Assalamualaikum
semua :)
Nia
berasa sangat marah, geram dan tak puas hati apabila ada orang melabel
perempuan – perempuan yang bertudung labuh dan berpakaian longgar ni semuanya
tak reti nak menjaga kebersihan diri sendiri serta berbau busuk dan kepam.
I be like, grrrrrrrrrrrrrrr! *terus
bertukar jadi singa nak membaham mangsa*
HAHAHAHAHA
Tak
semua perempuan yang memakai tudung labuh dan juga pakaian longgar tu tak reti
nak jaga kebersihan diri yee. Jangan terus jatuhkan hukum kepada semua kaum
hawa hanya disebabkan segelintir perempuan diluar sana yang melakukan perkara
tersebut.
Jadi
hari ni, nia akan kongsikan dengan kau orang semua beberapa cara untuk
mengelakkan badan dan juga pakaian daripada berbau busuk dan kepam walaupun
bertudung labuh dan berpakaian longgar.
Kepada
kakak – kakak cantik diluar sana, tolong sebarkan benda ni sekiranya berguna
untuk orang lain ye ;)
1 -
Mandi
Benda
paling asas sekali, bersihkan diri ataupun mandi.
Nak
wangi kan?
Nak
cantik kan?
Nak
orang sukakan?
Nak
orang dekatkan?
Jadi
tolong mandi setiap hari. Jangan mandi hanya dua hari sekali.
2 – Basuh
baju & tudung dengan betul
Basuh
baju, nampak macam senang kan?
Letak
baju dalam mesin, letak sabun, letak pelembut baju, keringkan baju, jemur,
siap!
Tapi
sebenarnya, kalau kau orang basuh tak betul baju dan tudung kau orang tu boleh menyebabkan
baju dan tudung tu berbau kepam tau. Jadi tolong, basuh baju dan tudung dengan
betul.
Lagi
satu, baju dan tudung kena basuh asing – asing. Kalau tak, rosak tudung kau
orang yang mahal tu.
3 –
Minyak wangi
Memang
orang perempuan tak boleh nak pakai wangi – wangi sebab takut timbul fitnah dan
juga menarik perhatian kaum lelaki.
Tapi
nia tak suruh kau orang pakai minyak wangi banyak – banyak sampai habis
empatpuluhlima botol. Sembur ataupun calit minyak wangi kau orang di bahagian
denyutan nadi sahaja.
Ataupun
kau orang sembur cukup sekadar untuk kau orang bau. Bukannya sembur sampai
baunya meredak satu bilik.
4 -
Deodorant
Kalau
ada diantara kau orang yang tak nak jugak pakai minyak wangi, tolonglah pakai
deodorant untuk menghilangkan bau ketiak masam kau orang tu.
Pilih
jenama deodorant yang paling sesuai dengan badan kau orang. Pilih deodorant
yang boleh menghilangkan bau ketiak masam ye. Jangan pulak pilih deodorant yang
lagi menambahkan bau ketiak masam kau orang tu.
Serupa
tak payah pakai deodorant kalau begitu jadinya, ye dak?
Islam
merupakan sebuah agama yang begitu mementingkan kebersihan. Jadi sebagai
seorang muslimah yang membawa imej Islam, kita sebagai perempuan ni kenalah
berusaha untuk membawa imej yang baik – baik sahaja untuk Islam. Itupun satu
jihad jugak.
Jadi
tolong ye, jaga kebersihan diri masing – masing tau.
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)