DARI HATI: Fasa Baru, Lupakan Segalanya.

Assalamualaikum semua :)

Ada tak yang perasan nia dah padam segala penulisan nia yang lepas dalam blog ni? Bila nia baca – baca balik benda yang nia tulis dalam blog ni, terasa macam tak bermanfaat je. HEHE. Banyak merepek, banyak fangirling moment, banyak benda lagha, banyak gosip dan banyak lagilah.


Terasa malu pulak kalau esok lusa cucu cicit terjumpa blog ni dan dia orang baca isi kandungannya yang penuh dengan benda – benda mengarut dan tak berfaedah. Jadi, nia bercadang untuk padam segala penulisan dulu dan gantikannya dengan penulisan yang baru.


Untuk penulisan baru ni, nia harap nia dapat menulis dengan lebih baik dan bermanfaat untuk semua. Bukannya untuk mencari klik yang lebih banyak dan pengunjung yang lebih ramai. Tapi untuk menyebarkan ilmu yang berguna, mudah – mudahanlah.

Sumber gambar: google.com

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)