Assalamualaikum semua :)
Lama dah rasanya nia takde kongsikan resepi baru kat sini. Kali ni,
nia nak kongsikan resepi kuey teow goreng yang diturunkan oleh abah nia. Punya
sedapnya kuey teow goreng ni sampaikan bertambah tiga pinggan pun tak sedar.
HAHA
Jangan tak tahu. Abah nia ni sebenarnya memang handal bila disuruh
memasak kat dapur. Cakap je nak suruh masak apa, mesti abah boleh masak. Masak
kicap, sambal sardin, sambal tumis, nasi lemak, masak lemak cili api. Segalanya
abah boleh buat.
Cuma abah malas nak menunjukkan kemahiran memasak abah tu je. Sebab
kalau abah dah tunjuk kemahiran memasak dia, memang anak dara dia seorang ni
goyang kaki jelah kat rumah. HAHA
Okey, balik kepada topik asal.
Bahan – bahan:
Satu bungkus kuey teow
5 bii bawang merah (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 genggam ikan bilis (dikopek dan dibersihkan)
7 biji bebola ikan (dipotong bulat)
Cara memasak:
Rendam kuey teow dalam air biasa dan biarkan selama setengah jam.
Kalau rendam dengan air panas, biarkan selama lima minit sahaja. Nanti jadi
kembang sangat pulak. Bila dah kembang, toskan kuey teow.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan ikan bilis yang sudah
dibersihkan tadi. Goreng ikan bilis sehingga garing.
Masukkan pula bawang merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik
bau wangi. Kemudian, masukkan pula bebola ikan. Biarkan selama satu minit.
Masukkan pula kuey teow dan goreng bagi sebati dengan bahan – bahan
tumisan tadi.
Dah siap!
Boleh dihidangkan dengan teh o panas dan juga telur dadar yang
dipotong nipis. Perghhhh! Meleleh air liur dibuatnya.
Thanks for sharing awak. InsyaAllah semoga bermanfaat untuk semua yang membaca.
ReplyDeletehttps://ikashoid.blogspot.my/2018/02/book-review-kau-sayangku-by-bikash-nur.html?m=1