Friday, August 27

RANDOM: Sinus, Extreme vs Normal

Assalamualaikum semua :)

“Betul ke kau ni ada sinus sebenarnya? Aku tengok kau elok je. Takde pun bersin ke, mata merah ke, hingus meleleh ke apa. Sihat wal’afiat je. Muka pun cantik je, takde breakout apa semua.”

Ya.

Nia seorang pesakit yang menghidapi sinus.

Antara simptom yang biasanya nia alami ialah bersin dengan kerap di waktu pagi, mata berair serta bengkak, gatal hidung, gatal tekak, gatal mata, gatal telinga dan sakit kepala.

Nia bahagikan keadaan sinus yang nia alami kepada dua keadaan iaitu keadaan extreme dan juga keadaan normal.

Apabila penyakit sinus berada dalam keadaan normal, bangun sahaja daripada tidur nia akan bersin dalam dua tiga kali. Seterusnya akan menyebabkan mata sedikit gatal. Telinga, hidung dan juga tekak tidak berasa gatal. Sakit kepala juga tidak ada. Alhamdulillah di kebanyakkan hari sekiranya nia menjaga rutin pengambilan supplemen dan pantang larang makanan, beginilah keadaan nia.

Sinus dalam keadaan extreme? Allahu akhbar, seksa!

Bangun sahaja daripada tidur, nia pasti akan bersin dengan kerap. Malas nak bilang kekerapan nia bersin, buat menambah sakit kepala sahaja.

Bila sudah bersin dengan kerap, hingus pasti akan meleleh seterusnya menyebabkan hidung dan tekak menjadi gatal. Kalau tekak boleh digaru dari dalam, itu adalah satu nikmat yang nia tidak dapat nak dustakan. Hidung pun kalau boleh ditanggalkan, sudah pasti nia tanggalkan. Gatalnya, tidak boleh nak diungkap dengan perkataan.

Ouh ye, bila nia sudah mula berhingus, hidung nia akan jadi sangat sensitif dengan bau. Bau yang paling nia tak suka ketika hidung berair adalah bau asap rokok. Boleh jadi naik darah kalau nia terhidu bau ini. Silap – silap boleh bertumbuk!

Satu lagi, bila hidung berair juga akan menyebabkan nia mengalami sakit kepala yang teramat sangat. Jalan penyelesaiannya hanya satu iaitu tidur seketika.

Bersin dengan kerap juga menyebabkan mata nia jadi berair dan akhirnya mengakibatkan mata menjadi bengkak serta gatal. Ketika mata tengah gatal, nia kena tahan diri daripada menggosok mata sebab sekali sudah digosok payah nak berhenti weyh! Kadang sampai melecet bawah mata, nia gosok dek kerana gatal.

Kau orang nampak tak perbezaan antara keadaan sinus normal dan keadaan sinus extreme?

Setakat hari ini, masih belum ada lagi penawar yang boleh sembuhkan penyakit sinus ini. Nia sekadar mengambil supplemen untuk mengawal keadaan sinus. Antara supplemen yang nia ambil ialah habbatus sauda, madu kelulut dan TF Advanced Plus.

Bila ada sinus ni, nia kena pantang dua benda. Satu, habuk. Dua, udang. Dua benda ni memang cepat sahaja bertindak balas dengan sinus. Sekejapan sahaja mata sudah merah berair dan hidung rasa gatal – gatal.

Nia selalu berdoa agar sinus keadaan extreme ini datang ketika nia tengah bercuti dan bukannya ketika bekerja. Hilang mood nak buat kerja kalau bersin berpuluh kali sehari tau. Itu belum kira gatal mata, gatal hidung, gatal telinga dan yang paling teruk adalah sakit kepala berdenyut – denyut!

Ada jugak orang kata kat nia, ala setakat gatal – gatal hidung je, takdelah bahaya sangat penyakit ni.

Pernah dengar orang takde hidung?

Ya, punca mereka kehilangan hidung adalah disebabkan penyakit sinus / resdung. Penyakit ini kalau tidak dikawal, boleh rompong hidung jadinya nanti.

Selain itu, ada juga yang mukanya menjadi teruk disebabkan penyakit sinus ini. Berjerawat, kering dan sebagainya. Boleh hilang keyakinan diri dibuatnya.

Buat mereka diluar sana yang turut sama menghidapi sinus, nia doakan semoga keadaan kau orang semua bertambah baik hari demi hari dan sama – samalah kita kuat melawan sinus ini. Fighting!


Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.