Assalamualaikum semua :)
Siapa diantara kau orang semua ni yang nak tengok drama korea tapi
tak nak menghabiskan masa lama – lama menghadap komputer riba? Kalau ada, review
kali ni nia tujukan khas untuk kau orang sebab drama kali ni cuma ada dua
episod sahaja.
Yes, you read it correctly. Only two episodes for this particular
drama.
*******
Oh Kyung Whee merupakan seorang pelajar yang selalu dibuli ketika
berada di sekolah dulu. Ketika dia mengambil keputusan untuk membunuh diri, Han
Na Bi menjumpai kertas wasiatnya dan menyuruh Oh Kyung Whee untuk terus hidup
kerana mempunyai seseorang untuk bergaduh adalah lebih baik daripada hidup
keseorangan.
Walaupun Han Na Bi menolong Oh Kyung Whee melalui hari – harinya
daripada dibuli oleh pelajar lain tetapi dia tidak boleh melawan apabila
dipaksa untuk membuli Han Na Bi pula. Akibatnya, Han Na Bi menjauhi Oh Kyung
Whee dan tidak lagi bercakap dengannya. Beberapa hari kemudian, Oh Kyung Whee
mendapat berita bahawa Han Na Bi telah membunuh diri. Dia menyalahkan dirinya
sebagai punca Han Na Bi membunuh diri.
*******
Walaupun drama ni mempunyai jalan cerita yang senang difaham dan
sangat menarik perhatian nia tapi nia tak berapa setuju bila mereka masukkan
elemen membunuh diri sebagai satu jalan penyelesaian kepada masalah yang
dihadapi oleh kedua – dua watak utama.
Oh Kyung Whee mengambil langkah untuk membunuh diri sebanyak dua
kali kerana tidak tahan dibuli oleh kawan – kawannya. Tetapi dia bertemu dengan
Han Na Bi yang menyelematkan dia daripada membunuh diri. Han Na Bi pula
membunuh diri apabila dia mendapat tahu kawan baiknya yang koma akibat daripada
kemalangan jalanraya telah meninggal dunia.
Selain daripada elemen membunuh diri, nia sukakan drama ni.
Jumlah episod: 2
Rating: 4 / 5
Sumber
gambar: google.
okay nice.. lepas nie boleh tengok cite nie.. e'in memang selalu tengok drama korea kat website..
ReplyDeleteNia minat nak tengok drama ni sebab Lee Yoo Bi. Best tak drama ni?
Delete