Friday, December 8

INFO: Poslaju Menyusahkan Pelanggan?

Assalamualaikum semua :)

Nia pasti semua pembaca blog nia ni merupakan pengguna setia ataupun pernah menggunakan servis penghantaran ekspres PosLaju untuk menghantar barang ke suatu tempat. Kebanyakkan pelanggan yang menggunakan servis PosLaju merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan secara atas talian ataupun usahawan yang baru memulakan perniagaan masing – masing.

Kalau kau orang semua ada baca komen – komen yang ditinggalkan oleh para pelanggan Poslaju dekat Facebook, Instagram dengan Twitter dia orang, kau orang boleh nampak ramai yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan penghantaran ekspres mereka berbanding mereka yang berpuas hati.

Antara sebab yang diberikan oleh mereka semua ialah dia orang kena ambil sendiri barang yang tersebut dekat Pejabat PosLaju (PPL) berdekatan ataupun di Ezibox yang berhampiran dengan rumah masing – masing, parcel berjalan ke serata tempat ataupun berpindah daripada satu PPL ke PPL yang lain, parcel disimpan dekat satu – satu PPL terlalu lama, penghantar barang tidak menelefon penerima parcel apabila tiada orang keluar untuk mengambil barang dan sebagainya.

Persoalannya, betul ke PosLaju ni menyusahkan pelanggan – pelanggannya?

Macam pengalaman nia sendiri dalam menggunakan perkhidmatan PosLaju dalam tempoh lima tahun ni, hanya sekali sahaja PosLaju buat hal dengan tidak menghantar parcel ke rumah. Itupun sebab website dia orang dalam proses maintenance dan tak boleh nak update tracking number parcel. Jadi bila dia orang tak dapat nak update tracking number parcel, penghantaran barang tak boleh dilakukan. Itu apa yang pegawai poslaju cakaplah.

Pasal parcel berjalan merata – rata sampai tersesat ke PPL yang tidak berkaitan dengan kawasan perumahan nia tu dah banyak kali nia kena. Pernah sekali tu, parcel nia ada PPL Balakong. Sepatutnya parcel tu dihantar ke PPL Cheras tapi tak. Parcel tu berjalan daripada PPL Balakong pergi PPL Brickfields pergi Pusat Mel Nasional baru sampai ke PPL Cheras.

Haa, nampak tak betapa jauhnya parcel tu berjalan? Daripada Balakong pergi Brickfields pergi Shah Alam dan patah balik ke Cheras. Hailaah, nasib baik nia tak pernah beli makanan secara atas talian. Kalau tak, memang berkulatlah makanan tu jadinya sebab dibawa jalan merata – rata tempat. TSK TSK.


Parcel tersimpan lama dekat satu – satu PPL. Yang ni lagi – lagilah dah biasa nia kena dengan poslaju. Paling sekejap dia orang simpan parcel adalah satu hari. Paling lama tiga empat hari. Kalau masa tu cuti umum, boleh maafkan lagi. Tapi masa hari bekerja pun parcel terperap lama – lama jugak. Apa yang nak diproseskan pun nia tak tahu.

Lepas tu bila telefon perkhidmatan pelanggan, tak pernahnya nak berangkat. Talian dia orang tu manjang je sibuk. Kalau tak sibuk, pegawai perkhidmatan pelanggan dia orang takde dekat pejabat ataupun keluar rehat. Apa gunanya dia orang suruh pelanggan – pelanggan telefon perkhidmatan pelanggan kalau begini gayanya?


Sekiranya kau orang semua pernah mengalami pengalaman – pengalaman yang nia sebutkan tadi, kau orang semua boleh membuat aduan secara atas talian di laman sesawang pos Malaysia yang dikenali sebagai efeedback. Kau orang tulis aduan tu banyak – banyak, baru dia orang akan layan.

Nia pun dah pernah buat aduan kat EFeedback jugak tapi cerita tu nia akan kongsikan dalam entry yang lain sebab entry ni dah panjang sangat. Kang kau orang bosan pulak baca celoteh nia panjang – panjang.

Senyum je memanjang walaupun poslaju selalu buat nia sakit hati, HAHA


EFeedback: https://efeedback.pos.com.my
Sumber gambar: google.com

10 comments:

  1. Klu mcm saya ayah saya pos barang dri kL pada 30/5 smpi skr tak smpi lgi..bila check barang ad kt kelantan dh tpi tak smpi rumh lgi..perlu ke saya pgi tebus sendiri abarng tu kt pejabat pos laju??

    ReplyDelete
  2. Kalau barang tu memang dah sampai lama dekat pejabat tapi takde penghantaran dibuat, boleh sahaja nak pergi tuntut. Pastikan awak tulis siap - siap tracking number parcel dekat kertas sebab dia orang akan minta nanti.

    Oh ya, kad pengenalan jangan lupa bawak tau :)

    ReplyDelete
  3. Sy oder barang 30hb6..dan barang dihantar keluar dri wangsamaju pada 01/06..check tracking number sepatutnya saya received brg pd harini..tggu2 brg xsampai..sekali check lg tracking number barang sy tu dah ada org lain received..masalhnya sy xkenal pun org tu..skrg brg tu xdpt dekat tgan sy..xthulh poslaju hntr rumah siapa..sy minta detail pos dekat seller apa yg seller masukkan detail sy semua betul..i’m so frust...jd nk kena call poslaju nk tnya kt mane brg sy tu..😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu Akhbar, takziah atas masalah yang awak hadapi.

      Ika boleh telefon customer service poslaju dan bagitahu apa yang terjadi ataupun boleh juga membuat aduan dekat laman web efeedback.

      Delete
  4. Semlm pos laju hantar parcel tp x ada sesiapa di rumah. Bila minta hantar buat kali ke 2, x boleh... Dia ckp sy sendiri kena ambik kat tmpt mereka.. Masalah sekrg.. Sy area gombak.. Mcm mana brg sy boleh sampai segambut... Pening²...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nia pun pernah kena dengan situasi macam ni jugak. PPL yang uruskan penghantaran barang jauh daripada rumah. Kebiasaannya nia suruh mereka letak dalam gril pintu rumah sahaja.

      Kalau mereka tak boleh nak buat penghantaran kali kedua, memang kena pergi ambil sendiri di PPL. Jangan biarkan lebih seminggu, nanti barang akan dihantar semula ke pihak pengirim.

      Delete
  5. Kalau seller pun taknak bagi tracking number, macam mana nak detect barang kita ada kat mana ya ? Boleh ke hubungi ke poslaju tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau seller tak bagi tracking number, tak boleh nak tengok status barang. Sebolehnya, minta dengan dia orang. Bagitahu alasan mengapa, rumah takde orang ke, PPL berhampiran rumah bermasalah ke.

      Delete
  6. Macam mn ye sis klu kita lambat ambik barang tu..pastu lbh 7hari pos laju back end ke tempat lain..nk tuntut blik😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau dah lebih tujuh hari, barang akan dikembalikan kepada seller. Tengok status parcel, kalau masih ada di PPL boleh tuntut lagi. Kalau dah dipulangkan kepada seller, kena berurusan dengan mereka semulalah.

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.