Assalamualaikum
semua :)
Okey,
sebelum nia bercerita panjang lebar tentang drama korea yang baru sahaja nia
habis tengok baru – baru ni. Nia nak bagitahu dua pengumuman dekat kau orang
semua.
1 –
Untuk review drama mahupun movie yang akan datang, nia akan letakkan
tahun tayangannya untuk rujukan kau orang semua.
Sebab
ada yang mengadu kata payah nak buat keputusan samada nak tengok ataupun tidak
sesuatu drama ataupun movie tersebut bila dia orang tak tahu tahun ianya
ditayangkan. Apa kaitan antara keduanya pun nia tak faham.
2 – Gambar
yang nia letak kat bahagian review tu nia dah besarkan.
Ada
juga yang mengadu dengan nia kata gambar tu kecil sangat jadi dia orang tak
nampak siapa pelakonnya. Macam – macam karenah kau orang ni kan? Nasib baiklah
nia ni sejenis yang memahami dan menyayangi, ku turuti jua kehendakmu walaupun
daku tak rela. HAHAHAHAHAHAHA
Itu
sahaja pengumumannya.
Jom
baca review drama korea kali ni.
* * * * *
Sung
Hae Sung meninggal dunia ketika berumur 19 tahun pada tahun 2005 akibat
daripada kemalangan. 12 tahun kemudian, tiba – tiba sahaja dia hidup semula
dengan penampilan pelajar sekolah menengah tinggi iaitu penampilan ketika dia
meninggal dunia dahulu.
Disaat
dia berasa gembira kerana dapat hidup kembali, dia mendapat tahu adik – beradik
serta neneknya hidup menderita setelah kematiannya pada 12 tahun dahulu.
Semuanya kerana dia dituduh sebagai seorang pembunuh.
Untuk
membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan pembunuh, Sung Hae Sung meminta
pertolongan daripada kawan – kawan serta adik – beradiknya untuk menyiasat
semula kes pembunuhan yang melibatkan dirinya itu.
* * * * *
Jalan
cerita ni santai dan sangat straight to the point. Direncahkan pula
dengan elemen persahabatan, hubungan adik beradik yang kembali rapat, setiakawan,
dsb.
Biasanya
kalau cerita yang melibatkan hero dituduh sebagai penjenayah ni mesti permainan
emosi tinggi kan? Tapi berbeza dengan cerita ni. Bukanlah nak kata cerita ni
tak sedap langsung, sedap. Tapi sebab fokus cerita lebih kepada Sung Hae Sung
dan kuasa ajaibnya, mungkin sebab tu permainan emosi tak tinggi.
Tapi
layan je drama ni :)
Tahun:
2017
Jumlah
Episod: 40
Rating:
3 / 5
Sumber
gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)