Assalamualaikum
semua :)
Adudududududududu,
habuk tebal gila kat blog ni.
Kejap
nia tiup sikit habuk – habuk ni biar nia nampak segala tapak kaki yang sering
tinggalkan jejak kat sini.
Kepada
mereka yang sudi singgah dan rajin tinggalkan jejak kat blog nia ni, terima
kasih tidak terhingga nia ucapkan. Walaupun dah agak lama nia menyepi daripada
menulis, ada jugak yang masih sudi bertandang ke mari yeeee. Ai is terharuuuuuu
HAHAHAHA
Sebab
utama nia menyepi daripada menulis blog kerana tuntutan kerja yang banyak. Yang
mana nak cari bahan mengajar, yang mana nak tulis RPH, yang mana nak fikir deko
kelas, yang mana nak bekejar dengan murid. Macam – macam lagilah.
Masa
nia nekad nak menyepi daripada penulisan blog tu memang terasa masa sangat tak
cukup dan nia memang dah hilang minat nak membebel panjang kat blog ni lagi.
Sebab masa tu memang sibuk gila dengan kerja – kerja dekat tadika.
Untuk
sesiapa yang masih lagi tertanya – tanya samada nia masih lagi bergelar seorang
cikgu tadika ataupun tidak, jawapannya ialah YA SAYA MASIH SEORANG GURU TADIKA!
HAHAHAHAHA
Memula
ingat nak deactivate je blog ni
tetapi bila fikir – fikir balik banyak entry
yang boleh mendatangkan manfaat pada orang lain ada dalam perut blog Nia Emkay
ni, nia batalkan hajat nak buang blog.
Lagi
satu, nia takut satu hari nanti perasaan rindu nak menulis tu menjelma kembali
dan medium untuk melepaskan rindu sudahpun hilang ditelan malam. Nak buat blog
baru sangatlah leceh dan nia sangat berchenta
nak buat settings blog baru dengan design apa semua jadah.
So in the end, Blog Nia Emkay will not be
erased. Period.
Memandangkan
ini merupakan entry yang pertama
sejak nia menyepikan diri, nia nak berkongsi satu berita gembira dengan kau
orang semua. Pada bulan November 2018, nia telahpun selamat bergelar MakNgah.
Wuhuuuuuuuuuuuu!
Clap your hands and throw confetti, please.
Anak
buah nia yang diberi nama Maryam telah selamat lahir ke dunia secara
pembedahan. Alhamdulillah, dia lahir dengan sihat cuma demam kuningnya agak
lama sedikit. Jadi kena berulang – alik hospital jugaklah awal – awal tu.
Maryam
sekarang ni dah boleh nampak sekeliling. Orang agah – agah, dia dah pandai
senyum. Comel gila bila dia senyum. Itu belum lagi kalau kita bercakap – cakap
dengan dia, terus tergelak. Ah, sudah. Cairrrrrrrrrrrrr!
Tapi
satu yang buat nia sakit hati dengan Maryam ni apa tau, dia jenis brutally honest. Kalau kita buat sesuatu
dekat dia macam geletek pinggang ke, cuit pipi ke, bagitahu lawak hambar ke
kan, dan benda tu dia tak suka. Memang direct
on the spot dia bagi pandangan tak puas hati siap pakej dahi kerut seribu.
Maryam’s reaction be like, kau – dah –
kenapa – makngah – wayar – tercabut – satu – ke – skru – kat – kepala – hilang
– tiga – empat – ketul?
Arghhhhhh,
sumpah sakit hati tengok muka dia macam tu, okey?!
Jadi
bila dah sakit hati apa yang MakNgah Maryam buat?
-
-
-
-
-
DIA
KACAU MARYAM TIDUR!
HAHAHAHAHAH
Nasib
Maryamlah dapat MakNgah perangai suka menyakat.
Kau
orang pulak macam mana? Dah jadi pakcik/makcik ke? Cuba share sikit kat ruang komen.
selamat kembali.
ReplyDeleteTerima kasih :)
Delete