Assalamualaikum
semua :)
Tak
dapat disangkal lagi, semakin hari semakin ramai wanita diluar sana yang
memilih untuk berhijab. Ramai para gadis diluar sana sudah mula sedar betapa
pentingnya mahkota mereka dan mengambil langkah untuk membalutinya agar hanya
mereka yang betul – betul layak sahaja dapat melihat mahkota tersebut.
Menyedari
akan hal ini, ramai peniaga mula mengeluarkan pelbagai rekaan tudung dengan
menggunakan berbagai jenis material untuk memenuhi keperluan dan juga kehendak
para pembeli khususnya kaum wanita diluar sana.
Antara
material tudung yang paling disukai dan digilai oleh ramai para gadis sekarang
ini ialah material yang tidak perlu digosok! Ironless bawal, shawl, mahupun
tudung sarung.
Bayangkan
ye.
Selepas
basuh tudung, kau orang letak je dalam bakul biar bergumpal – gumpal dengan tudung
yang lain. Bila masa nak pakai tudung, kau orang cari je tudung yang nak
dipakai dan terus sarung ke kepala. Tak payah gosok pun, elok je tak berkedut.
Tak perlu gosok pun, awning masih
tegak dan menderhaka. Tak payah risau awning
gelembung sana sini.
Seronok
ke seronok?
Nia
paling suka pakai tudung macam ni sebab nia memang malas gila nak gosok tudung.
Tudung ni, kalau salah gosok memang awning
takkan menjadi tau. Baik bawal mahupun shawl. Tapi bawal, kalau awning tak jadi memang boleh jadi mood swing satu hari weyh!
Sebab
tu, ada perempuan menghabiskan masa kadang – kadang tu lebih daripada setengah
jam dimeja gosok bila menggosok tudung. Kenapa? Sebab nak pastikan awning tudung mereka menjadi.
Bila
dia orang dah siap gosok tu dia orang akan gantung tudung kat memana, jangan
pulak kau gatal tangan nak pergi usik ataupun belek tudung dia. Sekali dia
nampak kau usik, setahun dia ungkit pasal awning
tudung dia tak jadi sebab engkau! Puas nanti dompet kau orang asyik menipis
sebab belikan tudung untuk menang hati dia balik. HAHAHAHAHA
Jadi
nia nak kongsikan kedai atas talian yang selalu jual shawl dengan material tak
payah gosok. Nia dah dua kali beli shawl dengan kedai yang diberi nama sebagai
PACCA ni. Shawl pertama yang nia beli dengan dia orang ialah Shawl Kedut.
Teruja punya pasal sampai lima helai nia balun. HAHAHAHAHA
Sepanjang
dua kali nia beli shawl daripada Pacca, nia sangat puas hati dengan material
yang dia orang gunakan sebab langsung takde rasa panas dan paling penting tak
berkuap. Sesetengah shawl, kalau dah lama pakai mesti akan ada bau yang tidak
menyenangkan. Dapat pulak kalau kita bekerja di bawah terik mentari. Memang
cepat je tudung akan berbau kalau material dia tak bagus.
Lagi
satu sebab kenapa nia beli shawl daripada Pacca ialah bidang tudung mereka yang
sangat besar. Kebiasaannya shawl yang berada di pasaran sekarang akan bersaiz
antara 1.8 m x 0.7 m, 1.8 m x 0.8 m, 2 m x 0.8 m ataupun 2.2 m x 0.8 m.
Tapi
Pacca punya saiz tidak termasuk dalam mana – mana kategori di atas sebab saiz
shawl dia orang biasanya berukuran 2.0 m x 1.4 m. Wow sangat ukuran shawl Pacca
bukan?
Mana
nia tahu ukuran tu? Nia ukur sendiri. Gigih kan? HAHA Kalau kau orang tak
percaya cakap nia, kau orang boleh suruh ladyboss
Pacca ukur shawl dia orang untuk kepastian kau orang semua.
Jadi,
kalau sesiapa yang biasa pakai tudung bidang 60 kau orang bolehlah terjah IG
Pacca dan beli shawl – shawl yang dijual oleh mereka. Dijamin puas hati! Tak
keterlaluan jugak untuk nia katakan bahawa semua shawl Pacca ni jenis alah
membeli menang memakai.
Sekarang
kau dah tahu pasal kewujudan Pacca, jadi sila serbu IG dia orang okey? Jangan
cakap nia tak payung, okeeyyyyy
Siapa
dah kenal Pacca sebelum ni, jom tinggalkan jejak kat ruangan komen.
:)
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)