Assalamualaikum
semua :)
Punyalah
lama nia teringin nak makan ayam gunting, sampaikan tengah mengajar dalam kelas
pun boleh terbau – bau orang goreng ayam. Perghhhh, dasyat sungguh nia mengidam
ayam gunting sampai boleh terbau – bau. Walaupun dah lama teringin tapi masih
jugak tak dapat nak makan ayam gunting.
Kenapa?
Ada
masa pergi kedai ayam, kedai tutup dan nia pun balik dengan hati yang kecewa.
Ada
masa pergi kedai ayam, orang pulak beratur bukan main panjang macamlah esok – esok
tak boleh nak beli ayam gunting.
Ada
masa pergi kedai ayam, abang tu cakap ayam dah habisssssss!
YA
ALLAH, APA BANYAK SANGAT DUGAAN NAK MAKAN AYAM GUNTING NI?
Geram
punya pasal, nia terus pergi pasar pagi, beli isi ayam setengah kilo dan juga
tepung bestari jenis asli. Balik rumah, terus nia sinsing lengan baju dan siang
ayam. Lepas tu nia rendam ayam dalam celupan tepung yang dah dicampurkan dengan
air dan biarkan selama 10 minit. Kemudian, nia celup ayam tadi dengan tepung
sebelum digoreng ke dalam minyak yang panas.
Siap
je ayam tu masak, nia pun bagi abah satu piring.
Abah
tanya, ‘bila masa pulak awak beli nugget ayam ni?’
Nia
jawab, ‘gong zhi, itu bukan nugget
ayam. Itu ayam goreng tepung bestari, gong
zhi.’
Abah
balas, ‘amboiiii, mentang – mentang baru lepas marathon drama Taiwan terus di ‘gong zhi’ kan kita.’
HAHAHAHAHA
Kalau
kau orang nak baca review drama Taiwan yang dimaksudkan oleh abah nia, kau
orang boleh klik link yang telah nia
letak di bawah ini. Dah habis baca, jangan lupa tinggalkan jejak kau orang di
ruangan komen tau :)
Resepi
Ayam Goreng Tepung Bestari
Bahan – bahan:
1. 500g isi ayam (dipotong dadu)
2. 2 cawan tepung bestari
3. 1/3 cawan air
Cara Memasak:
1. Gaulkan ayam yang telah dipotong dadu
bersama 1 cawan tepung bestari dan 1/3 cawan air. Gaul sampai rata dan biarkan
selama 10 hingga 30 minit.
2. Selepas 30 minit, gaulkan semula ayam
yang telah dicelup tepung dengan 1 cawan tepung bestari.
3. Panaskan minyak dalam kuali sebelum
mula menggoreng ayam tersebut.
4. Ayam goreng boleh dihidang panas –
panas dan dimakan begitu sahaja bersama sos ataupun nasi.
Selamat
mencuba semua.
:)
suka jugak guna tepung bestari ni, gaul je confirm rangup & sedap bila makan
ReplyDeletekaannnnnn, finger licking good gittewww. HAHAHAHA
Delete