Assalamualaikum
semua :)
Hari
ni nia nak bercerita tentang makanan.
Pernah
tak kau orang semua perhatikan ataupun intai bekal makanan yang dibawa oleh
pelajar – pelajar kat sekolah kau orang?
Apa
makanan yang biasa dia orang bawak ke sekolah ye?
Biskut?
Keropok?
Roti?
Nasi
lemak?
Mee
kari?
Roti
canai?
Bijirin?
Gula
– gula?
Nugget?
Sosej?
Bubur?
M A
K A N
A N S
E M A
L A M?!
Kalau
ada diantara pelajar kau orang yang bawa makanan manis ataupun makanan jenis –
jenis jajan, kau orang buat apa?
Biarkan?
Kau
orang tahu tak, makanan yang ditelan pelajar – pelajar adalah salah satu punca kepada
perangai ataupun kelakuan dia orang semasa di sekolah mahupun ketika berada di
dalam kelas.
Kurang
fokus.
Lambat
membaca.
Sukar
mengira.
Tak
boleh duduk diam.
Mata
melilau.
Mengantuk.
Itu
semuanya sebahagian daripada masalah pembelajaran yang mungkin dialami oleh
pelajar sekiranya mereka terlalu banyak ataupun sering makan makanan tidak
berkhasiat.
Sebagai
seorang guru tadika, kau kena peka dan ambil tahu makanan yang dibawa oleh
pelajar – pelajar. Kalau dia orang bawa makanan yang boleh dikategorikan
sebagai jajan, tolong suruh dia orang simpan dan makan di rumah. Sekiranya ada
yang berdegil kata nak makan juga, cakap je nak makan boleh tapi kena makan
dengan cikgu.
Ataupun
kau orang semua boleh guna pakai kaedah nia. Siapa yang bawa jajan ke sekolah,
nia akan ambil dan buang terus ke dalam bakul sampah.
Nak
diikutkan peraturan sekolah, memang tak boleh makan benda – benda tu semua. Dan
ibu bapa memang telah dimaklumkan tentang perkara ni. Tapi yelah, yang mana
mengambil berat dan peduli tentang anak masing – masing akan ikut. Yang
sebaliknya akan buat tak endah je.
Lepas
tu dok mengadu dengan cikgu kata anak dia ada macam – macam masalah. Bila kita
bagi nasihat suruh ubah dulu tabiat pemakanan tak nak ikut. Macam lagi kita nak
tolong kan?
Jadi
cikgu – cikgu, tolong ye.
Pantau
makanan yang dibawa oleh pelajar – pelajar. Kalau ada kuasa untuk melarang
pelajar daripada menelan jajan tu semua, tolong larang mereka.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)