Sunday, October 22

INFO: Alahai, Poslaju!

Assalamualaikum semua :)

Hari ni nia nak meluahkan rasa tidak puas hati dengan perkhidmatan penghantaran ekspress oleh pihak PosLaju. Baru – baru ni nia ada beli tshirt muslimah secara atas talian. Penjual tu kata dalam 14 September nanti dia akan poskan barang ke alamat nia. Jadi, nia pun tunggulah barang sampai.

Tapi bila lepas 14 September tu, barang masih belum sampai lagi. Jadi, nia whatsapp balik dekat penjual dan minta tukarkan alamat penghantaran sebab nia tersilap bagi alamat rumah hari tu. Patutnya bagi alamat tadika sebab dekat rumah takde orang nak ambilkan barang.

Bila nia whatsapp balik tanya boleh tukarkan alamat ke tidak, penjual tu kata barang sudahpun dipos dan tanya samada nia sudah dapat parcel ke belum. Nia jawab belum sebab memang takde dapat barang lagi. Dia cakap barang nia dah lima hari ada dekat PPL Cheras.

Astaghfirullah al – Azim.

Berderau terus darah nia bila baca penjual tu tulis mengatakan barang dah lima hari tersimpan kat PPL Cheras. Cepat – cepat nia balas whatsapp minta nombor tracking parcel. Dapat je tracking number terus nia check kat website PosLaju untuk tahu parcel nia ada kat mana sekarang.

Dan memang betul, parcel tu dah lima hari tersimpan dalam stor barang PPL Cheras. Arggghhh! Sakit betul hati nia masa tu.

Kenapalah PosLaju tak bagitahu melalui mesej ataupun email untuk mengatakan bahawa parcel dah ada dalam simpanan dia orang dan perlu dituntut dengan kadar segera?

Had maksimum untuk menyimpan satu – satu parcel adalah selama tujuh hari sahaja, untuk makluman kau orang semua. Kalau kau orang tak tuntut parcel lebih daripada tempoh tersebut, barang akan dihantar semula kepada penjual.

Dan kenapa posmen yang hantar barang tu langsung tak telefon nia bila takde orang keluar untuk ambil barang? Apa gunanya nombor telefon nia tertulis atas kertas penghantaran tu kalau dia orang tak nak telefon sekiranya takde orang nak ambil barang?

Selalunya yang buat hal tak nak telefon penerima parcel ni adalah posmen Pos Malaysia dan bukannya posmen PosLaju. Posmen Pos Malaysia biasanya kerja dia orang hantar surat je. Kalau pin pin dua tiga kali takde orang keluar, dia orang akan jalan je. Tapi baru – baru ni kan Pos Malaysia dah gabung dengan PosLaju. Jadi, Posmen Pos Malaysia pun kena sekali hantar parcel.

Disebabkan dah terbiasa agaknya dengan kaedah kerja lama, bila kena ditugaskan menghantar parcel pun buat cara macam tu jugak. Pin pin dua tiga kali, takde orang keluar untuk ambil barang dia orang akan terus jalan je. Bukannya nak telefon ke apa. Alasan dia orang sebab dulu dia orang kerja takde kena telefon penerima surat.

Eh hello!

Itu surat, okey! Bukannya parcel. Orang bayar kos penghantaran mahal – mahal tapi akhirnya barang dipulangkan kembali kepada penjual sebab tak dituntut oleh pembeli. Padahal bukannya salah pembeli tapi salah Pos Malaysia sebab tak bagitahu barang dah lama tersadai dalam stor dia orang.

Tapi keadaan akan jadi berbeza dengan Posmen PosLaju. Dia orang tahu apa yang patut dia orang buat sekiranya takde keluar bila dia orang pin pin empat lima kali. Dia orang akan telefon tiga empat kali sebelum membawa semula parcel ke PPL masing – masing untuk penghantaran kali kedua.

Nasib baik nia ada whatsapp balik penjual tanya pasal pertukaran alamat. Kalau tidak, memang buta – buta je barang kena hantar ke penjual semula sebab tidak dituntut dalam masa yang sepatutnya.

Tak puas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PosLaju kali ini, nia telah menulis aduan dekat EFeedback tentang pengalaman pahit yang nia lalui ni. Kalau ada yang tak tahu dekat mana nak tulis aduan tentang Pos Malaysia ataupun PosLaju, kau orang klik je link yang nia dah sediakan kat bawah ni.


Dukacitanya, pegawai PosLaju langsung takde cakap nak ambil tindakan ke apa. Yang dia cakap, parcel cik telahpun dituntut oleh si fulanah. Sekian terima kasih.


Langsung takde cakap terima kasih atas cadangan yang nia berikan ataupun dia orang akan mengambil tindakan segera untuk memperbaiki masalah yang dia orang hadapi. Langsung takde!

HUHHH!

Berganda – ganda nia punya sakit hati!

Kau orang ada pengalaman pahit semasa menggunakan servis penghantaran PosLaju tak? Cuba kongsikan cerita dengan nia.



67 comments:

  1. so far setakat sekarang guna perkhidmatan poslaju takde masalah . barang sampai dengan selamat , kalau takde orang kat umah , poslaju akan selitkan borang minta tuntut barang di pejabat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya memang takde masalah apa dengan perkhidmatan PosLaju tapi baru - baru ni memang mencabar sikit sebab PPL tempat nia dah takde keluarkan resit parcel untuk barang yang tak dituntut.

      Kalau posmen telefon, barulah tahu yang barang nia beli tu dah dipos sebab tak semua peniaga online ni bagi tracking number walaupun sebelum tu beria cakap nak bagi.

      Disebabkan sekarang ni resit parcel dah tak digunakan lagi, nia cuma boleh bergantung kepada tracking number, panggilan daripada posmen dan juga SMS daripada PPL berhampiran rumah nia.

      Kalau tak, memang parcel kena hantar pada peniaga baliklah gamaknya.

      T.T

      Delete
    2. Sesetengah tempat ada posmen yg bertanggungjawab..sanggup guna wang tel sendri tel tuan punya brng...kerana posmen x dibekalkan dgn wang tel...senang cerita bertukarlah pda perhidmatan yg lain.

      Delete
    3. sy pernah poslaju hantar barang tp sy outstation. posmen call n tnaya mana nk letak barang. sy sruh bg jiran, then sy bg no ic n posmen sign kn. power posmen ni. luv u posmen.
      tp pernah kena gak mcm nia kena tu. tu mmg posmen pos malaysia. bkn posmen poslaju

      Delete
    4. Yd Miey: Iyeee, ada sesetengah posmen tu memang sangat bertanggungjawab dan bertimbang rasa. Boleh telefon kita tanya macam mana nak bagi barang tu. Ada yang baik hati, siap boleh kawtim dengan kita bila nak buat penghantaran semula supaya barang dapat kat tangan sendiri kalau kita takde di rumah.

      Delete
  2. Biasa dpt barang lambat sbb xpasti. Contohnya kita pos ke johor je..sbb hq mmg johor..tp brang kt shah alam. Pastu dorg patah balik hntr johor.. mula2 ingat dorang tsilap 1parcel kot.tp rupanya2 mmg konsep dorg..sy slalu pos brang customer mesti smpai shah alam dlu..xkirala nk hntr ke melaka. Seolah2 dorang xcek dlu..terus hntr shah alam then kt sana bru cek nk hntr ke mane.. jdi mmg smpai lmbatla..xmcm dlu bramg smpai awal 2ari.skrg 3-4 hari. Yg sy perasan klu xde org dorg tinggalkn 1resit bgthu suh collect..tp skrg dah xde.just hntr msg suh collect..xde kol dah..dorg mcm dah ubah sistemla..yg kelakarnya ada 1 barang customer ni tsilap pos mmg jauh..hntr guna flight plak tu..nk cepat.. masalahnya kite yg kena maki ngn customer sbb die cek tracking dah kt shah alam sbb die egt kita yg salah pos..padehal pos laju ubah konsep..mnyusahkan org jugak konsep die ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Nia sendiri pun dah kena dengan poslaju. Barang dipos daripada balakong tapi dia bawak pusing - pusing pergi shah alam, brickfields lepas tu baru sampai cheras.

      Masalahnya pulak, kalau barang tu tak disimpan lama dekat satu - satu PPL tak jadi hal apa. Yang jadi hal, bila dekat satu PPL tu barang kena simpan sampai dua tiga hari. Menyirap jee.

      Haah, sekarang ni memang konsep poslaju takde tinggalkan resit parcel tu. Posmen akan telefon dan buat penghantaran sebanyak dua kali sekiranya takde orang kat rumah. Kalau takde orang jugak pada hari kedua tu, PPL berhampiran akan hantar SMS suruh tuntut barang.

      Tapi itu terpulang kepada PPL jugak. Macam PPL dekat rumah, langsung takde hantar SMS.

      Delete
  3. So far okey lagi dgn poslaju ni.rabia selalu menang contest/GA kan.Poslaju akan hantar secepat mungkin lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nia gunakan khidmat poslaju ni dah masuk lima tahun dah. Sebelum ni takde seteruk ni perkhidmatan dia orang. Sejak dia orang tukar kepada sistem baru ni yang jadi macam - macam hal.

      Delete
  4. sebelum ni sha takde masalah dengan poslaju tapi kebelakangan ni memang selalu sangat barang sampai lambat. asyik ada kat satu ppl tu je padahal bukan hari cuti pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya. Periksa barang pakai apa entah sampai kena simpan parcel lama - lama dekat PPL dia orang.

      Delete
  5. dah 2 3 bulan poslaju buat mcm ni. Dari 14hari tinggal 7hari je waktu utk collect brg kalau xde kt rumah. Maybe posmen xde kredit kot waktu tu hntr brg awk. Diorg tak selit ke borang yg suruh amek brg kt poslaju tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katalah posmen takde kredit, takkanlah PPL pun takde kredit nak bagi SMS suruh ambil barang kat sana?

      Sekarang ni PPL dekat rumah nia dah tukar sistem. Takde pakai resit parcel dah. Semuanya bergantung kepada panggilan posmen dan SMS daripada PPL.

      Delete
  6. Yang tujuh hari boleh tuntut tu as in tujuh hari bekerja sahaja or tujuh hari tu campur sabtu ahad?

    ReplyDelete
  7. Betul.. Baru je trjadi kat sy.. Sy tggu 5 ari barang tp check no tracking diorang suruh pickup kat Ampang.. Diorang cakap dah hantar tp tkde orang kat rumah.. Bohong la.. Sy tkde kluar pegi mana2 pun.. Pastu buat penghantaran kali kedua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni memang nia pernah kena. Posmen hon tiga empat kali, takde orang keluar ambil barang terus dia jalan. Padahal kita baru nak pakai tudung, adoyaiiiii

      Delete
    2. Penghantaran kali kedua tu poslaju sendiri hantar,or kita yg kena call mintak second delivery? :')

      Delete
    3. Biasanya kita kena minta psolaju hantarkan barang buat kali kedua. Kalau malas nak telefon, buat aduan kat efeedback je. Cari option untuk second delivery attempt. Nia paling malas nak telefon poslaju sebab selalu sangat tak berangkat. Pegawai dia pergi mana entah. Letihhhhhh

      Delete
  8. Bru kena poslaju slh alamat..dia g hon umh jiran..mmg jiran xde..sya tau pn sbb anak jiran dtg hntr slip notis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mybe posmen skrg guna bangla hantar parcel. tu yg xgeti baca alamat. kah ka

      Delete
    2. Divine Mellina: Yes, ini memang nia pernah kena sekali. Nak kata penjual salah tulis alamat, nia tengok kat slip betul je alamatnya. Mata posmen juling agaknya, tu yang tak dapat nak baca alamat rumah dengan betul. HAHAHAHA

      Delete
  9. Saya baru kena ni dari jb ke jb jugak hari selasa hantar kaunter.then rabu pos lagi dua parcel...arini(sabtu) tergerak hati nak check yg parcel sy pos ari selasa ada kat klia..?? 🤣 entahla ape jadi lepasni tunggu jela naik cuti..walaupun post ke rumah kawan sendiri tapi tu barang dia membeli jadi serba salah. Doakan lah barang sampai. Sb lagi dua parcel da selamat sampai. Satu tu sangkut jauh pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, jauh betul ye barang tu merantau. Dapat - dapat nak dekat dengan raya ni, semua dok pakat buat jualan raya lah, jualan balik kampunglah. Harapnya barang tu selamat sampai ke tangan tuan dia. Bukan apa, bila satu - satu barang tu dah terlalu lama berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain nanti poslaju main buat keputusan sendiri peneriman barang takde kat rumah. Padahal posmen tak pernah sampai pun ke depan rumah.

      Nia pernah kena macam ni sekali dulu. Sakit hati jugaklah. Grrrrr

      Delete
  10. Barang sy stuck di pos laju dah 8 hari.. Ape yg perlu sy buat 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adududududu sayang, jangan biarkan barang lebih daripada dua minggu kat PPL. Kalau awak check tracking number parcel dan barang dah berada dekat PPL sekurang - kurangnya selama tiga hari tanpa sebarang cubaan penghantaran daripada poslaju, awak kena pergi ke PPL dan tuntut barang tu.

      Kalau barang terletak lebih daripada 14 hari dalam PPL, nanti dia orang akan hantar balik kepada penjual. Dengan alasan, takde orang datang tuntut barang. Dah rugi duit postage kat situ.

      Delete
  11. Kalau barang dah ada dekat mana2 cawangan pos laju yg dia mesej suruh ambil. Ada apa-apa dokument ke nak kena bawa utk ambil parcel? Mcm mna kalau brg tu bukan kita punya tapi kita tolong org belikan dari shoppe atau lazada tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut nama pada parcel tu.

      Kalau dekat parcel nama awak, bawa dokumen pengenalan diri sahaja.
      Kalau nama orang lain, kena ada borang wakil mengatakan awak adalah wakil bagi si fulanah untuk mengambil barang si fulanah. borang ni boleh dapatkan daripada PPL.

      Delete
  12. Kwn asyik tnye nape brg xsmpai.. bile tngk tracking..sudah seminggu barang saya pending...😠 Sepatutny dah sampai ke destinasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena selalu buat aduan dekat efeedback untuk selesaikan masalah ni. Kalau rajin, telefon poslaju hari - hari tanya status parcel tu.

      Delete
  13. Boleh ke call semula org pos untuk buat penghataran semula brg k rumah utk kali k2 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena call cawangan yg kita kena pergi collect parcel tu. poslaju ada tinggalkan note pemberitahuan untuk collect brg atau melalui mesej atau melalui email. Boleh rujuk no telefon tu utk bertanya berkenaan parcel kita yg tak sampai tu.tapi ada limit dia. Dlm 7hari je rasanya. Kalau tidak dia hntr balik.nanti kena bagi address baru utk buat penghantaran kali kedua. Sebab address lama dia tak jumpa. Hari tu saya buat cm ni. Dia hntr balik brg tu. Tapi sy guna address ofis utk penghantaran kali kedua.

      Delete
  14. Salam nia.. nk tanya , harini sepatutnya brg sy sampai. Tunggu2 x sampai pdahal dlm tracking no dh update item out delivery tu, pdahal ada kat umah je mmg .Xkeluar pum. Tetiba poslaju update delivery attempted..n lansung x tnggalkan notis untuk pick up kt poslaju sndri. Kalau camtu, poslaju akn buat second delivery x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bg alamat office utk brg dihntr sbb klau rumah tkut tak de org.. ahad masuk kerja, sbb sy dkt kedah, tp brg sy tak sampai lagi.. pdhal penjual dah pos dr minggu lepas.. sy tgk status tracking brg kne return balik dkt cawangan poslaju.. tanpa tinggal notis, sms atau call.. isnin pagi baru saya call cawangan poslaju, dan dapat tahu poslaju hantar barang saya hari sabtu.. sedangkan sabtu xkerja, xthu pulak sy sabtu pun poslaju kerja? .. lepas call baru penghantaran kali kedua dibuat, pada hari yg sama..

      Delete
    2. Waalaikumussalam, ya untuk pengetahuan poslaju sekarang ni bekerja dari isnin hingga sabtu. ahad sahaja dia orang cuti.

      Biasanya kalau penghantaran kali pertama tu tak berjaya, dia orang akan cuba hantar untuk kali kedua. Sekiranya tak berjaya jugak, dia orang akan suruh ambil barang kat PPL sendiri. Itupun kadang takde tinggalkan nota apa-apa. SMS takde. Telefon takde. Tahu - tahu dah kena hantar balik ke penjual.

      Sebab tu kena biasakan diri untuk minta tracking number dengan penjual setiap kali dia orang dah poskan barang. Bertegas sikit bila mintak tracking number tu sebab kadang - kadang ada penjual ni sayang sangat nak bagi tracking number kat kita. Nak buat apa entah dengan benda tu -,-

      Delete
  15. Poslaju skrng ni mmng suka mainkn orng ke apa? Item out for delivery utk 3 days tpi tk sampai². Pdhl kt rumah ad je orng 24 jam tk faham betul laa adoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal ni nia ada tanya sendiri dengan posmen yang hantarkan barang tu, dia kata kadang-kadang dalam satu hari tu ada banyak sangat parcel yang dia perlu hantar. Tempat yang dia kena hantarkan barang tu pulak ada yang jauh - jauh. Jadi kadang - kadang tak sempat nak hantar barang - barang tu pada hari yang sama. Sebab tu ada parcel yang sampai tiga empat kali attempted delivery dia.

      Delete
  16. check dkt track item out for delivery
    ..then tak sampai ckp delivery attempted..kena return balik dekat seller..eh apa nie..alamat kita betul ja..j&t hantar barang semua sampai ja..n cepat..dekat alamat yg sama..tak dak plak ckp alamat salah ka apa..tak faham laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu, kesiannya. Ini pun satu masalah jugak ni. Kadang website poslaju tak update dengan betul.

      Delete
  17. pmbetulan jer tentang posmen poslaju & posmen pos malaysia tu .. Poslaju tu under pos malaysia. pos malaysia adalah nama syarikat , & pos malaysia tbahagi kpd 3 bhgn , poslaju , posmel dan posniaga ..
    poslaju - menguruskan urusan bkaitan poslaju
    posmel - berkaitan phntaran surat2 dokumen biasa
    posniaga - urusan kaunter
    & hari ini kesemua bhgn tu telah bgabung menjadi 1 ,
    dan posmen posmalaysia yg awk mksudkan bawa surat tu adalah posmel,
    & kebiasaanya posmen akan call penerima sblm barang tu kena return ke pengirim jika brg yg di tuntut di pjbt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh baru tahu, terima kasih :)

      Delete
    2. andai kata kalau penerima emengency tiada dirumah adakah poslaju akan call penerima dahulu...dan bolehkah brg kita minta letakkan didlm pagar..

      Delete
    3. Kebiasaannya poslaju akan telefon penerima dulu kalau takde orang yang keluar utnuk ambil barang.

      Poslaju tak boleh nak tinggalkan barang tanpa mengambil maklumat penerima barang sebab kalau hilang ke apa, dia orang kena bertanggungjawab. Mungkin boleh cuba guna ezibox kalau ada kiosk ezibox poslaju yang berdekatan dengan kawasan rumah :)

      Delete
  18. Hai sis... mcm mn kalau barang kita tu sdh sampai di poslaju tp diorang blm update bahawa item tu blh d collect sdh... Tp sis brng sya yg smpai dkt poslaju tu lama sdh tp diorang blm update lg blh ka sya ambil bg tnjk tracking no shj dgn diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kalau area saya,, saya pergi direct ke pos office kalau dh smpai

      Delete
    2. Hai awak, kalau barang awak dah sampai kat PPL lebih dari dua hari tanpa ada sebarang cubaan penghantaran dilakukan awak boleh terus tuntut barang kat PPL. Bagi sahaja tracking number parcel dan juga nombor i/c awak kat pegawai yang bertugas.

      :)

      Delete
  19. Mcm mana pulak nak buat aduan diorang tersalah alamat ni 😣sepatutnya diorang hantar kat cust saya di johor..tapi bila cek status no tracking..sampai pulak di pos office terengganu😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak buat aduan, boleh pergi dekat website efeedback dia orang :)

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Kalau tersalah poskod macam mana ya? Saya tersalah bagi poskod kat seller. Adehhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi mana alamat penerima masih betul, sepatutnya tidak menjadi masalah. Kalau boleh lain kali pastikan poskod tu betul tau. Sebab dia orang akan asingkan barang mengikut poskod.

      Kalau poskod salah, barang tu akan berjalan merata tempat nanti. Dah makin lambat barang tu sampai ke tangan nanti. Takpe, jadikan sebagai pengalaman yeee :)

      Delete
  22. Barang stuck kat "Consignment Dispatch Out From Transit Office dah 6 hari,apa yang patut saya buat ya?Nak telefon mmng tak berangkat,dah email efeedback kat askpos dah tiga hari hari masih tak berjawab,caner ye kak?😥😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai :)

      Sekiranya awak beli barang semasa bulan puasa, barang memang akan mengambil masa yang agak lama untuk sampai. Paling kurang pun, seminggu baru barang akan sampai ke tangan.

      Sebabnya bila menjelang bulan puasa, parcel memang akan berlonggok banyak sangat dekat poslaju. Jadi sebab tu kalau boleh elakkan, jangan beli barang semasa bulan puasa. Kalau beli jugak, kena bersabar. Barang memang akan sampai tetapi lambat.

      Waktu - waktu ni jugak, website dia orang akan jammed. Jadi berapa banyak aduan pun yang dihantar, dia orang tak dapat nak balas. Bersabar ye tunggu parcel :)

      Delete
  23. Macam mana kalau Kita check tracking number..tapi dpt die kata your pick up attempt has failed..?.. maksud die apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya cubaan untuk ambil barang daripada seller tak berjaya.

      Delete
    2. Ape yg kita perlu buat ye kalau jd mcm ni?

      Delete
    3. Kena update semula dengan seller, tanya mereka tentang status barang yang dibeli.

      Delete
  24. Saya nak tanya,berapa lama barang akan disimpan di pejabat pos sebelum ianya akan dikembalikan kepada pengirim jika barang itu tidak dituntut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua minggu sahaja barang akan disimpan di PPL.

      Delete
  25. Nak tanya kalau item dah out for delivary tapi tak sampai sampai lagi pastu cek tracking katanya "Delivery attempted. Left a Delivery Arrangement Notice. Item will be kept for 7 days. Please contact AskPos: www.pos.com.my or the number on the Notice for delivery arrangements", maksudnya macam mana ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya penghantaran dah dibuat sekurang-kurangnya dua kali tapi takde orang yang ambil barang.

      Barang perlu dituntut pada PPL yang berkenaan dalam tempoh seminggu, kalau tidak barang akan dihantar semula ke pihak pengirim

      Delete
  26. Kalau sy tersalah bg alamat pd seller mcm mna ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bagitahu seller semula, sekiranya sempat dia orang boleh tukarkan alamat.

      Delete
  27. Sy tk slah bgi alamat cuma terkurang no rumah shja..y lain smua lngkp Dan betul..tpi beg dh seminggu msih tk smpai2 ..seller kata POS pkai POS biasa y bersetem..posmen akn hntr msuk dlm peti trus..hmmm..msalahnya no rumah terlupa tulis dlm alamat..n takde no tracking..jdi sy nk kna buat apa ye??mna sy nk tuntut brg sy??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pakai pos biasa, tak boleh nak tuntut dekat PPL. Lagipun takde tracking number, tak boleh minta dia orang carikan. Kena minta sendiri dekat tuan punya alamat yang salah tu.

      Delete
  28. Akak macam sayaa ni pulakk parcel dah post dekat seminggu still xde uldate no tracking call xberangkat check online pon kata x ade penghantaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu, kena check dengan seller balik. Kadang - kadang mereka cakap sahaja dah poskan barang tapi sebenarnya belum. Demand tracking number, kalau dia orang masih tak bagi minta refund.

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.