Wednesday, December 13

SHOP: Mem Watches

Assalamualaikum semua :)

Siapa pernah dengar tentang MEM (disebut mim, bukannya mem) Watches? Mem Watches ni merupakan salah satu jenama syarikat yang menjual jam tawaf di Malaysia sekarang. Mem Watches ni juga kelihatan semakin popular dan sudah mula mendapat tempat di hati peminat – peminat jam tangan yang menginginkan satu kelainan. Eceewaaaah~ HAHA.

 

Baru – baru ni nia ada ternampak orang post kat Instagram pasal jam tangan tawaf daripada Mem Watches. Jam tangan tawaf ni berlainan sikit daripada jam tangan biasa sebab pergerakan jarum jam tu bergerak melawan arah jam. Macam pergerakan pusingan tawaf tu. Lepas tu, yang membuatkan jam tangan tawaf ni jadi lebih istimewa sebab nombor – nombor dia dalam tulisan jawi.

Haaa, rare ke rare?

Disebabkan jiwa nia telah terikat dengan keistimewaan – keistimewaan yang ada pada jam tawaf ni, terus sahaja nia pesan Mem Verso Leather Ruby Eve kat laman web Mem Watches. Untuk makluman kau orang semua, kesemua jam tangan daripada Mem Watches ni terbahagi kepada dua kategori iaitu Adam untuk lelaki dan juga Eve untuk perempuan.

  

Tapi design jam tangan tu sama je, kalau perempuan pakai yang Adam punya pun bukan orang boleh kenal. Yang membezakan antara jam tangan Adam dan Eve ni ialah saiz jam tangan tersebut. Adam punya lebih besar daripada Eve.

Nia ambil yang nombor jenis Arabic Dial punya sebab nak bagi nampak lebih eksklusif dan bergaya. HAHA Lepas tu, nia tambah ukiran nama. Jumlah keseluruhan termasuk dengan kos penghantaran ialah RM 183.40.

Berbaloi ke berbaloi?


Murah ke murah?

Bagi nia harga ni sangat berbaloi dan terlampau murah kalau nak dibandingkan dengan jam tangan nia yang sebelum ni jenama Nixon. Kau orang tahu berapa harga dia? RM 4++. *pengsan* Dahlah tali dia tak boleh kena peluh langsung, cepat berbau busuk. Lepas tu, takde keistimewaan apa – apa langsung.

HUH!!

Menyesal beli jam tu.

Kalau kau orang berhajat untuk melakukan urusan jual beli secara atas talian macam nia, jangan risau pasal pembayaran. Sebab dia orang ada sediakan banyak pilihan bank. Cimb Clicks ada, Maybank2U ada, RhB ada, Bank Rakyat ada, Bank Islam ada, segalanya adalah. Oh! Paypal pun ada juga tau.

 

Tempoh pesanan diproses adalah antara 1 hingga 3 hari sekiranya kau orang pesan jam tangan sahaja tanpa ukiran nama. Kalau kau orang pesan jam tangan beserta dengan ukiran nama, tempoh pesanan diproses mengambil masa antara 5 hingga 7 hari.

Pesanan akan diproses pada hari bekerja sahaja iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad adalah hari cuti mereka dan pesanan kau orang takkan diproses pada hari berkenaan sekiranya kau orang membuat tempahan pada hari tersebut.

Kalau kau orang jenis yang tak sabar, kau orang boleh terus pergi ke kedai dia orang yang terletak di seri kembangan. Macam abah nialah hari tu. Bila tengok nia pakai jam tangan daripada Mem Watches tu, terus melonjak – lonjak keinginan untuk beli satu jugak. Dan – dan abah ajak nia pergi ke kedai Mem Watches untuk beli satu. HAHA

  

  

Pasal tracking number pun kau orang tak payah pening kepala. Nanti pihak Mem Watches akan hantar tracking number melalui email kau orang. Jadi pastikan kau orang bagi alamat email yang masih aktif dan kau orang kena sentiasa periksa email untuk mengetahui status pesanan kau orang.

Laman web Mem Watches:

Alamat kedai Mem Watches: 
2A-G Jalan Equine 1H, Pusat Komersil Equine, Equine Park, Bandar Putra Permai 43300 Seri Kembangan Selangor Malaysia

Nombor Telefon:
03 8957 1555 (MALAYSIA)

Waktu Operasi:
(Monday – Friday, 9 a.m. – 5 p.m. MT)


Email:



3 comments:

  1. Kaella pun ada dua bijik jam macamni, dua dua kena bagi hadiah bufday. Hehe tapi kaella dpt jenis besi tu, dah jadi macam nyawa kedua hehe

    ReplyDelete
  2. Kaella pun ada dua bijik jam macamni, dua dua kena bagi hadiah bufday. Hehe tapi kaella dpt jenis besi tu, dah jadi macam nyawa kedua hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan pakai jam ni? rasa terlebih unik dan glamour. HAHAHA

      Delete

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.