Assalamualaikum semua :)
Ada tak di kalangan pembaca blog nia ni menggunakan kaedah isolation
room ataupun bilik pengasingan untuk mendisiplinkan anak masing – masing?
Sebenarnya, dekat tadika nia dan guru – guru yang lain menggunakan
kaedah isolation room apabila pelajar tiba – tiba mengamuk tak tentu
pasal, menangis dan meraung tanpa henti dan situasi – situasi lain yang
berkenaan.
Kami akan letak pelajar dalam satu bilik berasingan daripada
pelajar – pelajar lain. Kalau boleh, tutupkan lampu sekali. Biar gelap dalam
bilik tu. Jangan keluarkan pelajar terbabit selagi mereka belum bertenang dan
boleh kawal emosi dia orang.
Tujuan kami letakkan pelajar dalam bilik pengasingan ni bukannya
nak mendera mereka, jauh sekali untuk menakut – nakutkan dia orang semua.
Sebaliknya nak beritahu mereka dan pelajar – pelajar yang lain bahawa mereka
perlu kawal emosi masing – masing.
Nak menangis, boleh.
Nak meraung, boleh.
Nak mengamuk, boleh.
Tapi bila cikgu suruh bertenang, mereka perlu bertenang. Jangan
selamanya nak menangis, meraung dan mengamuk bagai kat tadika.
Terangkan jugak dekat mereka kalau mereka buat macam tu, mereka
akan mengganggu para pelajar lain yang berada di kelas.
Kebiasaannya nia dan cikgu – cikgu yang lain takkan guna kaedah
bilik pengasingan selagi mana kita orang boleh pujuk dan kawal emosi pelajar.
Tetapi kalau dah keterlaluan sangat, baru kami letak mereka dalam bilik
tersebut.
Itupun tak lama.
Cukup sekadar lima minit sahaja.
Kalau pelajar masih lagi tak bertenang, panjangkan lagi masa untuk
mereka berada di dalam bilik tersebut.
Dan paling penting, jangan bagi sesiapa masuk bilik berkenaan.
Mainan pun tak boleh ada dalam bilik tu. Biar mereka tahu bahawa mereka berada
dalam bilik tersebut kerana mereka sedang didenda.
Selalunya nia guna kaedah ni pada awal – awal tahun ataupun pada
bulan Januari sahaja. Sebab masa tu pelajar masih lagi baru dan tak dapat nak
sesuaikan diri dengan suasana persekolahan.
Bila mereka dah biasakan diri dengan suasana persekolahan, nia
takde guna kaedah ini lagi. Sebab mereka tahu, kalau mereka tak kawal emosi
sendiri nanti mereka akan didenda.
Arghhh, rindunya dengan kelas lama T.T
Kau
orang semua guna kaedah apa untuk disiplinkan anak kat rumah ataupun tadika?
Jom kongsikan dengan nia.
Belanja satu gambar dengan Annisa Qanitah
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)