Assalamualaikum semua :)
Ada tak di antara kau orang semua yang pernah dengar lagu Sayangi
Anak Yatim by Omar & Hana?
Sejak – sejak nia bergelar guru tadika ni, semua lagu kanak – kanak
nia dengar dan hafal lirik dia. Pink Fong, Didi and Friends, Upin & Ipin
dan yang terbaru adalah Omar & Hana.
Macam manalah nia tak hafal lagu – lagu tu semua kalau dah setiap
hari budak – budak ni dok menyanyi sakan kat tepi telinga nia? Bukan setakat
menyanyi je, siap ajak pulak kita ni menyanyi sama. Kalau tak turut kemahuan
dia, mulalah nak merajuk.
inilah antara muka yang selalu ajak teacher menyanyi :D
Kalau ada yang tak pernah dengar lagi lagu Sayangi Anak Yatim tu,
sila klik video yang nia dah sertakan siap – siap kat bawah ni.
Okey, dengar dah?
Apa yang menarik perhatian nia tentang lagu Sayangi Anak Yatim ni
sebenarnya irama lagu tersebut. Irama lagu ni sama dengan irama lagu jepun
iaitu Grandpa’s Clock by Ken Hirai.
Macam mana nia tahu?
Sebab nia merupakan peminat tegar lagu Grandpa’s Clock yang
dinyanyikan oleh Ken Hirai ni. Nia mula – mula sekali kenal dengan Ken Hirai ni
masa dengar OST drama Kiken na Aneki bertajuk Pop Star. Rentak dia sangat catchy
dan lirik dia pulak sangat bermakna. Sejak daripada tu, memang nia kumpul lagu
– lagu yang dinyanyikan oleh Ken Hirai.
Sekiranya ada yang tak pernah dengar lagu Grandpa’s Clock, kau
orang boleh klik video kat bawah ni untuk dengar lagu tu.
Amacam?
Sedap tak lagu tu?
Dah beratus kali dengar pun, nia tetap juga boleh jatuh cinta
dengan lagu ni. Suara Ken Hirai pun mendayu – dayu kedengaran di halwa telinga
nia haa. HAHAHA
Sumber video: youtube.com
Sumber
gambar: google.com
Dah agak dah irama ni daripada satu lagu yang biasa dengar dulu, tapi tak dapat nak ingat lagu apa. Thanx tolong ingatkan :)
ReplyDeleteSuka tak dengar lagu ni? Sama - sama, terima kasih sudi singgah sini :)
Delete