Assalamualaikum semua :)
Baru – baru ni tadika nia ada buat lawatan sambil belajar ke Kilang
Coklat Beryl’s dan juga Farm in the City. Aktiviti yang kita orang buat kat
kilang coklat tu tak banyak pun. Sekadar ambil gambar kat luar, dengar sejarah
pasal pembuatan coklat, tengok pekerja kilang proses coklat secara langsung dan
beli coklat kat kedai dia orang.
Itu je.
To be honest, the students weren’t really that excited to come here
because there’s nothing interesting to them here.
Untuk masuk ke Kilang Coklat Beryl’s ni kau orang tak perlu bayar
apa – apa. Masuk adalah percuma.
Bila dah selesai beli coklat, kita orang pun bertolak ke Farm in
the City. Nia tak ingat harga tiket untuk kanak – kanak dengan dewasa berapa.
Tapi kalau kau orang datang secara rombongan, harga tiket adalah RM 22 untuk
kanak – kanak.
Aktiviti yang kita buat kat sini banyak jugaklah dan yang paling
penting budak – budak semua seronok buat aktiviti tu. Antara aktiviti yang kita
orang buat adalah bagi rakun makan, belai ular (yang ni nia tak buat, geli
weyh!), memancing dalam longkang, bagi arnab makan kemudian usap dan dukung
dia, bagi ikan makan, tengok pertunjukan burung kakak tua dan bagi kura – kura
makan.
Ya, kebanyakkan aktiviti melibatkan kita orang bagi haiwan makan
sebab budak – budak ni semua takut nak pegang dan usik haiwan – haiwan tu
semua.
Kalau ada diantara kau orang yang nak bercadang nak pergi Zoo
Negara, lebih baik kau orang pergi sini. Aktiviti yang kau orang boleh lakukan
adalah berbaloi dengan harga tiket yang kau orang bayar. Kalau kat Zoo Negara
kau orang kena haiwan daripada jauh, tapi kat Farm in the City tak macam tu.
Siap boleh dukung, belai, bagi makan apa semua kat sini.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)