itu bermaksud mereka akan meninggal dunia tidak lama kemudian. Apabila Kang Ha Ram menyentuh bebayang hitam itu, dia boleh nampak situasi ataupun sebab kematian manusia tersebut.

Malaikat maut bernombor 444 ataupun turut dipanggil sebagai Black merupakan malaikat maut golongan elit dan selalu melakukan tugas dengan jayanya. Black berdepan dengan masalah apabila rakan sekerjanya melarikan diri ke dunia manusia dan telah merasuki badan manusia yang telah meninggal dunia. Untuk mencari rakan sekerjanya yang telah melarikan diri itu, Black sanggup mengambil risiko dan bertindak memasuki mayat Han Moo Gang yang telah mati akibat ditembak.

*       *       *       *       *       *       *       *

Sebelum tengok drama ni, nia agak skeptikal sebab pelakon utama dia adalah Song Seung Heon dan juga Go A Ra. Kedua – dua mereka sangat popular dengan drama – drama yang bergenre romantik dan juga melodrama. Nia takut – takut kalau drama ni tak banyak adegan thiller dan misteri tapi dipenuhi dengan adegan romantis semata – mata.

But from the very first episode they have proved me wrong!

Jalan cerita drama ni sangat menarik. Dan paling nia suka adalah banyak benda yang tak boleh nia jangkakan ataupun tak pernah terlintas dalam fikiran nia ada dalam drama ni.

Bagi nia, ini merupakan satu benda yang paling penting untuk menarik minat nia agar terus menonton satu – satu drama. Kalau jalan cerita drama tu selalu boleh diteka ataupun klise, boleh jadi bosan jugak nia menengoknya. Manakala, setiap persoalan yang ditimbulkan daripada awal cerita akan terlerai pada akhir cerita.

Most importantly, romance element is very subtle!

Antara babak yang paling memberikan kesan pada nia ialah:

1 – 444 jatuh cinta pada ibu Kang Ha Ram

Sejurus selepas berkahwin, ibu bapa Kang Ha Ram telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang meragut nyawa ayah dia. Malaikat maut 444 telah ditugaskan untuk membawa roh ayah Kang Ha Ram ke syurga tetapi sebaliknya dia memasuki mayat ayah Kang Ha Ram dan hidup bersama dengan ibu Kang Ha Ram.

Jadinya Kang Ha Ram tu sebenarnya anak campuran manusia dan juga malaikat maut sebab tulah dia boleh nampak bebayang hitam yang selalu berada berhampiran dengan manusia yang dah nak meninggal dunia.

2 – Black mengetahui punca sebenar dia dibunuh

Black selalu menyangka bahawa dia sebenarnya dilahirkan untuk menjadi malaikat maut tetapi hakikatnya tiada siapa yang dilahirkan sebagai malaikat maut. Jadi apabila dia mendapat tahu bahawa dia sebenarnya telah dibunuh atas sebab sifat manusia yang suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri, Black jadi terpempan dan tidak percaya.

Tambahan pula, orang yang menyebabkan dia terbunuh itu adalah orang yang paling rapat dan juga orang yang paling dia hormati.

Siapa yang dah tengok drama ni, jom komen ‘done!’.


:)

Jumlah episode: 18
Rating: 5 / 5

Sumber Gambar: Google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)