Friday, October 15

KECANTIKAN: Rebonding 2021

Assalamualaikum semua :)

Setiap tahun, ramai yang singgah ke blog nia untuk mencari maklumat tentang rebonding. Macam – macam soalan yang nia dapat daripada kau orang semua. Jadi setelah beberapa tahun berlalu, nia rasa sudah sampai masanya untuk nia tulis entry baharu mengenai rebonding.

Seperti yang kau orang semua sedia maklum, sekarang ni satu dunia sedang bertarung melawan virus covid19. Makanya, industri salun dan kecantikan merupakan salah satu industri yang terkesan akibat virus tersebut di Malaysia ini. Jadi kerajaan mengambil langkah berjaga – jaga dengan menutup industri ini buat sementara waktu bagi mengekang penularannya.

Tapi nia bernasib baik sebab sempat menjejakkan kaki ke salun beberapa hari sebelum syawal menjelang tiba. Leganyaaaaaaa

Untuk pengetahuan kau orang, panjang rambut nia sudah mencecah ke paras pinggang dan bahagian bawahnya sangat kering, kasar serta nipis. Sebabnya nia pernah buat bleaching dan warnakan rambut sendiri. Ye, nia buat sendiri dekat rumah. Tak pergi buat dekat salun. Do I regret it? Heck yeah! I regretted it till today, sigh. Silly me.

Jadi stylist nia sarakan untuk potong sahaja rambut bahagian bawah tu. I cut a whooping 10 inches jugak kot! Nia mulanya tak nak potong rambut sebab sayang. Rambut dah panjang sangat dah tetapi disuruhnya potong?! Gi – la.

But then again, my stylist knows my hair condition best. Ini salah satu sebab penting untuk kau orang jumpa hair stylist yang bagus. Kalau boleh, sentiasa pergi dekat salun yang sama supaya mereka tahu keadaan rambut kau orang macam mana.

Setelah rambut nia dipotong pendek separas atas dada, stylist pun mulakan proses rebonding. It’s same old process tho.

Trim hair > put chemical > wash hair > blowdry > iron hair > put chemical > wash hair > steam hair > wash hair > blowdry > iron hair.

So, Q & A session.

 

Q: Harga rebonding.

A: Bergantung kepada salun yang kau orang pergi dan juga kepanjangan rambut masing – masing. Salun yang nia pergi ada dua harga. RM260 untuk ubat yang biasa. RM280 untuk ubat yang kuat. Nia pilih ubat yang kuat supaya kesan rebonding tahan lebih lama. Panjang rambut nia separas atas dada. Please take note, lagi panjang rambut kau orang, lagi mahal harganya yee.

 

Q: Lelaki boleh rebonding?

A: Boleh, sekiranya rambut kau orang cukup panjang.

 

Q: Lepas rebonding, rambut rosak tak?

A: Kalau tak dijaga, rambut memang akan rosak.

 

Q: Macam mana nak jaga rambut rebonding?

A: Pakai minyak rambut setiap kali lepas basuh rambut. Dan selalu jugak buat treatment rambut. Samada buat kat rumah ataupun kat salun.

 

Q: Rebonding tahan lama?

A: Kalau dijaga dengan elok dan guna ubat rebonding yang baik, rambut rebonding akan kekal selagi mana kau orang tak potong rambut tu.

 

Q: Rebonding atau relaxer?

A: Terpulang pada kesukaan masing – masing. Nia suka rebonding sebab tahan lama. Relaxer sekejap je, dalam tiga – enam bulan macam tu.

 

Q: Kena pakai syampu khas rebonding ke?

A: Sebaiknya pakai syampu khas tapi nia sendiri pun bedal je mana – mana syampu yang ada. Janji wangi! Hahahaha

 

Q: Berapa lama proses rebonding?

A: Tiga hingga lima jam.

 

Q: Boleh rebonding dan warnakan rambut sekali tak?

A: Kena tunggu enam bulan baru boleh buat. Tak boleh buat kedua – duanya sekali, nanti rambut akan rosak.

 

Q: Buat rebonding tapi tak buat treatment boleh?

A: Boleh. Kalau rambut rosak, sendiri tanggung.

 

Q: Pantang larang selepas buat rebonding.

A: Tak boleh basuh rambut selama tiga hari. Kalau rambut basah atau terkena air, cepat – cepat keringkan. Tak boleh ikat rambut. Tak boleh selitkan rambut belakang telinga.

 

Okay that’s all for this time, guys :)

Kalau ada apa – apa soalan yang kau orang nak tanya, jangan malu segan untuk tanya di ruangan komen tau. Semoga entry yang baru ni dapat membantu kau orang semua.



Sumber gambar: google.com

4 comments:

  1. Mmg dh x boleh ikat lsg ke or dalam mse 3 hri tu sy confius

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh ikat rambut ketat dan terlalu lama sebab nanti rambut jadi tak lurus. Masa tiga hari, ubat yang ada kat rambut akan menyerap. Jadi kalau ikat rambut, bentuk rambut akan berubah dan takkan jadi lurus.

      Kalau nak jugak pastikan ikat rambut secara longgar dan jangan lama sangat ikat tu.

      Semoga membantu :)

      Delete
  2. Antara rebonding dan treatment mana satu perlu buat dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut keadaan rambut. Kalau rambut sihat takde masalah, boleh terus buat rebonding. Kalau rambut ada masalah, kena buat treatment dulu baru buat rebonding.

      Semoga membantu :)

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)