Wednesday, November 22

BLOG: Eh, Blog Baru Ke Tu?

Assalamualaikum semua :)

Ada tak sesiapa yang perasan dengan perubahan wajah baru blog milik seketul nia emkay ni? Ada tak ada tak? Kalau ada sila taip ‘Cantiknya blog!’ banyak – banyak kat bahagian komen. HAHA.

Pada bulan September yang lalu, blog nia telah bertukar kepada wajah yang baru. Kalau dulu nia menggunakan gabungan warna ungu dan silver, kali ini nia menggunakan warna merah jambu dengan kelabu pulak. Satu lagi perubahan yang paling ketara adalah latar belakang blog. Dulu penuh dengan bunga – bunga halus tapi sekarang ni dah kosong. Nia memang minta dekat designer blog untuk kosongkan latar belakang tu. Saja nak bertukar selera kali ni. HEHE

Header dah mantap. Bohemian style lagi. Header tu memang nia minta kat designer blog supaya buat jenis bohemian style. Ini semua sebab terpengaruh masa tengah tengok design – design logo untuk kedai along nia hari tulah. Nampak macam cantik dan cun je, tu yang minta designer buat style cenggitu. Nasib baiklah designer faham dengan kehendak nia yang mengada – ngada ni. HAHA

Tabs blog nia pun dah kemas tersusun. Cantik pulak tu dia terbentuk kat atas tu. Sedap je mata ni merenung. Lepas tu nia punya sidebar menu pun dah lawa, ada penambahan popular post dan juga chat box. Penambahan tu dibuat oleh designer blog nia sebenarnya. Nia tak minta pun benda tu sebenarnya tapi designer masukkan siap – siap. Terharu betul bila tengok blog jadi cantik macam ni.

Dan paling penting kat bahagian About Me tu ada gambar seketul nia emkay yang comel ni, BAHAHA. Masuk bakul angkat sendiri.

Secara keseluruhannya, nia rasa puas hati sangat – sangat dengan perubahan wajah baru blog nia ni. Sejujurnya, nia tak sangka langsung blog nia akan jadi secantik, secomel dan selawa ini sebab harga yang designer blog bagi untuk pakej full edit blog tu sangat murah. Nia bajet – bajet kalau harga murah mesti design blog nia jadi biasa – biasa je. Takdelah cantik dan cun mana.

Sekali bila designer bagitahu blog dah siap dan suruh tengok template sementara nia tu, terus nia jadi tenganga. Ayat yang terkeluar daripada mulut nia adalah ‘Ya ALLAH, apasal cantik sangat design blog yang dia buat ni?!’ Rasa tak percaya dan gembira memang membuak – buak dalam jiwa nia masa tu. Kalau designer ada kat depan mata, memang dah peluk kuat – kuat dah dia masa tu.

Jadi, siapakah orang yang bertanggungjawab mengubah wajah blog nia ni?

Orangnya adalah Sis Hawaaaaa *tepuk tangan*

Sekiranya kau orang berminat nak membuat tempahan edit blog dengan Sis Hawa, sila email ataupun mesej Sis Hawa melalui Facebook. Jangan risau, Sis Hawa ni peramah orangnya. Mesti kau orang tak kekok nak bercerita dengan dia. Dan paling penting, harga untuk servis yang Sis Hawa tawarkan adalah sangat murah!

Kenapa nia cakap harga untuk servis edit blog yang Sis Hawa tawarkan ni adalah murah? Sebab sebelum nia pilih Sis Hawa sebagai designer blog nia, nia dah survey dulu dah harga yang biasa designer blog tawarkan. And guess what? Harga yang dia orang tawarkan semuanya atas daripada RM 100! *pengsan*

Memanglah akan ada yang kata, ‘berbaloilah tu RM100, ingat senang ke nak design blog orang? Nak main – main dengan code apa semua, nak cari idea lagi. Bukannya boleh guna design blog yang sama je.

Nia tak cakap pun tak berbaloi, memang berbaloi pun harga tu. Tapi kalau nak keluarkan RM 100 semata – mata untuk menukarkan wajah blog, nia rasa tak berpatutan. Lagipun nia bukannya pakai domain pun. Kalau pakai domain mungkinlah nia tak rasa ralat sangat untuk keluarkan duit sebanyak tu untuk design blog yang baru.

Apa – apa pun, pilihan ada di tangan kau orang. Nak yang murah ataupun yang mahal, itu terpulang kepada kau orang. Nia hanya memberikan cadangan sahaja *senyum*

Blog Sis Hawa: http://www.sishawa.com/
Email Sis Hawa: sishawadesign@gmail.com


No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.