Monday, March 11

RANDOM: Ya Allah, Susahnya Nak Buat Baik!

Assalamualaikum semua :)

Pernah tak melalui situasi macam ni?

Ada kawan lama minta tolong kat kau orang pinjamkan dia duit sebab duit belanja dia dah tak cukup. Jumlah yang dia minta pinjam tu pulak cukup – cukup je untuk kita belanja sampai hujung bulan sementara nak tunggu gaji masuk. Atas dasar kawan, kita tutup mata je dan bagi dia pinjam duit kita.

Bila sampai masa kita nak pakai kembali duit yang pernah dipinjamkan tu, kita minta kat dia. Tapi senyap je, langsung takde respons apa. Kadang tu, dia siap pakej block whatsapp + unfriend kat Facebook + unfollow Instagram sekali.

Adududududududu, tak pasal je hilang kawan disebabkan tak boleh bayar hutang.

Benda ni memang pernah terjadi kat nia beberapa kali. Prinsip nia macam ni, kau nak pinjam, aku bagi pinjam. Tapi kalau kau tak bayar, itu sekali jelah peluang kau untuk pinjam duit aku.

Nia jenis malas nak minta – minta pada orang yang berhutang sebab sepatutnya dia orang kena ingat dan tahu sendiri tentang hutang dia orang. Kalau nia minta sekali, dia tak bayar. Nia akan halalkan je duit tu. Malas nak minta banyak kali sebab dah tahu sangat harapan untuk dapat duit tu sangat tipis.

But like I said, that’s the only time I’ll be lending you money. No next time.

Situasi lain pulak.

Kawan minta tolong buatkan logo kelab dalam masa yang sangat singkat sebab nak lampirkan sekali dalam borang pendaftaran kelab. Syarat wajib pendaftaran kelab masa tu adalah ahli mesti lebih daripada 20 orang, misi visi kena, objektif penubuhan kelab, cadangan aktiviti dan juga logo kelab.

Disebabkan masa tu takde orang lain yang boleh dan sanggup buat sebab masa memang terlalu singkat, jadi dia mengharapkan nia untuk design logo kelab atas sebab nia setiausaha kelab dan juga AJK Multimedia. Dalam keterpaksaan tu, nia terima jugak.

Nia niat nak buat logo tu sebagai salah satu sumbangan nia kepada kelab tersebut. Jadi, satu malam tu nia berjaga cari idea untuk design logo. Minta cadangan kat kawan tu, langsung takde bagi idea apa. Dia cuma sengih senyum dan cakap ikut suka engkaulah, kau kan AJK Multimedia.

Ek eh budak ni, kang aku letak logo gambar gajah berdiri atas dua kaki baru padan muka kau!

Dah masuk tengah malam baru dapat idea macam mana nak buat logo kelab. Secara takdir, abah tak tidur lagi masa tu. Jadi, nia minta tolong abah buatkan logo tu guna software. Setengah jam jugaklah abah habiskan masa untuk tolong nia buat logo tu.

Bila dah siap, nia hantar kat dia logo tu. Dia cakap, wow cantik! Terus dia lampirkan logo tu kat borang pendaftaran kelab. Memang ramai yang puji pasal logo tu, tapi bukan nama nia yang naik sebaliknya nama dia sebab dia presiden kelab. Nia okey je sebab memang dah niat nak sumbangkan logo tu untuk kegunaan kelab.

TAPIIIIIIIIIII

Yang buat nia jadi naik angin bila dia dengan sesuka hatinya mengubah design logo tersebut tanpa bertanya kepada nia mahupun meminta keizinan nia. Nia dapat tahu dia ubah logo pun bila ternampak banner event anjuran kelab.

Terus nia whatsapp dia suruh ubah balik logo. Tahu dia jawab apa?

EH, LOGO TU KEPUNYAAN KELAB. APA HAK KAU NAK SURUH AKU UBAH BALIK?

Rabak weyh hati bila dia balas macam tu TT

Nia balas satu je kat dia, ‘masa kau perlukan bantuan aku, bukan main manis lagi mulut kau berbicara. Sekarang bila dah tak perlukan bantuan aku, kau tikam je dengan pedang kata – kata. Dengan rasminya, aku menarik diri daripada kelab ni dan jawatan yang aku sandang akan aku lepaskan. Aku kecewa gila dengan sikap kau. Lepas ni, jangan cari aku lagi.’

Serius cakap, situasi ni memberikan impak yang sangat besar pada nia. Lepas daripada peristiwa ni terjadi, nia memang dah tak nak buat apa – apa lagi yang orang minta tolong sekiranya benda tu bukan dalam bidang kerja nia.

Baru – baru ni nia luahkan perkara ni dekat abah dan abah cakap, ‘itulah realiti kehidupan, angah. Awak pergi mana – mana pun memang akan ada sahaja orang yang berkelakuan macam tu. Yang penting sekarang, awak kena berlapang dada. Let bygone be bygone. Buka balik hati awak tu dan tolong orang lain. InsyaAllah, kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita pulak.”

Alhamdulillah.

Nasihat abah tu meresap jauh ke dalam hati nia. Dan nia dah mula buka hati untuk cuba menolong orang lain permudahkan urusan dia orang.

Ada dikalangan kau orang semua yang pernah lalui situasi macam nia? Kalau pernah, macam mana kau orang handle situasi tu? Jom kongsi kat ruang komen!

:)

Nota kaki: tujuan nia kongsikan cerita ni dengan kau orang semua bukannya niat nak memburuk – burukkan sesiapa tetapi nia nak kau orang ambil dan pegang nasihat abah nia tu. Fikir yang baik – baik, pesan yang baik – baik dan doa yang baik – baik.


No comments:

Post a Comment

satu komen daripada anda membuatkan saya senyum lebar :)

Ping Banner

 
Copyright © 2019 Nia Emkay. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.