Friday, December 22

VISIT: Farm in the City & Kilang Coklat Beryl’s

Assalamualaikum semua :)

Baru – baru ni tadika nia ada buat lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Beryl’s dan juga Farm in the City. Aktiviti yang kita orang buat kat kilang coklat tu tak banyak pun. Sekadar ambil gambar kat luar, dengar sejarah pasal pembuatan coklat, tengok pekerja kilang proses coklat secara langsung dan beli coklat kat kedai dia orang.

Itu je.

To be honest, the students weren’t really that excited to come here because there’s nothing interesting to them here.



Untuk masuk ke Kilang Coklat Beryl’s ni kau orang tak perlu bayar apa – apa. Masuk adalah percuma.

Bila dah selesai beli coklat, kita orang pun bertolak ke Farm in the City. Nia tak ingat harga tiket untuk kanak – kanak dengan dewasa berapa. Tapi kalau kau orang datang secara rombongan, harga tiket adalah RM 22 untuk kanak – kanak.


Aktiviti yang kita buat kat sini banyak jugaklah dan yang paling penting budak – budak semua seronok buat aktiviti tu. Antara aktiviti yang kita orang buat adalah bagi rakun makan, belai ular (yang ni nia tak buat, geli weyh!), memancing dalam longkang, bagi arnab makan kemudian usap dan dukung dia, bagi ikan makan, tengok pertunjukan burung kakak tua dan bagi kura – kura makan.

    

  

  

 

  

  


Ya, kebanyakkan aktiviti melibatkan kita orang bagi haiwan makan sebab budak – budak ni semua takut nak pegang dan usik haiwan – haiwan tu semua.

  

  

 

  

  

  

  


Kalau ada diantara kau orang yang nak bercadang nak pergi Zoo Negara, lebih baik kau orang pergi sini. Aktiviti yang kau orang boleh lakukan adalah berbaloi dengan harga tiket yang kau orang bayar. Kalau kat Zoo Negara kau orang kena haiwan daripada jauh, tapi kat Farm in the City tak macam tu. Siap boleh dukung, belai, bagi makan apa semua kat sini.

  

  

  

 

 





So, better to come here than National Zoo.

No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)