* Semua dah licin !!!*
Tuesday, August 29
SALE: Khas untuk Penyokong Kuat Blog Nia Emkay!
MOVIE: Cars 3
Assalamualaikum semua :)
Nia sudahpun selesai menonton cerita animasi Cars 3 tempoh hari
bersama dengan abah dan juga adik. Woohoooooo! *tepuk tangan* Nia
merupakan peminat cerita animasi Cars dan sebagai buktinya, nia telahpun
menonton kesemua siri cerita animasi Cars daripada yang pertama hingga yang
ketiga. HAHA
Okey, jom baca review tentang Cars 3.
*******
Kali ini, konflik yang dihadapi oleh Lightning McQueen adalah
Jackson Storm. Jackson Storm merupakan kereta lumba daripada generasi baru dan segala
– galanya tentang Storm adalah teknologi moden. Daripada reka bentuk kepada
latihan yang dijalani sehingga ke teknologi enjinnya. Segala – galanya adalah
baru dan moden.
McQueen mulai rasa terancam adalah pelumba – pelumba veteran
menarik diri daripada perlawanan satu demi satu kerana mereka perlu memberikan
ruang kepada pelumba baru untuk menyerlahkan bakat dan potensi masing – masing.
McQueen tidak mahu menerima hakikat bahawa dia sudah semakin tua dan tidak
mampu lagi untuk berlumba apatah lagi mahu mengalahkan Storm. Semua orang
menyuruhnya untuk bersara daripada sukan lumba kereta.
McQueen membuat perjanjian dengan penajanya untuk membiarkan dia
menentukan bila dia mahu bersara sekirany dia berjaya mengalahkan Storm.
Penajanya bersetuju dengan syarat McQueen mesti berlatih dengan bimbingan
Cruze, pelatih kereta lumba generasi baharu.
Sewaktu latihan, McQueen pergi ke tempat kelahiran Doc ataupun
Hudson Hornet yang merupakan mentor McQueen dalam sukan lumba kereta. Di situ,
dia pelajari satu benda penting. Walaupun semangat Doc untuk terus menceburi
sukan lumba kereta terpadam apabila dia dipaksa bersara bagi memberikan ruang
kepada pelumba baharu. Namun, disebabkan pelumba baharu jugalah dia kembali
menemui jiwanya yang hilang dahulu.
Tak faham? Kena tengok cerita ni sampai sudah, barulah kau orang
boleh hadam apa sebenarnya yang seketul nia nak bagitahu. HAHA
*******
Seperti mana cerita – cerita Cars sebelum ni, cerita kali ini turut
mempunyai jalan ceitanya yang tersendiri dan mampu untuk menarik minat penonton
agar mata terus melekat di skrin panggung wayang. Tapi apa yang pasti, cerita
kali ni lebih menyedihkan dan sangat menyentuh hati. Tambah – tambah bila
McQueen ambil keputusan untuk bersara daripada sukan lumba kereta. Opss! Dah
terbocorkan satu rahsia.
Walau bagaimanapun, kesudahan ceritanya sangat memuaskan hati nia
sebab McQueen mengambil keputusan yang sama sepertimana Hudson Hornet ambil.
Jadi, silalah ke panggung wayang yang berhampiran untuk mengetahui
nasib si merah yang perkasa, Lightning McQueen.
Sumber gambar: google.com
Wednesday, August 23
MOVIE: The Hitman’s Bodyguard & Bad Genius
Assalamualaikum semua :)
Baru – baru ni nia ada menonton dua cerita dekat panggung wayang
iaitu ‘The Hitman’s Bodyguard’ dan juga ‘Bad Genius’. Jom baca review
yang nia tulis tentang dua cerita ni.
*******
The Hitman’s Bodyguard merupakan sebuah filem lakonan Ryan Reynolds
dan Samuel L Jackson.
Cerita ni mengisahkan seorang pengawal yang bernama Michael Bryce.
Dia ni merupakan seorang pengawal yang sangat berkaliber dan mempunyai banyak
klien. Yelah, siapa yang nak bagi kerja dekat pengawal yang tak boleh melakukan
kerja dengan bagus, ye tak? Tambah – tambah lagi kalau klien tu merupakan orang
penting dalam pasaran – pasaran gelap ni. Terlibat dengan jualan dadah, senjata
haram dan sebagainya.
Tapi, kerjaya Bryce mulai jatuh merudum selepas klien dia daripada
Jepun bernama Kurosawa telah ditembak mati dalam pesawat depan mata dia
sendiri. Sejak daripada tu, dia bukan lagi seorang pengawal daripada Triple A
yang dimahukan oleh pelbagai orang – orang besar.
Amelia, bekas kekasih Bryce meminta tolong dia untuk menghantarkan
barang ke suatu tempat. Bryce enggan menerima arahan Amelia kerana dia
mengesyaki Amelia telah mengkhianati dirinya untuk mendapat kenaikan pangkat di
Interpol. Tapi, akhirnya Bryce menerima juga arahan tersebut setelah diugut
oleh Amelia.
Sebaik sahaja tiba di tempat Amelia berada, Bryce terkejut dan
terus sahaja bergelut dengan Darius Kincaid yang turut berada di situ. Bryce
tidak percaya bahawa ‘barang’ yang perlu dihantar dengan selamat itu adalah
Kincaid – lelaki yang berkali – kali cuba membunuh dia sebelum ini.
Cerita ni menyeronokkan sebab babak aksi dia sangat pantas dan
paling penting sound effect dia gempak. Bunyi bom meletup, tembak
menembak apa semua memang coolio habislah.
Cuma ada beberapa babak yang mungkin akan membosankan kau orang
sebab terlalu banyak perbualan antara Kincaid dan Bryce. Nia dah lupa dia orang
cakap pasal apa tapi babak Kincaid dan Bryce menbebel tu merupakan babak –
babak awal sebelum konflik terjadi. Kat situ jelah yang nia rasa agak
membosankan. Yang lain semuanya okey.
Nia paling suka babak bila Bryce merajuk dan membebel dengan
penjual minuman keras setelah dia mendapat tahu siapa sebenarnya pembunuh
Kurosawa a.k.a orang yang bertanggungjawab membuatkan dia terbuang daripada
syarikat Triple A. Dan juga babak dimana Bryce tercampak keluar daripada kereta
sebelum sempat dia cakap ‘I Love You’ dekat Amelia.
HAHA.
Antara dialog kegemaran nia ialah:
‘Really?’
‘What happens to the seatbelt rules?’
Tapi cerita ni sangat – sangat tak sesuai untuk kanak – kanak. Tahu
– tahu jelah kalau dah namanya filem aksi, kan? Darah merata – rata, adegan
bunuh – membunuh tu memang sangat ekstrem dan menyilukan. Lagi satu, bahasa
yang dia orang gunakan pun sangat tak elok untuk pendengaran kanak – kanak.
Perkataan ‘fuck’, ‘mother fucker’ boleh didengari dengan jelas dan tidak
terbilang banyaknya perkataan tu muncul.
So yeah, no kids allowed!
Rating: 4 / 5
*******
Bad Genius menceritakan kisah empat orang pelajar sekolah yang
bernama Lynn, Pat, Grace dan juga Bank. Lynn dan Bank merupakan pelajar yang
pintar dan mempunyai memori yang baik tetapi miskin. Manakala Pat dan Grace
pula merupakan pelajar yang lemah dalam pelajaran dan selalu gagal tetapi kaya.
Lynn tolong Grace tingkatkan gred pencapaian akademik dia sebab
Grace perlukan gred 3.25 ke atas untuk terus berada dalam kelab drama. Semasa
peperiksaan, Lynn tuliskan jawapan kat atas pemadam dan berikan kepada Grace. Nampak
tak kesungguhan Lynn nak menolong Grace kat situ? Kalau nia jadi Lynn, nia akan
cakap ‘biaq pi sama Grace, sapa sugho tak mau belajaq?’ Eh, tiba – tiba
tercakap utara pulak. HAHA
Tapi waktu babak ni memang serius membuatkan mata nia terpaku dekat
skrin. Nak mengunyah roti bakar pun tak jadi sebab babak ni saspens ditambah
pula dengan background music dia yang laju dan berdentum – dentum.
Pergh! Berdegup kencang jantungku.
Nak panjangkan lagi cerita, minah Grace ni pergi cerita dekat Pat
yang Lynn tolong dia semasa peperiksaan atas dasar Pat tu teman lelaki dia. Lepas
tu Pat pun cadangkan dekat Lynn supaya Lynn tolong dia dalam peperiksaan.
Pertolongan dia bukan secara percuma tau tetapi dibayar. Satu subjek 3000 baht.
Satu semester ada 13 subjek. Jadi untuk satu tahun tu, Lynn boleh dapat
sebanyak 234 000 baht.
Itu untuk seorang. Tapi Pat ada lagi lima orang kawan yang sanggup
bayar untuk dapatkan jawapan daripada Lynn agar markah mereka meningkat.
Mulanya Lynn keberatan dan ragu – ragu tetapi bila dia kira – kira keuntungan
yang bakal dia dapat dengan hanya memberikan jawapan betul kepada mereka, Lynn
terus bersetuju.
Keadaan mula tidak menyebelahi Lynn apabila Bank memberitahu guru
besar bahawa ada orang cuba menirunya dan Lynn tertangkap dengan kesalahan
memberikan jawapan yang betul dengan orang lain. Disebabkan itu, biasiswa yang
diberikan kepada Lynn ditarik kembali dan dia juga dilarang daripada memohon
biasiswa yang ditawarkan oleh negara Singapura.
Tapi! Cerita ni tak habis setakat itu sahaja.
Grace minta bantuan Lynn sekali lagi untuk memberikan dia jawapan
peperiksaan STIC sebab bapa Pat nak anak dia masuk universiti dekat Boston.
Tapi gred pencapaian Pat sebelum ni terlalu menghampakan orang tuanya dan
mereka berputus harapan mahu menghantar Pat ke sana. Lepas Pat bercinta dengan
Grace, terus sahaja keputusan dia meningkat naik secara mendadak. Orang tua dia
ingat Grace yang menjadi punca tetapi dia orang tak tahu Pat bayar dekat Lynn
untuk mendapatkan jawapan.
Jadi, Lynn mula merancang pelan untuk menjual jawapan STIC kepada
pelajar – pelajar di Thailand. Dia bersetuju untuk membantu Pat dan Grace
memasuki Universiti Boston dengan syarat mereka akan membawa dia belajar di
luar negara. Lynn memang bercita – cita untuk belajar di luar negara tetapi
impiannya itu terpaksa dilupakan apabila dia telah dilarang memohon biasiswa
daripada Singapura.
Kalau nak tahu apa yang terjadi selepas tu, kenalah tonton cerita
ni. Habis semua nia nak ceritakan, nanti dah takde mood nak tonton
cerita ni pulak. Ye tak?
Satu yang nia boleh cakap, babak Lynn memberikan jawapan
peperiksaan STIC tu lebih menarik perhatian dan sangat saspens berbanding
dengan babak sebelum ni. Nia jadi tak senang duduk dekat dalam panggung tu.
Kejap – kejap tarik nafas panjang, kejap – kejap cengkam tempat alas tangan tu
kuat – kuat. Kejap – kejap terangkat kaki. Punya saspens babak tu.
Jadi, jangan lupa tengok cerita ni tau.
Rating: 4.5 / 5
Sumber gambar: google.com
Monday, August 21
TIPS: Ajar Anak Hafaz Juzuk Amma
Assalamualaikum semua :)
Hari ni nia nak kongsikan beberapa tips yang berguna untuk para ibu
bapa diluar sana tentang cara – cara mengajar anak menghafaz Juzuk ‘Amma. Tips
ini boleh digunapakai untuk melatih anak kecil sedari umur 2 sehingga 6 tahun.
1 – Mula sikit – sikit
Jangan meletakkan target yang terlalu tinggi dan sukar untuk
dicapai. Contohnya, dalam masa seminggu anak dah boleh baca surah al – Fatihah
dengan surah an – Nas dengan betul dan lancar. Kena ingat ye, ini untuk melatih
anak kecil yang sifat semulajadinya suka bermain – main. Jadi, pengajaran
haruslah santai. Kalau target tinggi sangat, takut nanti anak itu terlalu
tertekan kerana sering dipaksa untuk membaca dan menghafal.
Mula sikit – sikit. Buatlah satu hari satu ayat sehingga mereka dapat
membaca dengan betul. Katakan dalam masa seminggu mereka sudah dapat menghafal
surah al – Fatihah dengan betul dan lancar, tambah lagi satu minggu untuk
pembacaan mereka jadi lebih mantap.
Sekiranya anak ambil masa yang lama untuk menghafal satu ayat, takpe.
Berikan mereka masa dan jangan paksa mereka untuk menghafal dengan cepat. Kalau
dipaksa nanti takut mereka jadi tertekan dan terus hilang minat untuk menghafal
lagi. Ingat ye, pengajaran secara santai.
2 – Setiap hari buat
Ye, kena buat setiap hari ataupun lima kali seminggu. Pendek kata,
buat pada hari bekerja iaitu Isnin sehingga Jumaat. Sabtu dan ahad bagi mereka
berehat daripada aktiviti hafalan. Tak perlu luangkan masa lama – lama pun.
Cukuplah sekadar 15 sehingga 30 minit setiap hari. Kalau lama – lama sangat
nanti, mereka jadi bosan pulak. Tempoh masa pendek takpe, janji kena buat hari
– hari.
3 – Pengulangan ayat banyak kali
Mula – mula perdengarkan dulu ayat yang mahu diajar kepada anak –
anak. Pastikan mereka melihat gerak mulut ibu bapa ketika ayat tersebut
dibacakan. Kemudian, minta anak – anak untuk ulang semula ayat berkenaan
sehingga 21 kali atau lebih. Ibu bapa boleh membantu dan membimbing anak – anak
sekiranya sebutan mereka tidak betul dan pembacaan mereka tidak lancar.
Itu sahaja tips yang dapat nia kongsikan dengan kau orang semua.
Harap – harap ianya berguna untuk para ibu bapa yang tengah mencari idea macam
mana nak latih anak – anak supaya boleh menghafaz Juzuk ‘Amma.
Friday, August 18
DRAMA: When A Snail Falls In Love
Assalamualaikum semua :)
Setelah beberapa bulan menghabiskan drama Taiwan yang bertajuk When
A Snail Falls in Love, baru hari ini nia berkesempatan untuk menulis review
mengenai drama ni. Durasi bagi setiap episod dalam drama ni adalah antara 30
hingga 35 minit sahaja.
When A Snail Falls in Love memaparkan kisah seorang gadis bernama
Xu Xu daripada Institut Psikologi yang diterima masuk ke dalam Unit Jenayah
Berat. Kapten Ji Bai tidak setuju dengan tindakan orang atasan membawa Xu Xu
masuk ke dalam Unit Jenayah Berat memandangkan Xu Xu tidak dapat melepasi Ujian
Kesihatan.
Kapten Ji Bai memberikan Xu Xu masa selama tiga bulan untuk berlatih
bagi melepasi Ujian Kesihatan yang bakal dijalankan nanti. Keputusan Ujian
Kesihatan tersebut akan menjadi penentu buat Xu Xu samada dia akal kekal dalam
Unit Jenayah Berat atau dihantar kembali ke Institut Psikologi.
Dalam masa tiga bulan tersebut, Xu Xu banyak membantu Unit Jenayah
Berat dalam menyelesaikan kes – kes mereka dengan menggunakan pengetahuannya
dalam bidang psikologi. Sedikit demi sedikit, Ji Bai mula menerima kehadiran Xu
Xu dalam Unit Jenayah Berat dan mula mengambil berat tentang Xu Xu.
Ketika mereka sedang menjalankan operasi penangkapan Brother Lu, Zhao
Han telah ditembak manakala Yao Meng pula ditikam oleh Brother Lu yang berjaya
melarikan diri daripada pihak polis. Xu Xu menyalahkan dirinya di atas kejadian
yang menimpa Zhao Han dan Yao Meng membuatkan dia berjanji untuk menangkap
Brother Lu sehingga dapat.
Mengetahui tekad Xu Xu untuk menangkap Brother Lu, Ji Bai memberikan
dia latihan intensif bagi meningkatkan daya ketahanan fizikal dan juga stamina
Xu Xu. Setelah latihan intensifnya tamat, Xu Xu diterima masuk ke dalam pasukan
Ji Bai yang ditugaskan untuk menangkap Brother Lu.
Nia suka sangat dengan karakter Xu Xu dalam drama ni. Pertama sebab
dia pandai melukis. Setiap kali dia tengah menyelesaikan kes ataupun sudah
menyelesaikan kes, pasti dia akan melukis kembali babak – babak yang dia lalui
di dalam diari miliknya. Lukisan dia pulak semuanya comel – comel sebab
berasaskan haiwan. Xu Xu merupakan siput, Ji Bai pula singa, Zhao Han adalah
badak air dan Yao Meng ialah khinzir.
Kedua sebab dia seorang ahli psikologi. Nia tak tahu kenapa tapi
nia memang suka betul dengan orang yang ambil jurusan psikologi. Nia terasa
macam dia orang sangat genius dan cool sangat – sangat sebab dapat
membaca fikiran orang dan mengetahui tindakan yang akan mereka ambil.
Sesiapa yang terasa nak beralih arah daripada drama Korea, bolehlah
tengok drama When A Snail Falls in Love ni. Cerita dia tak berat sangat dan
terlalu banyak babak romantik. Sesuailah untuk orang yang baru nak beralih arah
daripada drama Korea.
Jumlah Episod: 21
Rating:
4.8 / 5Sumber gambar: google.com
Monday, August 14
SHOP: Shaklee Independent Distributor (SID)
Assalamualaikum semua :)
Boleh tak nia tahu ada berapa orang di kalangan penyokong kuat blog
Nia Emkay ni merupakan pengguna setia produk – produk keluaran Shaklee? Sila
komen ‘SAYA!’ banyak – banyak kat ruangan komen di bawah.
Untuk pengetahuan kau orang semua, nia pun merupakan salah seorang
daripada berjuta pengguna setia produk – produk Shaklee. Semuanya bermula
ketika nia tengah sibuk mencari minuman protein yang sesuai diminum oleh kaum
wanita. Cari punya cari, gelongsor punya gelongsor nia pun terjumpa dengan
dengan dua buah IGShop dekat Instagram.
Satu, Irine Nadia punya iaitu irinenadiabeauty. Ye, Irine Nadia
yang juga merupakan seorang blogger popular tu. Ibu kepada tiga orang anak –
anak comel iaitu Fiska Medina, Hasya Tasneem dan Umar Fahri.
Dua, Ain Atiqah punya iaitu aintyqah. Ain merupakan seorang siswi
di MEDIU. Ambil jurusan apa, nia tak pasti sebab tak pernah pulak bertanya
tentang benda tu. KIKI
Apa bezanya antara kedua – dua SID ni? Jom baca sampai habis untuk
ketahui perbezaan antara mereka berdua ataupun kedua – dua kedai ini.
1 – Ain Atiqah @aintyqah.shaklee
Ain menawarkan harga murah dan berbaloi kepada para pelanggannya
yang bukan daripada kalangan ahli Shaklee. Untuk ahli Shaklee pulak macam mana?
Mestilah harga yang ditawarkan jadi lebih murah dan berbaloi – baloi!
Kepada para siswa dan siswi yang sedang mencari supplemen tambahan
ataupun minuman protein untuk menambahkan tenaga, bolehlah terjah IGShop
aintyqah.shaklee untuk tengok produk – produk yang dijual. Kalau berkenan, bolehlah
terus berurusan dengan Ain.
Jangan risau, Ain ni peramah dan sopan orangnya. Layanan yang
diberikan kepada pelanggan – pelanggannya juga baik dan bersantun. Macam mana
nia tahu? Nia pun salah seorang pelanggan kedai aintyqah.
2 – Irine Nadia @irinenadiabeauty
Dekat kedai irinenadiabeauty, terdapat pelbagai jenis produk dan merchandise
Shaklee. Antara yang popular ialah set berpantang, set kurus lengkap, set weight
gain, shaker, pill box dan juga stack container.
Kelebihan membeli dengan irinenadiabeauty ni, setiap pembelian akan
disertakan dengan hadiah percuma tetapi ada syarat – syarat yang perlu
dipatuhi. Harga yang ditawarkan pula merupakan harga biasa di pasaran dan lebih
kurang sama sahaja dengan harga yang ditawarkan oleh SID yang lain.
Sekiranya kau orang berminat nak membeli barangan Shaklee dengan
irinenadiabeauty, bolehlah jenggah IGShop dia. Kalau ada yang berkenan di hati,
terus whatsapp Irine Nadia dan bertanya tentang produk berkenaan.
Setakat itu sahaja perkongsian nia kali ini, semoga ianya
bermanfaat kepada mereka – mereka di luar sana yang sedang mencari SID yang
sesuai kriteria pencarian mereka. Ewaaaah. HAHA
Nota kaki: ini bukannya iklan berbayar ataupun paid review, ini
ikhlas punya perkongsian daripada nia.
Sumber
gambar: google.com
Labels:
malaysia,
online shop,
review,
tips lain - lain,
tips/info,
tuan tanah
Friday, August 11
TIPS: Rebonding VS Relaxing
Assalamualaikum semua :)
Memandangkan banyak sangat keyword rebonding dan relaxing
yang sesat ke blog nia ni, jadi nia tulis sekali lagi soalan – soalan yang
popular mengenai rebonding dan relaxing.
1 – Apa beza rebonding dan relaxing?
Rebonding: Proses meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia
dan juga straightening iron.
Relaxing: Proses meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia
dan juga hair dryer.
2 – Harga
Rebonding: RM 200 – RM 600 (mengikut kepanjangan dan ketebalan
rambut)
Relaxing: RM 200 – RM 400 (mengikut kepanjangan dan ketebalan
rambut)
3 – Tahan Berapa Lama?
Rebonding: Satu tahun ataupun selagi mana kau orang tak potong
rambut rebonding tersebut.
Relaxing: 6 bulan.
4 – Mana Lebih Berbaloi?
Rebonding lebih berbaloi sebab efek lurus dekat rambut tu akan
tahan lebih lama berbanding dengan relaxing. Tapi, bergantung kepada ubat yang
hairdresser guna jugak. Kalau dia guna ubat murah, efek lurus tu cuma boleh
bertahan selama 6 bulan sahaja. Jadinya, cari salun yang tidak menggunakan ubat
murah. Selain merosakkan rambut kau orang, ubat murah jugak akan menyebabkan
efek lurus tidak tahan lama.
5 – Senang tak cari perkhidmatan ni?
Rebonding: Mana – mana salun rambut ada menyediakan perkhidmatan
ni.
Relaxing: Hanya salun rambut yang terletak di bandar sahaja ada
menyediakan perkhidmatan ini dan salun rambut yang eksklusif.
6 – Lelaki boleh buat ke?
Rebonding: Boleh takde masalah.
Relaxing: Boleh takde masalah.
7 – Hasilnya macam mana?
Rebonding: Rambut akan jadi sangat lurus dan teratur seperti
penyapu padi ataupun pembaris. Walaupun rambut ditiup angin kencang dan kuat,
rambut tetap akan jadi terurus dan paling penting tidak kusut.
Relaxing: Rambut akan menjadi lurus tetapi bukan seperti pembaris.
Lebih kepada lurus semulajadi dan nampak seolah – olah sudah di blow dry.
8 – Dah buat tapi hasilnya tak memuaskan hati, macam mana?
Rebonding: Pergi balik ke salun rambut dimana kau orang buat
perkhidmatan rebonding dan minta dia orang buat kembali mengikut kehendak kau
orang.
Relaxing: Sama juga, pergi balik ke salun rambut dimana kau orang
buat perkhidmatan rebonding dan minta dia orang buat kembali mengikut kehendak
kau orang.
Harap
– harap entry kali ni dapat menjawab pertanyaan kau orang semua yang dok
mencari mengenai proses rebonding dan relaxing dalam blog nia ni.
Sumber gambar: google.com
Labels:
malaysia,
tips kecantikan,
tips lain - lain,
tips/info,
tuan tanah
Subscribe to:
Posts (Atom)