Assalamualaikum semua :)
Bulan Januari yang lepas, ada empat orang pelajar daripada
Cybernatics datang ke tadika untuk menjalani latihan praktikal mereka selama
sebulan.
Adatlah.
Dah namanya pelajar praktikal kan? Mestilah dia orang datang ke
tadika tu untuk menimba ilmu dan menambahkan pengalaman yang sudah sedia ada
untuk mempersiapkan diri ke arah menjadi seorang guru tadika. Tapi nia berasa
sangat tak puas hati dengan sikap beberapa orang pelajar praktikal tersebut.
Antaranya ialah dia orang langsung tak tolong jaga budak – budak
semasa proses pembelajaran dan pengajaran sedang berjalan. Sibuk main telefon
pintar masing – masing dan buat rancangan pengajaran harian (RPH).
Sedangkan dari awal lagi dah maklumkan dekat dia orang yang dia
orang kena tolong guru kelas pantau budak – budak dan kawal mereka semasa sesi
PDP sedang berjalan.
Tapi harammmmmmm.
Masa kelas tengah berjalan, masa tu jugaklah dia orang sibuk nak
buat RPH.
Masa budak tengah perlukan kawalan, masa tu jugaklah dia orang nak
cari bahan bantu mengajar untuk kelas petang nanti.
Menyirap je darah nia.
Itu satu hal.
Satu hal lagi, cara dia orang bersihkan baju pelajar yang terkena
najis seperti kencing dan tahi.
Kat tadika, ada disediakan dua tiga biji baldi untuk kegunaan guru
bagi tujuan merendam pakaian, mengemop lantai dan sebagainya. Tujuan pihak
pengurusan sediakan banyak baldi supaya takdelah cikgu guna baldi kat dalam
bilik air yang digunakan untuk menadah air.
Tapi bila budak praktikal datang, dia orang rendamnya baju budak –
budak yang terkena najis dalam baldi yang kita orang guna untuk tadah air tu.
Baju yang nak dicuci bersih cuma sehelai tapi air sampai satu baldi penuh.
Membazir betul.
Patutnya tanyalah nak rendam baju budak – budak ni dalam baldi mana
ataupun nak buat apa dengan baju budak yang terkena najis tu. Ini tidak. Main
buat ikut suka hati dia orang je.
Lepas tu, sabun pulak melambak – lambak dalam baldi. Bukannya dia
orang nak bersihkan balik baldi yang dah penuh dengan sabun tu. Biarkan je
macam tu. Bila budak nak mandi waktu petang, dah takde air bersih nak
digunakan. Puas nak kena tunggu air penuh dalam baldi baru boleh mandikan budak
– budak.
Stress betul bekerja dengan orang yang tak tahu nak buat kerja tapi
malas bertanya. Acah – acah semua benda dia reti buat sendiri. Kalau tak
menyusahkan orang lain, takpe lagi. Ini tidak, buang masa orang je nak kena
bersihkan benda yang dia tinggalkan.
HUH!!!
Siapa
ada pengalaman bekerja dengan budak praktikal? Cuba kongsikan sedikit cerita
kau orang dengan nia.
Senyum walaupun tengah marah, HAHAHA
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)