Assalamualaikum
semua :)
Kebelakangan
ni banyak peniaga samada atas talian mahupun bukan yang mula menceburkan diri
dalam bidang perniagaan pakaian muslimah dan juga tudung labuh. Bagi nia, ini
merupakan satu perkembangan positif terhadap bidang fesyen dan juga bidang
perniagaan.
Applause for those brave and creative
young entrepreneurs!
Ini menandakan
dia orang sudah mulai sedar bahawa pakaian muslimah dan juga tudung labuh
semakin menarik perhatian pembeli dan juga semakin mendapat tempat dalam jiwa
pengguna sekarang ini.
Alhamdulillah!
Rakyat
Malaysia sudah mempunyai kesedaran bahawa berpakaian longgar dan juga bertudung
labuh itu kelihatan lebih sopan dan juga selamat daripada pelbagai ancaman
bahaya terutamanya gangguan seksual.
Eh
jangan tak tahu!
Walaupun
berpakaian longgar dan bertudung labuh, awak semua masih lagi boleh bergaya dan
tampak lebih cantik serta kemas. Jangan jadikan pakaian longgar dan tudung
labuh sebagai alasan untuk kelihatan selekeh dan berbau kepam, okey!
Nia
pernah jumpa dengan golongan macam ni. Pakaian dah elok longgar, tudung pulak
labuh menutupi punggung tapi sayang, badan bau busuk! Tapi nia tak nak bincang
pasal benda tu kat sini. Nia akan kongsikan benda tu dekat entry yang lain, InsyaAllah, sekiranya berkesempatan.
Jadi
di sebalik kedai atas talian yang muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan,
kedai manakah yang selalu nia kunjungi untuk beli tudung labuh?
Jawapannya
ialah
-
-
-
-
-
-
-
M A
W A D
D A H
I Z Z
A T I
Kenapa
nia suka sangat membeli tudung – tudung labuh daripada Mawaddah Izzati ni?
Apakah sebabnya yang berjaya membeli jiwa nia sehingga jatuh cinta habis –
habisan dengan tudung – tudung labuh yang dijual oleh jenama Mawaddah Izzati
(MI)?
1 –
Material
Setelah
beberapa kali nia membeli tudung – tudung keluaran MI, nia boleh memberikan
jaminan bahawa material tudung yang dikeluarkan mereka untuk setiap koleksi
samada koleksi biasa, koleksi istimewa ataupun koleksi hari raya adalah sangat
berkualiti. Kualiti dia pulak bukan kualiti biasa – biasa tapi luar biasa,
hokeyyyyyy!
Tudung
MI semuanya jenis opaque. Maknanya
tak jarang walaupun kita pakai tudung tu kat bawah cahaya yang terang
benderang. Bagi nia, ini merupakan satu plus
point sebab nia sejenis yang malas gila nak pakai inner neck. Sebab tu,
bila nak cari tudung nia akan pastikan material yang digunakan adalah opaque.
Lagi
satu, kesemua tudung MI senang untuk dibentuk walaupun tak pakai kanji.
Haaaaaaaa, nia pasti ramai kaum hawa kat luar sana yang turut menyukai tudung –
tudung yang mempunyai material mudah untuk dibentuk bukan? Dapat – dapat lagi
kalau pakai tudung bawal. Boleh bawak bergaduh weyh kalau awning dia tak rata, menggelembung sana sini dan tak tajam!
2 –
Harga
Pendapat
nia, harga yang ditawarkan oleh MI untuk satu – satu koleksi tudung mereka
adalah sangat berpatutan sekiranya kita mengambil kira tentang material yang
digunakan oleh mereka. Material tudung opaque,
flowy, dan berat beralun mana boleh dapat RM 10.
Logik ke logik?
Kalau
kau orang nak beli tudung murah, jangan jengah kat MI. Sila cari kedai lain.
Takpun, ronda kat Jalan TAR. Sana memang banyak kedai yang menjual tudung
dengan harga yang murah.
TAPIIIIIIIIIII
Kualiti
dia orang memang kurang sikitlah.
Yelah.
Tudung
murah mana sama dengan tudung mahal.
Ye
dak?
3 –
Agen
Kau
orang pernah tak mengalami situasi macam ni?
Kau
orang tengah sedap scroll gambar –
gambar kat IG, tiba – tiba kau orang nampak tudung cun. Dengan rasa teruja dan
tidak sabar, terus kau orang klik IG penjual untuk dapatkan nombor whatsapp
mereka. Dah dapat nombor, terus kau orang whatsapp minta details tudung yang kau orang berkenan tu. Tunggu punya tunggu,
langsung takde respons daripada penjual.
Apa
perasaan kau orang masa tu?
Sakit
hati ke bengkek?
Nia
pernah mengalami situasi macam ni tau. Ada peniaga yang ambil masa seminggu
lamanya untuk balas whatsapp kita. Ada sekali tu, sebulan kemudian baru dia
orang balas.
Allahu Akhbar, stress ai!
Dia
balas, ‘terima kasih kerana berminat
dengan produk kami. Cik nak beli tudung yang mana ye?’
Agak
– agak kau orang, apa jawapan nia?
-
-
-
-
-
-
-
‘TERIMA KASIH BALAS WHATSAPP SAYA SEBULAN
KEMUDIAN. SAYA DAH BELI DENGAN AGEN YANG LAIN, SEKIAN TERIMA KASIH.’
HAHAHAHAHA.
Savage
ke savage?
Worry not!
Setelah
beberapa kali membeli tudung MI daripada agen dia orang, nia boleh katakan
bahawa agen – agen MI akan memberikan respons hampir secepat kilat. Kalau dia
orang tak dapat nak layan kita ataupun tengah bercuti, dia orang akan bagi
nombor agen MI yang lain bagi memudahkan urusan pembelian kita. Benda macam
nilah yang nia sangat – sangat suka!
Respons
yang pantas!
Layanan
mesra!
Kalau
dah tahu tak boleh nak layan pelanggan, serahlah kat orang lain. Ini tidak,
diperamnya pelanggan tu sampai sebulan. Kalau nasi, dah lama basi dan ulat pun
mati kekeringan. Opssss!
4 –
Model
Lazimnya,
model yang menggayakan tudung mahupun pakaian sesuatu jenama adalah model yang
sama dengan satu – satu jenama yang lain. Kadang – kadang nia sendiri keliru
samada produk jenama A dan produk jenama B ni adalah produk daripada syarikat
yang sama ataupun tidak.
Sebab
apa nia keiru?
Dia
orang pakai model yang sama.
Kadang
tu, lima enam jenama menggunakan khidmat model yang sama. Asyik – asyik muka
dia, asyik – asyik muka dia. Naik cemuih jugaklah dok menengok muka dia sahaja.
Nia
fahamlah.
Kadang
tu kita dah terbiasa bekerja dengan satu model, jadi senang kerja. Masing –
masing dah faham perangai dan kehendak masing – masing. Dah kenal kelemahan dan
kelebihan sendiri. Harga pulak boleh dibawa runding atas sebab dah pernah
bekerjasama.
TAPIIIIIIIIIII
Kalau
dah sepuluh syarikat menggunakan muka model yang sama, pembeli pun naik muak
jugak. Balik – balik muka dia ni, takde muka lain ke?
Kau
orang boleh faham tak dengan situasi ni?
Dengan
MI, lain ceritanya!
Boleh
dikatakan hampir semua koleksi MI digayakan oleh model yang berlainan. Jadi
takdelah asyik tengok yang sama je untuk setiap koleksi. Paling penting, model
yang menggayakan tudung MI adalah model – model yang baru nak naik.
Budak
baru nak up, bak kata remaja zaman sekarang.
AHAKS!
Itulah
antara sebab kenapa nia suka sangat membeli tudung dengan MI. Kau orang pulak
suka beli tudung daripada mana? Jom kongsi jenama tudung kegemaran kau orang
dekat ruangan komen :)
Sumber gambar: google.com
No comments:
Post a Comment
satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)