Assalamualaikum semua :)
Ini merupakan salah satu cerita basi yang telah lama diperap dalam
komputer riba nia. Kalau cerita ni boleh dijeruk, memang dah masuk kategori sedap
sehingga termimpi – mimpi dah. HAHAHA
Sebelum ni nia dah pernah kongsikan Tips Penjagaan Muka Cara Nia
Emkay dekat dalam blog ni. Kalau kau orang semua terlepas entry
tersebut, sila klik link yang nia dah sediakan kat bawah ni.
Selepas nia tulis tips penjagaan muka tu, ramai pulak yang minta
nia kongsikan tips penjagaan rambut dekat blog ni. Untuk tidak menghampakan kau
orang semua, kali ni nia akan kongsikan tips penjagaan rambut.
Untuk pengetahuan kau orang semua, penjagaan rambut cara nia emkay
mempunyai tiga peringkat keseluruhannya.
1 – Syampu
Sila cari syampu yang bersesuai dengan keadaan rambut kau orang
semua. Kalau kau orang punya rambut ada masalah kelemumur, cari syampu untuk
rambut kelemumur. Kalau rambut kau orang kasar, cari syampu untuk rambut kasar.
Setiap keadaan rambut yang berbeza, mempunyai syampu yang berbeza.
Jangan pulak tengok kawan kau orang punya rambut kerinting dan bersinar, terus
kau orang tanya dia pakai syampu apa dan terus pergi beli kat kedai lepas tu
lumur kat kepala.
NO!
Tak semestinya syampu yang sesuai dengan keadaan rambut orang lain
akan sesuai dengan keadaan rambut kau orang jugak. Walaupun keadaan rambut kau
orang sama sekalipun, tak semestinya syampu yang sama akan sesuai dengan rambut
kau orang.
Untuk mencari syampu yang sesuai dengan kau orang, kau orang perlu
gunakan kaedah trial and error. Nia sendiri pun ambil masa dua tiga
tahun untuk mencari syampu yang sesuai dengan keadaan rambut nia.
Lagi satu nia nak pesan, syampu rambut dekat bahagian atas sahaja
ye. Kalau bahagian kulit kepala kau orang tu. Jangan syampu sampai ke hujung
rambut. Terutama sekali untuk yang berambut panjang.
Tujuannya untuk mengelakkan rambut daripada cepat rosak, bercabang
dan juga mudah putus.
Tips: Jangan pakai syampu yang sama untuk tempoh masa yang panjang.
Kalau boleh, dua tiga bulan sekali tukar pakai syampu lain pulak.
2 – Perapi
Bila hujung rambut kau orang mempunyai minyak yang cukup, rambut
akan jadi lebih bersinar, mudah diurus dan tidak mudah putus.
Biasanya rambut yang dekat atas ataupun dekat kulit kepala dah
diberikan minyak yang cukup sebab kulit kepala kau orang tu ada keluarkan
minyak semulajadi. Jadi, jangan letakkan perapi kat bahagian kulit kepala.
Kalau tak nanti rambut kau orang akan jadi semakin berminyak dan kelemumur akan
tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Nak ke kelemumur tumbuh merata kat kulit kepala?
Tips: Seminggu sekali, basuh rambut kau orang dengan menggunakan
perapi sahaja tanpa menggunakan syampu langsung. Rambut akan jadi lebih lembut
dan kuat kalau diamalkan untuk jangka masa yang panjang, insya Allah.
3 – Merawat
Dua kali seminggu, kau orang perlu rawat rambut kau orang dengan
menggunakan topeng rambut. Terpulang samada kau orang nak gunakan topeng rambut
yang dijual dekat kedai dan pasaraya ataupun kau orang nak gunakan kaedah
minyak panas.
Cadangan nia, kau orang gunakan kaedah minyak panas sebagai rawatan
pertama dan biarkan selama satu jam. Kemudian, kau orang pakai pulak topeng
rambut daripada mana – mana jenama dan biarkan selama satu jam ataupun
semalaman.
Lagi kerap kau orang buat rawatan rambut, lagi cantik jadinya
rambut kau orang.
Tips: lepas lumurkan topeng rambut ataupun minyak dekat rambut,
pastikan kau orang balut rambut dengan tuala ataupun anak tudung. Lebih baik
kalau kau orang balut dengan tuala panas.
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)